Wednesday, August 25, 2010

Untukmu wanita: Ke arah mengejar syariat...

Segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam.. Selawat dan Salam ke atas nabi Muhammad SAW..

Dalam tulisan ana pada kali ini, suka lah ana untuk membicarakan mengenai insan bernama wanita. Nota buat para wanita ini pernah ana kongsikan di dalam fb ana. Mungkin kali ini, ana boleh berkongsi pula kepada sesiapa yang menziarahi laman ilmu ana yang masih banyak kekurangan ini. Moga bersama-sama beroleh manfaat daripadanya. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

" dua jenis penghuni neraka yang tidak pernah aku lihat ; seorang yang selalu membawa cemeti seperti seekor sapi lalu melecutkannya kepada orang-orang. wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggok-lenggok mengundang perhatian dan menyimpang dari kebenaran. Ia bersanggul seperti punuk unta yang bergoyang ke kanan dan ke kiri. mereka ini tidak masuk syurga dan tidak akan mencium aromanya. Sesungguhnya aroma syurga dapat tercium sejauh perjalanan sekian dan sekian." (HR.Muslim)

(",) semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Baginda SAW..

maka..
tutuplah aurat dengan sempurna..

mengapa kita disuruh menutup aurat..?

"perempuan seperti makanan, jika tidak bertutup dan terdedah, ia akan dihinggapi oleh perosak-perosak, maka tercemarlah ia.orang yang 'bijak' dan menjaga pemakanan tidak akan makan makanan yang tercemar.."



perosak-perosak berkenaan adalah seperti lipas, tikus dan lalat.. ini adalah perosak-perosak yang comel, selalu mencemari makanan. kita sangat 'geli' dan 'mual' jika mengetahui makanan di 'nodai' oleh binatang2 ni. Dan jalan mudah yang biasa di ambil adalah dengan membuangnya ke dalam tong sampah, dan jika tidak ingin membazir kita akan beri makan pada kucing.

maka, keadaannya adalah sama seperti perempuan yang 'terdedah' sana sini.. 'tak cukup kain' dan 'pakai tudung tapi baju ketat melekat'.. juga akan berhadapan dengan pelbagai risiko, dan menjadi intipan mata tajam 'perosak-perosak' durjana..

anda kata..anda selamat, 'boyfren aku ade..'..

aku kata : u sure ke tu boyfren..? atau 'Buayafren'..?

"Kalau Kau dah Pakai Baju sikit lagi nak telanjang, yang pakai serban pon boleh kejang..!"
ini kenyataan.. realiti kehidupan..




Seperti kuih apam ni (letak kuih apam balik sebab aku suka makan..haha), kalo dia terdedah macam tu, 90% adalah kemungkinan lalat akan hinggap dan cemarkannya.lalat akan cakap ; 'dia tak tutup, dia bagi aku makan..'. maka aku taknak makan dan bila-bila masa akan dicampak dalam tong sampah. di sana akan ada kucing-kucing mak cik cafe, atau biasanya ade monyet2 datang untuk makan..

begitu jugalah perempuan, kalo seksi, terdedah, 90% kemungkinan besar mendapat gangguan2 para perosak. walaupun tangan perosak tak hinggap, tapi mata perosak itu sudah cukup mencemarkan...!!


ini pulak makanan yang tidak ditutup dengan sempurna. tutup dah, tapi separuh je. cara ni pon bahaya. Masih mendedahkan makanan kepada lalat, lipas dan tikus juga akan gembira.mereka berkata :'ni macam nak bagi kita makan ni..mari makan beramai-ramai'. Lihat..! mereka masih boleh 'mencemarkan' makanan kita. amat menimbulkan rasa was-was dan sangsi untuk menjamahnya.. dan akhirnya juga akan diberi kepada kucing2 untuk makan..


