Wednesday, December 29, 2010

Bila demam BOLA melanda...

Salam perjuangan buat sahabat2 tercinta.. tidak lupa juga buat barisan pasukan bola sepak Malaysia yang bertungkus lumus memastikan kemenangan buat negara tercinta dijulang dengan penuh bangga.. tahniah.. tahniah.. terbaik dari ladang..

Semestinya sahabat2 merasa hairan mengapa tiba2 saya berbicara soal bola. Saya bukanlah seorang yang meminati bola sepak. Namun, jari jemari ini tergerak untuk berbicara tentang bola yang sejak dua tiga hari ini menjadi kegilaan rakan2 mahasiswa saya di kampus. Sekadar membuktikan bahawa saya juga peka dan cakna akan isu-isu terkini negara taw. Jadi, kiranya saya bukanlah antara golongan yang diistilahkan sebagai "katak di bawah tempurung". Tidak sama sekali.. yeye..

Saya yakin dan pasti setiap penyokong bola sepak negara berasa sungguh gembira dengan kejayaan Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kalinya setelah mengidam untuk memilikinya dalam jangka masa yang terlalu lama. Dan untuk mencapai matlamat ini, semestinya telah banyak latihan yang mereka jalani dan beberapa strategi serangan juga telah dibentuk bagi menguatkan pertahanan. Bila memikirkan situasi ini, pemikiran saya terlajak jauh tentang soal kita hendak memenangkan pegangan tercinta kita iaitu Islam. Alangkah indahnya jika kita juga bersemangat untuk melihat kemenangan Islam seperti mana kita bersorak untuk menyemarakkan roh kemenangan pasukan bola sepak negara. Bahkan, untuk mencapai kegemilangan Islam ini, ummat Islam perlu merangka strategi seperti mana pasukan bola sepak lakukan untuk menawan pintu gol di pihak lawan. Kita juga perlukan latihan baik dari segi fizikal mahupun rohani untuk kemenangan Islam. Mengapa ye kita ada demam BOLA tapi x de demam JIHAD.. iaitu usaha kita untuk menjulang Islam baik di dunia, atau skop lebih kecil Malaysia.. dan mungkin lebih mudah lagi mengapa tidak di kampus.. 


Kembali semula bab bola.. hehe.. jauh saya melencong nampaknya sebentar tadi. Bagi saya, sukan bola ini merupakan satu sukan yang unik dan ada kebaikan terpancar sebenarnya di sebalik sukan ini. Kalau bab badan menjadi sihat dan cergas tu memang semua pun sudah sedia maklum. Tapi jika saya, saya melihat ada satu interaksi sesama pemain dalam sukan bola sepak ini yang boleh aplikasikan dalam konteks wehdatul fikr dan wehdatul amal. itu diaa.. iaitu kesatuan pemikiran, dan kesatuan tindakan.. ha, sape setuju dengan saya.. Cuba sahabat2 fikirkan, untuk menjaringkan gol, setiap pemain perlu tahu arah tuju rakan pemain yang lain untuk passing bola. Jika mereka x de kesatuan pemikiran, saya yakin, mesti bola itu akan bergolek kesedihan tanpa ada yang menyepaknya.. dan dari segi kesatuan tindakan pula, saya melihat mereka sama2 hendak menjaringkan gol. kerana untuk menuju ke pintu gol, memerlukan beberapa pemain, bukannya seorang sahaja kan.. jika tidak, habislah bola dirampas pihak lawan yang rakus.. 

Begitu jugalah kita yang berada dalam saff kepimpinan mahupun perjuangan. seperti mana kita lihat dalam bola sepak ini, kita juga perlu aplikasikan dalam rentak harian kita bagi mencapai kemenangan Islam. Ya, semestinya kemanisan wehdatul fikr, wehdatul amal akan kita rasai sepertinya kita merasa gembira menjulang piala Suzuki 2010 kerana atas kesatuan itulah, menjadi salah satu kelebihan untuk mereka memenanginya. Dan saya yakin, jika tanpa kesatuan ini, dan andai pasukan Malaysia kalah tempoh hari, mesti masing2 akan menyalahkan sesama sendiri seperti "kenapa kau x jaga sayap kanan?" atau mungkin "kenapa kau keluar dari tempat pertahanan" dan mungkin juga "asal kau x sambut bola? aku passing bola kat kau td. kan dah terlepas..ish!" kalau ada istilah2 tentang bola sepak yang saya salah, maaflah ye sbb saya ni x reti sangat tentang bola.. =)

