Friday, December 17, 2010

Di ambang Maut... "Mati VS Syahid"

                     (Surah Al-Ankabut, 57)

Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

Diberi kesempatan untuk merasai saat2 kematian menjemput membuatkan diri berasa cukup kerdil dan belum bersedia dengan amalan yang sedia ada untuk bertemu Allah. Namun, pada tika itu, untuk mengundur ke belakang sudah tiada guna lagi. Begitulah yang berlaku pada diri ana saat mati mahu terus menjadikan ana sebagai pasangan tanpa mengkhitbah terlebih dahulu. Di sebuah tasik di Malaysia, ana hampir lemas ditenggelami air dalam satu aktiviti tarbiyah bersama sahabat2. Mungkin ini salah satu tarbiyah yang Allah mahu tunjukkan pada diri ana kerana kebersediaan yang kurang untuk ditarbiyah sebagai Dai'e Ilallah. Kerana tidak dapat menyeimbangkan badan, ana terkapai-kapai mencari sahabat2. namun, ana menjadi semakin lemah dan sempat bermain di fikiran ana adakah aku ini syahid? saat ana pasrah untuk menamatkan saki baki nafas akhir dan mula menuturkan kata syahadah, akhirnya sahabat2 menarik ana dari air dan menyelamatkan ana.

Namun, bukan kisah ini yang ana mahu kongsikan. Apa yang hendak ditekankan adalah ana diberi peluang kedua untuk hidup agar terus teguh menyebar dakwah pada ummah yang semakin parah. Kerana saat itu, ana terlalu tertekan dan mahu lari dari ditarbiyah. Dan yang paling utama adalah untuk mengejar syahid fisabilillah. Ya, ana yakin ana diberi peluang untuk merasakan syahid bukan sekadar mati menamatkan kehidupan dunia semata-mata. 

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Sahabat2 yang ana kasihi sekalian, ingin ana nyatakan bahawa apa yang kita kita kerjakan itulah yang akan menentukan sama ada kita mati atau kita syahid. Jika kita yakin bahawa dakwah dan perjuangan kita ini adalah jihad, yakinlah juga bahawa kita akan syahid. Janganlah sahabat2 lari dari jalan dakwah ini. Mahukan kalian sekadar mati tanpa menegakkan kalimah Allah? Ya, kita mungkin tidak mengangkat senjata seperti yang dilakukan pejuang agama Allah di Palestin, Gaza, dan seperti di zaman Rasulullah, namun waqi' kita memerlukan kita menyebarkan Islam dengan kebijaksanaan, strategi, dakwah serta siasah. Kita perlu yakin itu adalah jihad, dan InsyaAllah kita mengejar syahid. Menuntut ilmu juga satu bentuk jihad. Maka janganlah kita serik meneguk ilmu Allah.

Dan mungkin ada sesetengah yang tidak mahu berada di jalan perjuangan kerana bimbang akan mati tanpa merasa puas menikmati dunia. Bukankah jika kita memperjuangkan kalimah Lailahaillallah itu, kita akan dihidangkan dengan 2 nikmat, sama ada menang atau syahid.. Moga kita semua menemui mati dalam keadaan yang diredhai Allah. Untuk itu berbuatlah berbagai macam kebaikan sebanyak-banyaknya sehingga saat ajal memanggil, tidak akan hadir kerisauan yang ada hanya kepasrahan dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan-NYA. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah S.W.T.

Akhir kalam, ana sentiasa berdoa pada Allah, walaupun ana tak layak bergelar pejuang agamaNya kerana kurangnya Qiamullail, kurangnya thaqofah, tidak mantapnya tarbiyah diri, sikitnya pembacaan haraki dan ilmu ukhrawi, namun PRJUANGAN itu adalah kecintaan ana. Walaupun ana tak layak berdiri sebaris dengan pejuang2 agama Allah yang lain kerana tidak hebatnya ana berbanding mereka, kurangnya amalan ana berbanding mereka, namun MATI SYAHID adalah cita-cita ana. Moga diri ini terus tabah melawan mehnah dan tidak sekali-kali menjadi fitnah buat Islam. Sesungguhnya janji Allah itu pasti buat hambaNya. Allahuakbar!


Muhasabah bersama,
nanie mujahidah..