Wednesday, August 10, 2011

Sungguh, pemergianmu cukup dirasai hatiku..

Diari Ramadhan 2

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah Al-anbiyaa, ayat ke 35)


Allah menciptakan kehidupan ini memang silih berganti antara satu kejadian dengan kejadian yang lain. Dulu mati kemudian dihidupkan. Yang sebelumnya hidup kemudian dimatikan. Dia juga mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan sebaliknya mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Begitulah Allah menunjukkan kekuasaanNya. Dan akhirnya, semua itu kembali kepadaNya belaka.


Pada pagi hari ini, tanggal 11 Ramadhan 1432H, ana dikejutkan dengan berita pemergian sahabat seperjuangan, penyambung misi dakwah, penegak agama Allah yang cukup ana cintai. Seorang adik yang ana cukup kagumi peribadinya. Yang pernah bersama-sama ana berdiskusi tentang gerak kerja dakwah dan luahan kerisauannya pada bangsa yang telah parah. Sempat untuk ana berkongsi pengalaman ana yang sedikit untuk menolongnya. Kehilangannya cukup ana rasai. Allah... ana redha dengan pemergiannya kerana ana tahu cinta dan kasih sayangMU lebih berharga buatnya..




Beliau terlibat dalam satu kemalangan sewaktu hendak menunaikan solat subuh berjemaah di surau berhampiran rumah pagi tadi. Allah.. Beliau sempat bersahur pagi tadi. Sungguh, demi Allah, sayu hati ana. "Hilangnya satu permata, akan lahir lebih ramai lagi untuk bersama dalam perjuangan membela agama.."


Ya Allah, tempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Ameen Ya Rabb..
Firman Allah S.W.T:
"Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu sekalipun kami bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kuat." (Surah An-Nisa, ayat 78)

Al-Fatihah..

Ini adalah link blog yang menjadi legasi peninggalan allahyarham.. Kali terakhir post beliau adalah pada 2 Ogos 2011. 9 hari yang lalu.. "CINTA SEORANG DAIE"

2 comments:

huzazi said...

Salam.
Takziah buat keluarga beliau. Moga tabah dan redha dengan aturanNYA.
Sabda Rasulullah saw.
"Tiada balasan bagi seorang hambaKu yang telah aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripadaku, selain dari balasan Syurga."
Almarhum telah membawa persembahan hebat kepada penciptaNYA.
"Pastinya persembahan tuan (Muhamad Afez)tidak akan dipersia-siakanNYA. Berbahagialah tuan (Muhamad Afez) kini dalam santunanNYA Yang Maha Lembut dan Maha Sempurna."

Insan Bernama Kekasih said...

Al Fatihah wat Allahyarham..semoga pemergian beliau dirahmati dan ditempatkan para solihin..insyallah..amin