بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t. dan salam mahasiswa, agen2 pengubah negara. Alhamdulillah hari ini ana diberi kekuatan untuk kembali menulis secara serius. Terdetik untuk berbicara soal berdakwah ke jalan Allah atau skop kecilnya 'Dakwah Fardhiah' atas kesedaran masih ada lagi insan2 yang keliru tentang perincian dakwah ini dan menjadikan pelaksanaannya sebagai sesuatu yang sukar sehingga menyempitkan keinginan mereka2 yang mahu merasakan indahnya dakwah Islam. Berpandukan buku hasil tulisan Mustafa Masyhur, berdakwah menyeru manusia ke jalan Allah adalah satu kewajipan bagi kita. Lebih-lebih lagi dengan fenomena umat Islam sekarang yang diserang musuh2 Allah agar teras dakwah Islam tercabut terus dari dalam jiwa mereka.
Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)
Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari atau tidak.
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang salih.
Kebanyakan umat Islam sekarang terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga sanggup mengenepikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Bila kita cuba untuk mendekati mereka dan memberi kesedaran kepada mereka, mereka mengambil langkah untuk tidak menghiraukan kita. Oleh sebab itulah para da'ie perlu memiliki sifat sabar yang tinggi. Dia mesti sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti."
Ramai sahabat2 yang tidak dapat melihat kepentingan dakwah fardhiah itu sendiri. Ketahuilah bahawa dengan perlaksanaan dakwah fardhiah ini, kita mampu membina ikatan dengan mad'u kita selain memberi peluang kepada mad'u untuk mendapatkan penjelasan atas kekeliruan dan kesamaran di dalam dirinya. Pelbagai pendekatan boleh kita jalankan namun perlu sesuai mengikut keadaan semasa. Jangan terlalu mendesak kerana sesungguhnya tiada paksaan dalam Islam. Apa yang penting adalah dasar kefahaman itu sendiri. Bila ada faham, mesti diiringi dengan jelas. Namun, ingin ana tekankan di sini bahawa jangan sekali2 kita meninggalkan mad'u kita terkontang-kanting setelah kita beri penjelasan kerana mereka juga perlu pada bimbingan. Binding group juga perlu ada bagi mengelakkan sahabat2 atau mad'u kita lolos dari landasan yang sebenarnya.
Kini ana sedang menghitung hari untuk melepaskan jawatan selaku timbalan exco lajnah Kegiatan Luar ISIUKM. Namun, ini tidak bermakna ana akan meninggalkan terus arena dakwah. Ana menyeru kepada sahabat2, jangan kita merasa jemu untuk menyeru ummah kepada kebenaran kerana pada masa yang sama ianya juga tarbiyah buat diri yang tanpa disedari semakin hari semakin jauh dari pengabdian pada Rabbi. Tidak berguna jika kita adalah individu yang kuat berhujah di kampus, menyerang pendekatan tarbiyah, dakwah dan siasah persatuan Islam di sana, namun tidak melaksanakan tuntutan amar ma'aruf nahi munkar.
Sebelum ana melabuhkan bicara qalbi, ana ingin memohon seinfiniti kemaafan andai sepanjang sesi kepimpinan ana, banyak perkara yang tidak mampu ana laksanakan. Moga Islam terus dijulang oleh bakal2 penyambung rantai perjuangan di Bumi UKM hatta di Bumi Allah yang luas ini. Terus teguh memimpin ummah. Moga kalian menjadi orang hebat untuk Islam.. Sayang Islam, Sayang ISIUKM..
salam kasih abadi,
nanie mujahidah
No comments:
Post a Comment