Dan gambar kakak kat atas tu pulak, sama la macam makanan tu, tutup separuh je. dia 'mencemarkan' diri sendiri. ape tak pelik ke dia rasa pakai macam tu..? pakai tudung, tapi skirt dia bukan tak singkat. orang tengok pon akan rasa sakit hati, bagi para perosak, dorang akan menganggap inilah 'mangsaku..!'.



lihat pula keadaan makanan yang tertutup. makanan terpelihara. tidak terdedah kepada perosak2. malah tikus, lalat dan lipas juga 'faham', 'kalo dah bertutup tu maksudnya manusia tak bagi kita makan...'..


begitu juga lah terpeliharanya wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna. sentiasa berada dalam 'ketenangan'.. tiada gangguan.. sentiasa dalam peliharaan yang Maha Esa.




juga menjadi idaman 'jejaka2' soleh.. rebutan para 'perwira2' handalan..
(",)
kerana 'lelaki2 soleh' itu amatlah 'hartawan'.. mereka tidak akan membeli 'barang murahan', yang boleh didapati 'di tepi2 jalan'..
mereka juga tidak makan makanan sembarangan.. makanan mesti yang berkualiti dan terjaga disisi Allah SWT..
mereka itu 'satria' terbilang, pasti inginkan 'srikandi' gemilang..
'gemilang' wanita bukan pada paras rupa..
'gemilang' wanita bukan pada suara lunak manja..
'gemilang' wanita bukan pada perhiasan yang indah..
'gemilang' wanita adalah pada maruah yang terjaga..



T___T

oleh itu, bersama kita mendidik diri menjadi 'makanan yang bersih lagi terpilih'..

jangan dedahkan diri kepada 'kemurkaan Allah SWT..

jangan dedahkan diri kepada perosak dan penjenayah..

jaga aurat, Jaga akhlak..

Bersama menjadi muslimah solehah mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah.
Muslimat aktif, hebat, mantap3x harapan ummah..

Salam ukhwah sejati,
Nanie Mujahidah..

Wednesday, August 18, 2010

Manisnya hidup berusrah..

Salam perjuangan buat sahabat2 yang dikasihi kerana Allah..

Hati ini terpanggil lagi untuk berkongsi perjalanan hidup ana sepanjang meneruskan agenda dakwah. Entahlah pelik juga dengan diri yang sejak akhir-akhir ini lebih gemar memberi.. Alhamdulillah... =) moga usaha ana yang sedikit ini bermanfaat ke arah mengejar Redha Allah. 

Jika diikutkan kata hati, menjalankan 3 usrah dalam masa sehari memang tak sempat. Lagi2 melibatkan komitmen anak-anak usrah seramai 13 orang dan juga kesungguhan naqibahnya. Tapi itulah hakikat yang berlaku. Akhirnya, ana dapat mengadakan usrah bersama sahabat2 tercinta setelah banyak ujian melanda walaupun x semua yang dapat hadir. Diri ana cukup terharu kerana di dalam kesibukan menuntut ilmu, masih ada lagi yang sanggup bermujahadah menyahut kerinduan naqibahnya untuk berusrah. Cukuplah dapat berbuka puasa bersama, sudah menjadi pengikat ukhwah sesama kita. "Macam nilah muslimat yang kita cari!" Kata-kata yang sering ana luahkan pada anak-anak usrah agar mereka lebih bersemangat untuk mengutip mutiara ilmu bukan sahaja di dalam usrah bahkan di mana-mana sahaja. Tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat, "Alam sekeliling pun merupakan murabbi kita" Ya, ana cukup setuju. Dengan melihat kejadian-kejadian alam pun sudah cukup memberi seribu satu keinsafan buat diri jika kita betul2 menghayati apa yang tersirat di sebalik setiap ketentuan Allah. 

Walaupun berbekalkan usrah yang ringkas namun banyak juga ilmu yang ana sempat sampaikan malah banyak juga yang ana dapat kutip dari sahabat2. Itulah salah satu kemanisan yang ana perolehi. Bilamana kita bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu yang kita ada, kita akan dapat balik yang lebih bermanfaat dari itu. Bak kata orang, "What you give, you get back". Subhanallah.. 

