Bismillah walhamdulillah..
Hari ini, saya terdetik untuk membelek-belek semula simpanan foto kenangan bersama anak2 usrah saya. Ya, saya mempunyai beberapa kumpulan usrah dan telah berkongsi memori usrah bersama ramai sahabat2 seperjuangan. Dan bersama adik2 inilah saya lebih istiqomah untuk menjalankan usrah. Mungkin kerana semangat mereka untuk mendapat sesuatu dari naqibahnya yang x banyak ilmu pun sebenarnya.. ^_^
Menjalankan usrah memerlukan kekuatan dan komitmen yang sangat tinggi. Seringkali saya mengingatkan diri saya agar jangan sesekali membiarkan kumpulan usrah saya begitu sahaja walau sesibuk mana pun saya. Bagi saya, usrah tidak semestinya perlu menghadamkan satu buku intelektual dalam tempoh 1 jam, usrah bukan semata membincangkan isu2 berat dan global, usrah juga bukan semata perlu berada dalam bulatan dan saya membacakan ayat2 al-Quran manakala ahli usrah saya mendengar dengan khusyuk. Oh tidak.. :)
Usrah adalah salah satu metod tarbiyah iaitu didikan. Tanpa tarbiyah, kita pasti rebah. Maka, fungsi usrah yang saya cuba bawakan adalah untuk saling menguatkan, untuk saling mengingatkan, untuk saling berkasih sayang dan untuk saling memperbetulkan. Saya bukan ahlinya untuk membawakan usrah yang cukup kritikal dan membumi. Tetapi saya sangat menekankan agar usrah saya cukuplah sekadar dapat membawa anak2 usrah saya kembali dan merasa dekat dengan Allah. Cukuplah walau sesaat cuma. Kerana "usrah" itu keluarga. Pembentukan keluarga Muslim itu saling berkasih sayang untuk mendapat keredhaan Allah pastinya.
Saya bukan naqibah yang cukup hebat untuk membentuk anak2 usrah saya. Bahkan saya sedia maklum mereka lebih hebat dari saya. Kerana bagi saya, insan2 yang ingin mendekati usrah itu sangat sukar untuk dijumpai. Dan mereka pastinya orang2 terpilih yang Allah letakkan untuk menjadi lebih hebat dan siapa sangka merekalah yang akan menjadi ikon muslimat yang menarik semakin ramai orang untuk cintakan Islam. InsyaAllah saya cukup yakin. :)
Dan matlamat saya sebagai naqibah mereka, saya cukup berharap agar mereka akan lebih mencintai usrah bukan semakin jauh dari usrah. Ya, hiduplah kalian dengan usrah.
"Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang." -As-syahid Imam Hassan Al-Banna-
-aku nanie mujahidah-