Monday, February 7, 2011

[DIARI OPKIM 2011] :Tercapainya hasrat itu..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam perjuangan..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi atas limpah kurnianya, tercapailah hasrat untuk melaksanakan misi dakwah seperti yang telah dirancang. Hasrat yang diluahkan oleh sahabat ana atas kesedaran dan semangat jihadnya yang pada awalnya kurang mendapat keyakinan diri ana memandangkan persediaan dan perancangan yang sedikit lewat untuk direncanakan. Namun, cetusan idea beliau ana kagumi dan berpaksikan lajnah yang kami dokong bersama, usaha ini telah dipergiat dan beliau lah antara penggerak yang paling berusaha keras demi mencapai matlamat dakwah yang tidak semua orang berpeluang merasainya.

Firman Allah S.W.T,

 "Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya". (Ath-Thalaq : 3)

Dengan pengharapan yang tinggi pada Allah, program ini terus dijalankan walaupun fasa lemah dan putus asa hampir bertandang. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala kerisauan yang melanda. Kami diberi kesempatan dan peluang untuk terus merealisasikan hasrat ini dalam memastikan agama Islam terus mekar di bumi Sarawak. Dan kesyukuran itu ana panjatkan tatkala kaki ini berpijak di bumi Kenyalang yang tiada mustahilnya pasti satu hari nanti menjadi serambi dakwah. Dan ana yakin ana bukanlah antara orang yang paling gembira selain dari sahabat ana yang terlalu mengimpikan cita2 memberikan kefahaman kepada ummah yang dahagakan ilmu Allah.

Sekembalinya dari bumi Sarawak, semua peserta pakat terngiang2 memori di sana.. indahnya bila menjalankan agenda Islam. Dalam keadaan dilanda nikmat sakit demam rindukan Sarawak mungkin, ana tidak mampu untuk bercerita nostalgia sepanjang di sana.. mungkin sahabat2 boleh lihat link blog sahabat ana yang sentiasa setia mencatat segala aktiviti yang kami jalankan di Kg Segubang, Sarawak..


juga boleh lihat di sini..  http://arief2507.blogspot.com/

Walau apapun, doa ana moga usaha dakwah yang sedikit ini ada nilai di sisi Allah. Janganlah kita mengharapkan kesan dari program yang dijalankan pada waktu sekarang kerana boleh jadi, hasilnya akan terserlah satu masa akan datang.. Yakinlah dengan Allah, sebaik-baik Perancang. Dan sememangnya kejayaan menjalankan program ini membuatkan ana lebih lega untuk melepaskan jawatan yang kurang ana manfaatkan sebagai Timbalan Exco Lajnah Kegiatan Luar ISIUKM 10/11. Tahniah sekali lagi ana ucapkan kepada Ketua Pengarah program OPKIM ISIUKM ini, iaitu Saudara Fariq Fitri atas kesungguhan jihad beliau dan juga penggerak2 OPKIM ISIUKM yang sentiasa komited dalam menjalankan agenda Islam. Kalian semua adalah kebanggaan ana. 

Di sini memori tercipta..


melawat penduduk kampung..


mengelilingi Kg Segubang mencari ilham..


detik pertemuan dengan si dia, Awai sentiasa di hati.. sob.. sob..


menziarahi orang sakit...


Di bumi Sarawak kaki ini akhirnya berpijak..


program motivasi bersama pelajar SK Segubang..


Kelas mari mengaji.. macam cerita Bujang Lapok pulak..=)



kenangan bersama jangan sekali di lupa..


gotong-royong bersihkan surau..


kelas fardhu ain.. mcm program Tanyalah Ustazah..^_^

Dan banyak lagi aktiviti yang dijalankan.. boleh lihat di FB ISIUKM.. 

InsyaAllah Selagi Kudrat, Islam dinobat.. Syukran juga buat semua penaja2 program ini termasuklah Urusetia Saudara Kita (USK) dan juga Pusat Islam Sarawak..

~ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH~

Mode terlalu rindukan adik Taufiqurrahman dan adik fathurrahman yang bakal menjadi orang hebat suatu hari nanti.. Ameen Ya Rabb.. 


adik fath.. kesayangan ata..


adik taufiqurrahman (baju spiderman) dan adik awai..(dengan telefon bimbitnya yang power)


Juga dalam kenangan murabbi ku di Sarawak, Ustaz Kancil.. ishk33..

kenangan abadi di hati,

OPKIM ISIUKM '11
Kg Segubang, Bau, Sarawak..

nanie mujahidah..

7 comments:

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

alah ustazah....nape buat artikel yang buat org lain nangis?

syukur ALLAH bg peluang ni pd ana utk ikut sama....

Nanie Mujahidah said...

=) sekali sekala touching2. ana memang rindukan memori itu. dan untuk pengetahuan nta, ana antara orang yg gembira bila mendapat tahu salah seorang peserta OPKIM adalah Ahmad Tajudin Abdullah.. =) syukran atas komitmen dan semangat yang diberikan.

muslim©rew said...

Salam... seronok pergi OPKIM.Tapi Ana tak pernah pergi lagi la...

Nanie Mujahidah said...

wassalam.. x pe.. InsyaAllah lepas ni mungkin boleh ajak enta.. =)

Anonymous said...

nanie x ajak akak.... huk2.. cett....
-k.kiha

Nanie Mujahidah said...

ok..ok.. jom kak kiha.. hehehe... kalo akak, nanie ajak pi program lagi grand.. jumpe menteri terus.. kih33.. =)

one said...

BGS PROGRAM SEBEGINI..MOGA DITERUSKAN..SAYA GURU AGAMA SK SEGUBANG MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TENAGA LUAR UNTUK MENTARBIAH MASYARAKAT LUAR