Ana sering berpesan pada anak-anak usrah, "janganlah sesekali kita rasa menghadiri usrah itu sesuatu yang membebankan. Hinggakan entunna berusaha cipta banyak alasan bila ana panggil ke usrah. Kalau boleh entunna semua yang mesej ana dulu bertanyakan bila nak wat usrah..". Sahabat-sahabat mengangguk faham. Ana dapat melihat sinar semangat seorang mujahidah yang sememangnya mencintakan usrah dalam diri anak-anak usrah ana. Mungkin belajar dari naqibahnya.. =) Ana bukan apa, cuma mahu menerapkan dalam diri mereka sifat ikhlas lebih-lebih lagi dalam majlis ilmu seperti usrah. Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, 
  
"Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan."
(Muttafaq ‘alaih)

Dalam usrahlah, kita boleh saling nasihat-menasihati, bersama-sama muhasabah diri dan mencari hala tuju ke arah tazkiyyatun nafsi. Tak tahulah kenapa dengan ana hari itu, ana rasa ana sampaikan perkara biasa je. Ilmu yang orang dah selalu dengar. Ana cuma berniat untuk mengingatkan semula mana tahu ada di antara anak-anak usrah ana yang terlupa. malah boleh jadi ana sendiri yang terleka. Namun, ana usrah ana sorang ni sampaikan hampir menitiskan air matanya mendengarkan kata-kata ana. Mungkin ada sisipan yang menginsafkan nya yang ana telah keluarkan tanpa sedar. Sekali lagi ana merasai kemanisan usrah itu.. huhu.. sebak pulak hati ana. 


Apa2pun, ana berharap sahabat2 terus teguh dalam medan perjuangan yang kita pilih ini. Kita perlulah sentiasa optimis bahawa melalui medan ini, kita semakin dekat dengan Pencipta kita. Allahuakbar... ana sangat rindukan usrah.. buat anak-anak usrah ana yang membaca tulisan ana ni, jom kita usrah.. ^_^ 

Akhir kalam, jangan sesekali biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa kita gunakan untuk gerak kerja Islam.


"ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH"

salam ukhwah sejati,
nanie mujahidah.. 
ISIUKM.



 

Tuesday, August 10, 2010

Kekasihku datang lagi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam kasih abadi buat semua sahabat-sahabatku fillah.. Selamat Menyambut Kedatangan Kekasihku pada tahun ini.. Sudah setahun merindui, akhirnya datang menjengukku kembali.. Ana tahu kita berkongsi kekasih yang sama.. tapi ana tak kisah jikalau menjadi 'madu' kepada 'dia' membuatkan kita bersama-sama beroleh rahmat Ilahi.. menuju cinta hakiki.. buatmu kekasihku Ramadhan Mubarak... Syukur padamu Ya Allah kerana memberi peluang untuk diriku bertemunya lagi... Alhamdulillah..
  
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN 

1.Puasa Ramadhan adalah rukun keempat dalam Islam. Firman Allah Ta'ala :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu  berpuasa sebagaimana diwajibkan  atas orang-orang sebelum kamu  agar kamu bertaqwa. "(Al-Baqarah : 183).
 
Sabda Nabi :
"Islam didirikan di atas lima sendi, yaitu: syahadat tiada sembahan yang haq selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram. " (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Ibadah puasa  merupakan salah satu saranan  penting  untuk mencapai  takwa, dan salah satu  sebab untuk mendapatkan  ampunan dosa-dosa, penglipat gandaan  kebaikan, dan pengangkatan darjat. Allah telah  menjadikan  ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya.
 
Firman Allah dalam hadis yang disampaikan oleh Nabi: 
"Puasa itu untuk-Ku  dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa  mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan  ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau  mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi." (Hadis Muttafaq 'Alaih).
 
Dan sabda Nabi :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih).
 
Maka untuk memperoleh ampunan dengan puasa Ramadhan, harus ada dua
syarat berikut ini:
  • Mengimani dengan benar akan kewajipan ini. 
  • Mengharap pahala kerananya di sisi Allah Ta 'ala.
2. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang batil.

Orang berpuasa yang berjihad :
Perlu diketahui bahawa orang mukmin pada bulan Ramadhan melakukan dua jihad, yaitu :
  • Jihad untuk dirinya pada siang hari dengan puasa.
  • Jihad pada malam hari dengan solat malam
Barangsiapa yang memadukan kedua jihad ini, memenuhi segala hak-haknya dan bersabar terhadapnya, niscaya diberikan kepadanya pahala yang tak terhitung. Lihat Lathaa'iful Ma 'arif, oleh Ibnu Rajab, him. 163,165 dan 183.
Moga pertemuan kita pada tahun ini diberkati Allah... Ya Habibi Ramadhan..



Salam Kasih Abadi~

Al-Faqirah Ilallah,
Nanie Mujahidah...=)