Salam perjuangan buat sahabat2 yang dikasihi kerana Allah..
Hati ini terpanggil lagi untuk berkongsi perjalanan hidup ana sepanjang meneruskan agenda dakwah. Entahlah pelik juga dengan diri yang sejak akhir-akhir ini lebih gemar memberi.. Alhamdulillah... =) moga usaha ana yang sedikit ini bermanfaat ke arah mengejar Redha Allah.
Jika diikutkan kata hati, menjalankan 3 usrah dalam masa sehari memang tak sempat. Lagi2 melibatkan komitmen anak-anak usrah seramai 13 orang dan juga kesungguhan naqibahnya. Tapi itulah hakikat yang berlaku. Akhirnya, ana dapat mengadakan usrah bersama sahabat2 tercinta setelah banyak ujian melanda walaupun x semua yang dapat hadir. Diri ana cukup terharu kerana di dalam kesibukan menuntut ilmu, masih ada lagi yang sanggup bermujahadah menyahut kerinduan naqibahnya untuk berusrah. Cukuplah dapat berbuka puasa bersama, sudah menjadi pengikat ukhwah sesama kita. "Macam nilah muslimat yang kita cari!" Kata-kata yang sering ana luahkan pada anak-anak usrah agar mereka lebih bersemangat untuk mengutip mutiara ilmu bukan sahaja di dalam usrah bahkan di mana-mana sahaja. Tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat, "Alam sekeliling pun merupakan murabbi kita" Ya, ana cukup setuju. Dengan melihat kejadian-kejadian alam pun sudah cukup memberi seribu satu keinsafan buat diri jika kita betul2 menghayati apa yang tersirat di sebalik setiap ketentuan Allah.
Walaupun berbekalkan usrah yang ringkas namun banyak juga ilmu yang ana sempat sampaikan malah banyak juga yang ana dapat kutip dari sahabat2. Itulah salah satu kemanisan yang ana perolehi. Bilamana kita bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu yang kita ada, kita akan dapat balik yang lebih bermanfaat dari itu. Bak kata orang, "What you give, you get back". Subhanallah..
Ana sering berpesan pada anak-anak usrah, "janganlah sesekali kita rasa menghadiri usrah itu sesuatu yang membebankan. Hinggakan entunna berusaha cipta banyak alasan bila ana panggil ke usrah. Kalau boleh entunna semua yang mesej ana dulu bertanyakan bila nak wat usrah..". Sahabat-sahabat mengangguk faham. Ana dapat melihat sinar semangat seorang mujahidah yang sememangnya mencintakan usrah dalam diri anak-anak usrah ana. Mungkin belajar dari naqibahnya.. =) Ana bukan apa, cuma mahu menerapkan dalam diri mereka sifat ikhlas lebih-lebih lagi dalam majlis ilmu seperti usrah. Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan."
(Muttafaq ‘alaih)
Dalam usrahlah, kita boleh saling nasihat-menasihati, bersama-sama muhasabah diri dan mencari hala tuju ke arah tazkiyyatun nafsi. Tak tahulah kenapa dengan ana hari itu, ana rasa ana sampaikan perkara biasa je. Ilmu yang orang dah selalu dengar. Ana cuma berniat untuk mengingatkan semula mana tahu ada di antara anak-anak usrah ana yang terlupa. malah boleh jadi ana sendiri yang terleka. Namun, ana usrah ana sorang ni sampaikan hampir menitiskan air matanya mendengarkan kata-kata ana. Mungkin ada sisipan yang menginsafkan nya yang ana telah keluarkan tanpa sedar. Sekali lagi ana merasai kemanisan usrah itu.. huhu.. sebak pulak hati ana.
Apa2pun, ana berharap sahabat2 terus teguh dalam medan perjuangan yang kita pilih ini. Kita perlulah sentiasa optimis bahawa melalui medan ini, kita semakin dekat dengan Pencipta kita. Allahuakbar... ana sangat rindukan usrah.. buat anak-anak usrah ana yang membaca tulisan ana ni, jom kita usrah.. ^_^
Akhir kalam, jangan sesekali biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa kita gunakan untuk gerak kerja Islam.
"ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH"
salam ukhwah sejati,
nanie mujahidah..
ISIUKM.
Apa2pun, ana berharap sahabat2 terus teguh dalam medan perjuangan yang kita pilih ini. Kita perlulah sentiasa optimis bahawa melalui medan ini, kita semakin dekat dengan Pencipta kita. Allahuakbar... ana sangat rindukan usrah.. buat anak-anak usrah ana yang membaca tulisan ana ni, jom kita usrah.. ^_^
Akhir kalam, jangan sesekali biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa kita gunakan untuk gerak kerja Islam.
"ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH"
salam ukhwah sejati,
nanie mujahidah..
ISIUKM.
1 comment:
masya Allah betapa shbt ksygn ana ni berbicara dr hati sehingga hati2 y m'dgrY turut sama tersentuh, alhmdlh~ Allahuakbar~
syg mf ts tegur pasa jarak antara perenggan :)
rupaY da improve da ek :) [malu hee]
sb dyana bc ikut turutan :) dr awal penulisan sapa y d latest :)
Post a Comment