Tuesday, January 8, 2013

Setahun yang lalu...



Subhanallah. Pantas sungguh masa berjalan. 2012 telah melabuhkan tirainya dan 2013 mula menyapa kehidupan ummat manusia. Penulisan saya hari ni adalah kerana keterujaan saya mengenai peristiwa pahit yang berlaku pada saya setahun yang lalu. Benar, setahun yang lalu. Rasa macam baru je alami.. Fuhh!

Tarikh yang sama, tanggal 8 Januari 2012.. Peristiwa yang membuatkan diri saya sampai tahap x boleh tahan lagi dah. Perang besar dengan seorang muslimin yang panas baran sehingga merendahkan maruah saya sebagai seorang muslimat atas satu isu besar yang kami tangani bersama selaku kepimpinan mahasiswa waktu itu. Hingga lahirlah post saya bertajuk "izinkanku melepaskan nanie mujahidah pergi". Allahurabbi.. 

Tapi bila diulang-ulang baca luahan saya itu, kelihatan sungguh sengsara saya waktu itu. Saya pun telah melupaikan bagaimana rasanya. Sungguh epik post itu. Mujur saya mencoretkannya untuk menjadi tatapan anak cucu saya nanti.. ^_^ Apepun, kadang-kadang rasa lucu itu tetap ada. Lemah sungguh saya waktu dulu. Kini saya lebih matang. Kerana memegang amanah sebagai kakak kepada adik2 seperjuangan saya. Takdir saya untuk menjadi 'ahli' yang paling senior untuk memantau kepimpinan baru mahasiswa dan juga perjalanan gerak kerja dakwah kampus. Jangan salah faham, saya ini bukan siapa-siapa tanpa pertolongan dan rahmat Allah. Tidak banyak membantu pun untuk mereka, sekadar berkongsi pengalaman sedia ada selama 4 tahun bertapak di alam kampus. 

Alhamdulillah, masa juga telah bersilih ganti. Saya amat mengharapkan perjalanan tahun yang baru ini baik-baik sahaja hendaknya. Rasa lemah itu masih ada, namun kekuatan itu bertambah kali ganda untuk saya tetap bertahan dan bertahan agar air mata saya tidak gugur sewenangnya. Perkara biasa di jalan ini. Saya pun sudah berikrar untut setuju berada di dalamnya.

Moga Allah redha padaku juga pada gerak langkahku.

#Astagfirullah


Saya bersama adik-adik seperjuangan kecintaan saya. Alhamdulillah kasih ini bertaut di jalan dakwah.. ^_^

Saturday, January 5, 2013

Teguran "Cash" dari Allah..

::Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang::



Alhamdulillah masih bernyawa hari ini dan Allah masih menyayangiku dengan meletakkan diri ini dalam nikmat yang paling besar iaitu semestinya nikmat Iman dan Islam. Namun, adakalanya kita tidak menjadi hamba Allah yang terbaik. Seringkali silap dalam mengambil langkah dan khilaf membuat keputusan. Dan aku sungguh menyesali mengenai itu pada diriku. Adakala nya kita tidak menyedari langsung akan kesilapan yang dilakukan sehinggalah Allah menegur kita..

Doaku saban hari, "Ya Allah, pada Engkaulah tempat aku berserah segala perkara. Betulkanlah andai aku salah, ingatkanlah andai aku lupa, sedarkanlah andai aku lalai dan leka"

Dan ya! Aku menyakini Allah mendengar permintaanku.. 

Cash Dari Allah

Menjadi salah seorang hamba dari berjuta ummat manusia di bawah naungan Allah di muka bumi ini menjadikan diriku berasa kerdil. Aku ini bukan siapa-siapa. Mampukah aku mendapat pandangan Allah? Bisik hati kecil. Dan bagi sesetengah orang pula akan mengatakan, "Alah, ramai manusia kt dunia ni. Bukan Allah perasan pun aku buat ape." Nauzubillah. Ketahuilah  kita bahawa Allah tidak akan terlepas walau satu zarah sekalipun dari seluruh benda yang ada di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud:

"Kepunyaan Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan) Allah yang Maha Meliputi segala sesuatu." (Surah an-Nisa: ayat 126)

Benar, aku seringkali mendapat teguran cash dari Allah. Perkongsian ini bukanlah untuk aku merintih dan mengatakan, "ARGHH!! buat ini x kena, buat itu x kena. Sekali dapat balasan cash Allah bagi. Ambik kau!". Bukan begitu. Tetapi post ini atas niat sebagai tanda peringatan bersama bahawa Allah sentiasa melihat kita semua. Dan aku bersyukur kerana Allah tidak ingin membuatkan aku terus lalai dan terus-menerus melakukan dosa dan kesilapan yang sama, makanya diberikan aku teguran direct dari langit.

Setiap kali tersalah dalam bertindak, pasti Allah memberi balasan on the spot terhadap diriku. Banyak sangat peristiwa yang aku lalui begitu pengakhirannya. Sebagai contoh, kalau ada tertinggi suara sikit pada mak, mesti beberapa ketika kemudian jatuh tersadung la, x pun jatuh motor la dan macam2 kifarah dosa dapat. Kadang-kadang kalau ada sakitkan hati kawan, lepas tu ada je benda tak kena berlaku pada diri. Dan kejadian-kejadian seumpama ini membuatkan aku sentiasa muhasabah diri dan menginsafi dosa-dosa lalu. Bisikku di dalam hati, "Ya Allah, jika balasan2 ini yang terbaik buat aku, maka Engkau ringankanlah azab buat ku di hari akhirat kelak atas dosa-dosa yang aku lakukan ini".

Aku cukup bersyukur untuk apa yang Allah telah berikan. Bagiku, segala ujian kesusahan dan kesulitan yang dilalui adalah juga sebagai kifarah dosa untuk apa yang telah aku lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Ya, sebagai tanda peringatan dan amaran buat ku. Kerana itu, hari-hari dalam kehidupan yang dilalui, aku sentiasa berhati-hati bimbang ada melakukan khilaf tanpa disedari.

Dan ketika ini, hatiku cukup resah gelisah. Makanya, aku tahu bahawa sebentar tadi pasti aku ada melakukan sesuatu yang tidak patut aku lakukan. Setelah meneliti perjalanan diri pada hari ini, ya baru aku tahu. Memang benar aku ada melakukan khilaf. Aku lupa pada Allah. Aku letakkan Allah sebagai perkara sampingan. Aku banyak meluah di dalam laman Facebook tika aku dalam perasaan emosi kerana terasa dengan perlian sahabat. Walaupun aku menjadi mangsa perlian bukan orang yang memerli, namun aku tetap salah kerana tidak mengadu pada Allah. Sepatutnya aku cari Allah terlebih dahulu! Ya Allah, ampunkan aku.. Teguran cash Allah beri. Daripada hati yang tidak merasa apa2 bisa berubah menjadi gelisah yang amat seolah2 kematian itu sedang mengintai2 aku. Begitulah yang aku rasakan.



Moga Allah redha padaku. Aku ini penuh dosa. Astagfirullah.