Monday, November 11, 2013

Member Jihadku: Bersama membantu jemaah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lama sudah saya tidak menulis. Coretan untuk kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. haa gituh.. ^^ Pernahkah sahabat mendengar kisah seekor kambing yang dibaham serigala kerana duduk sendirian? Juga analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,

A004

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Makanya,

untuk saya terus kuat berada di atas jalan dakwah, tarbiyah dan siasah ini, saya juga mempunyai "member jihad" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya yang sedikit pemalu (boleh percaya ke ni..krik.. krik..) dan tidak biasa bergerak dengan muslimat2 pusat mahupun kawasan tanpa orang yang sudah rapat dengan saya. Dan ya, adik-adik saya inilah yang menjadi member jihad sejati saya. Maksudnya apa? Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan program2 pusat dan sebarang program yang merangkumi 3 aspek ini baik tarbiyah, siasah mahupun dakwah, saya pasti ditemani mereka berdua. Kenapa saya mengiktiraf mereka sebagai "member jihad" saya? Pastinya kerana dalam ramai2 sahabat2 yang saya ajak ke program2, mereka berdua yang setia dan jarang menolak walaupun mereka ada halangan lain. (oh kerana saya yakin saya mempunyai kuasa pujukan yang istimewa.. haha). Terima kasih kerana sudi bersama untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini. 



Istiqomah itu bagaimana?? YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, YB Temerloh (cewah nak 'mention' jugak Pahangnya.. ^^) berkata kepada kami dalam satu program yang saya ikuti, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Maksud istiqomah yang sebenar ialah proaktif."

Saya amat berharap agar dengan terus proaktif dalam membantu jemaah bersama member jihad saya ini, ianya mampu membuatkan kami lebih dekat dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan. Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan 'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini. Ya, saya tidak pernah menyesal walaupun adakalanya saya merasakan diri saya lemah dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan mereka berdua, "member jihad" saya. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk membantu jemaah.


"Jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa memikirkan mengenai Islam" -Allahyarham Ust Fadzil Noor.