Selain itu, mungkin sahabat2 juga dapat melihat seperti mana yang saya lihat. melalui sukan ini juga boleh lahirnya ukhwah yang mantap. Ya, ukhwah sesama lawan. Mungkin jika ahad yang lepas, Malaysia bersaing dengan pasukan Indonesia, dan saat ini mereka bertambah akrab kerana masing2 hendak berkongsi kemahiran atau skill untuk penambahbaikan diri pada masa akan datang. Begitulah apabila kita bekerja dalam satu jemaah, susah senang bersama akan menjadikan kita semakin hari semakin sayang dengan sahabat2 kita. Kerana masing-masing saling melengkapi dengan kelebihan berbeza yang dimiliki. Begitu juga dengan lawan kita. Walaupun permainan sudah tamat dan pemenang telah diketahui, janganlah kita bermusuh. Kita perlu menjalinkan hubungan yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah setelah memenangi peperangan dan berjaya menawan beberapa orang pihak musuh. Rasulullah melarang untuk kita menghukum mereka tetapi melayan mereka dengan baik sehingga akhirnya mereka tertarik dengan Islam. 

Namun, yang tidak sedapnya saya  perhatikan, ukhwah sesama penyokong kedua-dua buah negara yang makin renggang terutamanya penyokong dari Indonesia yang menuduh bukan2 terhadap Malaysia. Pelik sungguh, orang lain yang bermain, orang lain yang emo.. Walaupun begitu, saya tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana biasalah, kalah menang adat permainan. Yang menang akan melonjak gembira dan yang kalah pasti akan ada rasa tidak puas hatinya. Saya yakin kalau Malaysia kalah tempoh hari, pasti akan berlaku perkara yang sama. Alamak, x berniat nak bersangka buruk tapi itulah realiti yang sering terjadi bukan.. Yang penting janganlah kita terlalu taksub dengan mana2 kumpulan kerana nah, saya bimbang perkara yang lebih buruk dari ini akan berlaku.

Firman Allah S.W.T,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan Barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim..( QS . Al  Hujurat :11 )  

Allah  telah  memuliakan  kita  semua  dengan  agama Islam sehingga kita menjadi ummat yang  bersatu  dalam  suatu persaudaraan dan suatu ikatan ukhuwah Islamiyah yang besar. Dengan dorongan semangat ukhuwah Islamiyah, kita dapat meraih bermacam2 kebaikan. Oleh sebab itu, jika kita lihat gejala2 yang akan membawa kita kepada perselisihan, pertentangan dan perpecahan, hendaklah kita segera memberi peringatan, sekaligus  disertai  dengan  usaha2 pencegahan, agar kita tercegah dari bencana permusuhan dan perpecahan, kerana perpecahan itu akan membawa kemunduran dan kehancuran.


Wah, dahsyat juga saya. Dari bola sepak, saya telah interpretasikan kepada penggabungan kita dengan Islam itu sendiri. Fikir-fikirkanlah sahabat2. Kadang-kadang kita jangan melihat sesuatu tanpa berfikir mengenainya. Sebagai contoh bola sepak ni. Ianya bukan sekadar bola semata-mata, namun banyak perkara yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam misi kita ke arah MARDHATILLAH.. InsyaAllah.

Akhirnya,  marilah kita  berdoa  agar Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada kita semua  untuk  melaksanakan   segala   yang   diperintahnya ,  sehingga tercapai tujuan hidup kita iaitu bahagia dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabb.

p/s: penangan musim demam bola, tulisan saya pun dah jadi ada unsur-unsur bola.. harap2 lepas ni bukan makan bola, tido bola.. =)



Salam kasih abadi,

nanie mujahidah,
ISIUKM..

No comments: