بسم الله الرحمن الرحيم
Begitulah doa yang diucapkan oleh Rabiatul Adawiyah ketika merintih kepada Allah di waktu sunyi sepi. Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya. Ada orang bertanya kenapa Rabiatul Adawiyah mudah menangis? Beliau menjawab,
“Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”
Allahurabbi.. Allah lahirkan perasaan itu juga padaku. Hari-hari yang aku lalui dalam hidupku dirasakan seperti kurangnya penghambaanku dan ibadahku pada Allah rabbul Jalal. Bukannya aku melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan sebagainya nauzubillah. Namun, hanya kerana tertinggal berjemaah di masjid sudah cukup membuatkan air mata ini tumpah. Kecewa dengan diri sendiri yang sebegitu. Apatah lagi, jika lalai atau terlupa pada Allah seketika sahaja, lebih deras tangisanku. Merasakan beratnya bebanan dosaku, sehingga aku meluahkan pada sahabat, "sekiranya aku menangis sehingga buta sekalipun, masih banyak dosaku yang tidak terampun". Bergenang air mata di kelopak mataku saat keluar bait-bait kata itu dari mulutku..
Aku banyak dosa. Aku bimbang Allah murka padaku. Hari-hariku disisipi dengan linangan air mata kekecewaan terhadap diri. Aku bukan hamba Allah yang terbaik, begitulah luahan ku setiap kali usai menunaikan solat. Solat juga tidak khusyuk walaupun sedaya upaya aku berusaha, makanya selepas solat juga akan ada air mata yang jatuh berjurai dari mataku.. Ya Allah, andainya air mataku ini mampu memadamkan api neraka yang kelak akan membakarku, engkau selamatkanlah aku..
Kini aku sedang di dalam fatrah diuji cinta manusia. Bukan kini sahaja, beberapa tahun lalu juga aku diuji dan aku berjaya mengharunginya seketika. Fitrah itu telah hadir mengetuk pintu hatiku. Tetapi ianya tidak menjadi sesuatu yang menggembirakan buatku. Walhal, aku kerap kali menangis kerananya. Masakan aku sanggup menduakan cintaku pada Allah. Kerana bagiku, Allah adalah kecintaanku, Dialah matlamat utama hidupku. Sehinggakan aku pernah menangis sambil berdoa, " Ya Allah, Engkau buangkanlah perasaan ini jauh dari ku. Ianya membuatkan aku tersiksa kerana aku malu mencari cinta manusia sedangkan cintaku pada Engkau entah ke mana". Namun, aku ditegur oleh sahabat. Katanya, perasaan itu anugerah yang Allah campakkan dalam hati-hati kita. Jangan pernah menolak fitrah itu kerana ianya umpama kita menolak nikmat Allah.
Bagi Rabiatul Adawiyah, cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Saya juga sependapat dengannya. Rabiatul Adawiyah tidak berkahwin kerana cinta Allah melebihi cintanya kepada insan bergelar lelaki. Mungkinkah aku ditakdirkan untuk begitu??
Banyak persamaan antara kami. Adakah aku persis Rabiatul Adawiyah?? Namun, aku tidak layak jika dibandingkan dengan Serikandi Islam ini. Aku bukan siapa-siapa. Banyak kekurangan diriku walaupun orang melihat aku gah dihadapan mereka. Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Beliau merindui Allah sepanjang masa. Mencintai Allah segenap ruang hati.
Ya Allah, cinta dalam jiwaku hanyalah padaMU. Maafkanlah bila hatiku tidak sempurna mencintaiMu. Di dalam dadaku, aku berharap hanya Engkau yang bertakhta..
Detik waktu terus berlalu. Malam ini, aku berjalan melewati hujan yang turun untuk menuju ke masjid. Aku menangis, tiada siapa yang menyedarinya. Soal masa depanku, biarlah Allah yang tahu. Cukuplah Allah bagiku..
~mengambil keputusan, esok aku akan hubungi ibuku untuk meminta izin memakai niqab jika itulah yang terbaik untuk menjaga peribadiku~
::AKU SANG PENDOSA::
2 comments:
;0 salam sayang buat adindaku..
"Menulislah dengan satu sudut pandang yang berbeza
yang menunjukkan itu tulisanmu, bukan tulisan orang lain.
Untuk menulis, kita butuh amunisi berupa membaca, memerhatikan, mendengarkan, mengkontruksi segala sesuatu yang ada di sekeliling kita."
-- Tere Liye
terkebetulan, kak ss on dashboard blogspot. ewah.. ada titipan terkini monolog adinda..hehehe
;) hidup ini 1 pilihan..
hidup ini juga 1 persinggahan
hidup ini bakal diuji dan terus diuji..
hidup ini tak selalunya indah
juga tak mampu untuk dikecapi segala impiannya..
justeru.. redha, pasrah dan terus kuatkan diri..
insyaallah janji DIA pasti benar..percaturanNya pasti tepat..ketentuanNya pasti yang terbaik buat hambaNya..
keep moving dik! teruskan berDoa..kerna itu senjata orang mukmin.. teruskan melangkah...!
salam juang n stay strong!
tahniah Adik
diatas penulisan blog yang kritikal ini
mengharapkan cinta Allah mengatasi dari makhluknya,,Orang yang paling b'bahagia adalah org yg m'jadikan tujuan utamanya & sasaran utamanya adalah m'cintai Allah. Firman Allah
.. Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah..(Al-maidah :54)
Sejumlah ahli tafsir mengatakan,tidak m'hairankan dalam "..mereka m'cintaiNya.." tapi mengungguli "...Dia (Allah) m'cintai mereka.."
Jadikan diri adik sebagai wali & kekasih Allah agar adik m'dapat k'bahagiaan didunia n akhirat..Insha Allah
Love Allah love Muhammad ~ pieere andre
Post a Comment