Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini, saya terbaca satu kata-kata yang cukup menggetarkan hati dan membuatkan saya menjadi sebak..
"Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada". Kata-kata yang dilontarkan oleh seorang tokoh Ulama' yang disegani di bumi Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya lagi, "Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang."
Hal ini pernah menjadi kebimbangan saya suatu ketika dulu apabila melihatkan sosok tubuh beliau yang semakin tua. Getus hati saya, masa untuknya meninggalkan kita pasti tiba. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Lalu saya menjadi sebak memikirkan di manakah kita dapat mencari pengganti yang serupa mahupun lebih hebat dari beliau? Allahurabbi..
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati." [Qs.Al-imran:185]
Namun, perasaan itu saya ketepikan. Kataku pada diri, Tuan Guru masih mampu berdiri gah memperjuangkan hukum-hukum dan syariat Islam. Moga Allah memberi kesihatan dan kesejahteraan padanya..
Hari ini, kata-kata itu keluar dari mulut Tuan Guru sendiri. Adakah beliau ingin memberi tahu pada kita bahawa masanya juga semakin tiba?? Tika ini, terngiang-ngiang di benak fikiran saya mengenai peristiwa khutbah terakhir Rasulullah S.A.W sehingga membuatkan saya menitiskan air mata..
Khutbah Baginda disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
Baginda berkata: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."
Di akhir kalamnya, Baginda berkata, "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
Antara tanda kiamat yang kecil adalah salah satunya semakin ramai orang-orang soleh yang meninggal dunia..
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~Moga Allah memberi kesejahteraan dan kesihatan buat Tuan Guru dan perjuangannya beroleh redha Allah..
|
3 comments:
semoga Allah lanjutkan usia Tok Guru dan Ulama-ulama yang lain agar syiar islam terus dapat ditegakkan di malaysia,ALLAHU AKBAR!!!!
Semoga Allah panjangkan usia Tok Guru dan para ulama agar ISLAM tetap terus dipelihara oleh ahli ilmuwan Islam..Teruskan juga perjuangan ukhti ^_^
AMIN.
Post a Comment