Monday, November 11, 2013

Member Jihadku: Bersama membantu jemaah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lama sudah saya tidak menulis. Coretan untuk kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. haa gituh.. ^^ Pernahkah sahabat mendengar kisah seekor kambing yang dibaham serigala kerana duduk sendirian? Juga analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,

A004

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Makanya,

untuk saya terus kuat berada di atas jalan dakwah, tarbiyah dan siasah ini, saya juga mempunyai "member jihad" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya yang sedikit pemalu (boleh percaya ke ni..krik.. krik..) dan tidak biasa bergerak dengan muslimat2 pusat mahupun kawasan tanpa orang yang sudah rapat dengan saya. Dan ya, adik-adik saya inilah yang menjadi member jihad sejati saya. Maksudnya apa? Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan program2 pusat dan sebarang program yang merangkumi 3 aspek ini baik tarbiyah, siasah mahupun dakwah, saya pasti ditemani mereka berdua. Kenapa saya mengiktiraf mereka sebagai "member jihad" saya? Pastinya kerana dalam ramai2 sahabat2 yang saya ajak ke program2, mereka berdua yang setia dan jarang menolak walaupun mereka ada halangan lain. (oh kerana saya yakin saya mempunyai kuasa pujukan yang istimewa.. haha). Terima kasih kerana sudi bersama untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini. 



Istiqomah itu bagaimana?? YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, YB Temerloh (cewah nak 'mention' jugak Pahangnya.. ^^) berkata kepada kami dalam satu program yang saya ikuti, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Maksud istiqomah yang sebenar ialah proaktif."

Saya amat berharap agar dengan terus proaktif dalam membantu jemaah bersama member jihad saya ini, ianya mampu membuatkan kami lebih dekat dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan. Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan 'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini. Ya, saya tidak pernah menyesal walaupun adakalanya saya merasakan diri saya lemah dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan mereka berdua, "member jihad" saya. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk membantu jemaah.


"Jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa memikirkan mengenai Islam" -Allahyarham Ust Fadzil Noor.


Wednesday, March 27, 2013

Aku di jalan ini..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Jika kita cintakan Rasulullah S.AW, kita juga perlu cinta pada perjuangan baginda"

~Jangan pernah ada secalit pun rasa menyesal bergerak kerja untuk Islam. Pilihan di tangan kita. Jika kita tidak mahu terus berada di jalan ini, Islam tidak akan tergugat sedikit pun dengan ketiadaan kita. Kita yang akan rugi bila mana Islam menang, kita bukan salah seorang yang menggerakkannya. ^_^


Saya tidak pernah taqlid pada sesuatu secara membabi buta. Saya faham perjuangan ini dan mengapa saya perlu menjadi salah seorang daripadanya. Kerana saya diciptakan untuk menyembah Allah dan menyatakan ketaatan kepadaNya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)
Dan salah satu jalannya adalah dengan jihad menegakkan kebenaran dan menyebarkan syiar Islam. Moga Allah redha gerak langkah kakiku dan juga sahabat-sahabatku. Ameen.




Saya cintakan kepimpinan Ulama'

~Al-Hubb Huna~

Monday, March 25, 2013

Sembangnya Kencang, Buatnya...???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah petang ini rasa lapang untuk mengajak sahabat2 mentadabbur satu ayat al-Quran yang menjadi pegangan saya sepanjang bergelar ahli haraki. Ayat yang cukup menggetarkan saya dan membuatkan saya menjadi berhati2 sepanjang berada di jalan tarbiyyah, siasah dan dakwah ini. Allahu Allah.. Moga Allah teguhkan hatiku dalam agamaNya dan ketaatan kepadaNya.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Adakalanya, saya melihat ramai teman2 seperjuangan termasuk diri saya sendiri kencang mengatakan "Aku ingin berjuang", "Kita perlu tegakkan daulah Islamiyyah" dan sebagainya, namun sejauh mana kita telah melaksanakan usaha ke arah itu atau kita hanya hebat berkata-kata saja. Itulah yang paling saya takutkan. Lebih-lebih lagi, bila mana natijahnya adalah "sangat dibenci di sisi Allah" atau jika saya membelek tafsir Al-Quran, ada di nyatakan maksudnya "celakalah kamu di sisi Allah" iaitu bagi mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan. Celaka di sisi Allah, mana mungkin setiap pejuang haraki itu mahu berada dalam kondisi itu. Tapi kadangkala kita tidak sedar kita sedang menuju ke lembah kehinaan dari Allah. nauzubillah.
Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair:
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima
Sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya
Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat
yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian
Ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?
Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian.
Terasa seperti ditusuk-tusuk hati saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah...
Adakalanya kita kencang mengatakan kita pejuang Islam, nak bawa Islam, tetapi sejauh mana kita berkeperibadian sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah. Perancangan strategik untuk memenangkan Islam dah lengkap dah, tapi sejauh mana kita merealisasikan perancangan tersebut atau kita hanya serah bulat2 pada orang yang tidak tahu menahu. Adakalanya kita menjalankan tanggungjawab amar ma'aruf nahi mungkar terhadap mad'u-mad'u kita tapi sejauh mana kita selaku da'ie ilallah benar2 telah menjauhi perkara2 yang kita nasihatkan orang untuk jauhi itu.
Adakalanya saya juga khilaf. Ibadah masih kurang sedangkan saya mengatakan saya ingin berjuang. Makanya saya akan menangis mengenang ayat ini. Namun saya faham, itu bukan bermakna saya perlu menghentikan gerak kerja terlebih dahulu dan fokus menjadi ahli tasawuf yang tertinggi. Bagi saya, ahli haraki yang benar2 faham kewajipannya untuk keluar berjihad memenangkan Islam perlu berusaha sedaya upaya untuk menyeimbangkan kedua-duanya. Antara kefahaman dan juga kesanggupan untuk keluar berjihad/gerak kerja.
Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri juga. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing. Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik dan sebagai alasan untuk tidak menjadi salah seorang yang berjuang menegakkan Islam dan menyatakan kebenaran. Kita mampu melakukannya!  Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.
Lakukan apa yang kalian perkatakan! 
Saya sayang Islam dan kepimpinan Ulama'. 
Wallahua'lam.