Saturday, January 1, 2011

Ibu Kota umpama Sins of City Malaysia..

Salam perjuangan..

Melihat dentuman dan percikan bunga api di Ibu Kota Kuala Lumpur tanggal 1 Januari 2011 yang lepas pasti membuatkan ramai rakyat Malaysia merasa teruja dan gembira. Kerana itulah membuatkan mereka sanggup menunggu detik 12 malam untuk meraikan Tahun Baru diiringi warna warni bunga api. Namun tidak bagi saya. Ketika dentuman bunga api itu menggetarkan diri saya, cuma satu perkara yang menerjah ke dalam kotak fikiran saya. Andaikan bunga api itu adalah bom atom atau hujanan peluru yang dilepaskan oleh musuh, pasti waktu itu kucar-kacir manusia melarikan diri. Dan perkara itu tidak mustahil kerana Allah lebih berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara. Imposibble is nothing..

Ya, pada malam itu, saya memang berada di ibu kota tetapi bukan untuk turut serta meraikan Tahun Baru tetapi atas kesedaran bahawa saya tahu pasti akan berlaku kemungkaran yang berleluasa dan kerana itulah saya ke sana untuk bersama-sama sahabat2 tercinta membawa masyarakat kembali kepada fitrah selain menyahut seruan dalam hadis Nabi iaitu hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedhaif-dhaif iman.” 

Saya tidak berniat untuk memanjangkan perbincangan ini kerana cukuplah di dada2 akhbar dan di blog2 sahabat2 telah membincangkan akan tragedi tahun baru ini. Cuma saya mungkin ingin menzahirkan perasaan saya pada waktu itu bilamana saya cukup takut akan azab Allah dan hanya terbayang2 ayat2 amaran Allah. Tatkala manusia sedang bersuka ria, jika Allah turunkan azab, satu ibu kota pasti akan musnah tanpa mengira siapa kita. Dan ana merasa terlalu sedih melihat masyarakat yang tidak ada rasa bertuhan lagi dalam hatinya..

Lebih sedih lagi apabila melihat ibu kota negara kecintaan kita sudah hampir menyerupai Las Vegas, kota yang sudah terkenal dengan syurga maksiatnya. Juga seperti Sins of City. Terlalu ramai juga orang asing yang berpesta di kota raya. Buat maksiat seperti di negara sendiri. Terhuyung hayang dek siraman minuman syaitan, membuatkan pertama kali secara "live" saya melihat orang mabuk di depan mata sendiri. Nauzubillah.. Tidak semua orang akan menyangka begini rupanya keadaan di Malaysia sehinggalah mereka menjejakkan kaki sendiri ke kancah masyarakat.. Saya pernah terserempak dengan warga Filipina. Sambil bersembang dengannya, ada juga terkeluar mengenai gejala sosial di Malaysia.. dan beliau tidak menyangka akan kadar sosial yang teruk di Malaysia hingga sebegini rupa. Sungguh husnuzzon beliau terhadap Malaysia ya.. =)

Keadaan ini baru di ibu kota belum lagi kita lihat di bandar2 lain di seluruh Malaysia. seperti di Johor Bharu, Shah Alam, Bandar Melaka.  Pasti gawat jadinya. Saya amat berharap statistik bayi luar nikah yang akan dilahirkan pada bulan 9 nanti menurun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap masalah perlu didatangkan sekali dengan resolusinya. Menurut perangkaan saya, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan yan sewajarnya. Bukankah telah diisytihar dalam Perlembagaan Malaysia bahawa negara kita adalah negara Islam. Mengapa kita perlu takut untuk menghalang tragedi2 kemungkaran ini daripada berlaku? Sepatutnya kita mampu melarang umat2 Islam malah pengunjung2 asing daripada berpelesaran pada malam Tahun baru dan melakukan perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku di sepanjang jalan di Bukit Bintang, KL. Kerajaan ada kuasa, mengapa tidak menggunakannya. Bila rakyat biasa seperti kita yang melakukan kerja2 pencegahan maksiat ini, permit pula dijadikan alasan. Sampai bila nak maksiat berleluasa? Sampai Malaikat Israfil meniup sangkakala tanda kiamat baru kita nak bertindak? Sudah terlambat syeikh.. 

Bagi para dai'e pula, saya nasihatkan kita perlulah berhikmah dalam berdakwah. Tidak semua orang yang jahil dapat menerima pendekatan kita. Jadi, bagi saya, pada malam yang tragis seperti di Sambutan Tahun Baru semalam, cukuplah sekadar kita melemparkan senyuman sambil memberikan risalah. Tidak perlulah kita memberi ceramah panjang kepada mereka hinggakan saya lihat mereka lagi tertekan dengan kita.

Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan. Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka. Perubahan perlu step by step. Yakinlah dengan memberi risalah tersebut kepada mereka dan membuatkan mereka membacanya walau sempat satu ayat dan terus mengoyakkan risalah tersebut, sekurang-kurangnya apabila mereka pulang ke rumah, pasti membuatkan hati mereka terkesan. Mereka akan mencari mana yang silap pada diri mereka sehinggakan didekati oleh pemberi risalah. Dan mereka akan berfikir, dan InsyaAllah jika hidayah Allah milik mereka, akhirnya mereka akan berzikir dan kembali kepada fitrah.

Akhir kalam, moga naungan rahmat Allah buat kita semua. Wahai ummah sekalian, sama-samalah kita mengislah diri ke arah yang lebih baik. Takutlah kalian akan azab Allah. Janganlah lakukan laranganNya. Sudah jelas dalam Al-Quran dan tiada hujah untuk kita menolaknya melainkan alasan2 basi yang kita reka cipta sendiri dan yang tidak mampu membantu kita di Mahsyar nanti.. wallahua'lam..

Cintakan Islam sepenuh hati,

nanie mujahidah..




2 comments:

Unknown said...

subhanallah..
nice entry..
sama2 kite muhasabah diri..
=)

alitays_run said...

hati juga merasa getar di kaca tv melihat gelagat, kerana tidak mampu berbuat apa di malam remaja berpesta itu,,
keep mujahadah sister, insyaAllah moga Allah membimbing kita utk terus segar di jalan ini.. =)

i'm new in jln dakwah..mendalami isi hati seorang mujahidah tegar dan bersemangat seperti antum buat sy ingin terus bangkit.. jazakillah =)