Sunday, September 26, 2010

Semakin suntuk untukku...

بسم الله الرحمن الرحيم 

Ku hadapkan kesyukuran padaMU Ya Allah atas kesempatan yang masih Engkau berikan buatku pada tika ini.. Tanggal 24 September yang lalu, bersamaan 15 Syawal 1431H di hari Jumaat penuh barakah,  genaplah kehidupanku di alam fana ini selama 20 tahun, menghitung dosa-dosa yang telah aku lakukan, sudah cukup membuatku menitiskan air mata keinsafan. Sejauh mana aku menyumbang pada Islam..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya. Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin. 

Sahabat2ku, andai esok tiada lagi buatku, maka teruskanlah perjuangan kamu semua untuk Islam.. kerana itu adalah cita-citaku, namun atas kelalaianku, waktu terus berlalu dan masa ku semakin suntuk..  Ampunkan aku Ya Rabb atas segala dosa-dosaku. Buat ibuku, terima kasih kerana telah melahirkanku dan mendidikku dengan keteguhanmu. Buat ayahku, pemergianmu amat aku rindui. kini aku hidup tanpa kasih sayang ayah buatku.. Namun aku tahu, impianmu agar aku menjadi anak perempuan yang solehah agar sentiasa mendoakanmu di alam sana.. teramat rindu ayah.. Buat semua sahabatku, terimalah huluran maafku andai sepanjang hidupku, menyakiti kamu adalah rutin harianku. 

Selamat Hari Lahir buat diriku... sesungguhnya mati menghampiriku.. kini masa semakin suntuk untukku.. Astagfirullah al-azim..3x



Salam penuh cinta,

nanie mujahidah..

Wednesday, September 15, 2010

Faham vs Buat-buat x faham

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum buat sahabat2 yang masih setia mengikuti penulisan ana. Sepanjang 6 hari melalui bulan mulia Syawal, banyak tragedi2 tarbiyah yang banyak menyedarkan ana.. (fuh, macam tragik pulak..) Kalau diikutkan hati, semua ana nak kongsi. Memandangkan fokus ana untuk blog ini adalah berbentuk tidak formal agar agenda dakwah ana mudah meresap ke dalam diri. Melangit pulak misi ana ni.. harap2 x angan-angan Mat Jenin kan.. =) Tapi, antara semua kronologi masa yang ana lalui, ana tertarik untuk membicarakan mengenai kefahaman.  

Core business yang ana nak ketengahkan mudah sahaja. Bermula dengan peristiwa ana berkonvoi dengan kawan2 sekampung ana 2 hari lepas.. pusing keliling kampung la katekan.. Pertama kali berjumpa setelah 7 tahun meninggalkan alam sekolah rendah. semua berubah.. hurm.. sedangkan setahu ana, masing2 melanjutkan ke sekolah menengah agama yang tip top bi'ah solehahnya selepas UPSR. Malah ada yang pergi belajar pondok lagi. Lebih hebat dr ana. Tapi hari 2 sahaja, telah menampakkan segala2nya. Masing2 dah gaya model, datin, aurat x terjage.. Tapi Alhamdulillah masih ada tudung di kepala.. Namun, bukan itu yang ana impikan terhadap bekas pelajar sekolah agama.. ana tidak mahu mereka memakai tudung semata-mata, tapi ana nak mereka menutup aurat. 2 perkara ini sering generasi muda kita selalu tersilap percaturan. mereka menganggap memakai tudung sudah dikira menutup aurat. sedangkan ianya masih tidak mengikut syarat menutupi bahagian dada. Manakala yang lelaki menghisap rokok di rumah orang, bersentuhan dengan perempuan.. Lalu, ana bermonolog di dalam diri, adakah mereka faham atau buat2 x faham.. huhu.. Ana x mengharapkan mereka menjadi alim ulamak mengalahkan ana atau sesiapa, tapi sepatutnya, mereka aplikasikan apa yang mereka pelajari tentang soal hukum hakam agama. Tulisan ini bukan bermakna ana terus menghukum mereka, tetapi untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa lupa, adakah kita pelajari agama untuk ditulis atas kertas peperiksaan 'Pendidikan Agama Islam' sahaja atau sebaliknya.. 

Ini baru kisah tentang kawan2 sekolah rendah.. belum lagi dr sekolah menengah. sekolah yang banyak mendidik ana bermula dengan bertudung litup hinggalah menjadi seorang muslimah.. (sedih la pulak.. ishk33) Bagi ana, pentarbiyahan di situ sudah cukup untuk kita mendalami Islam sebaiknya. Namun, sebaliknya yang terjadi. Patutlah ustazah ana terkilan sangat apabila berjumpa dengan bekas2 pelajar sekolah ini. Mane tidaknya, dr bertudung labuh jadi hilang tudungnya.. Dari bersongkok jadi panjang dan berstylo rambutnya.. Dari berceramah tentang agama di masjid sekolah, jadi lelaki yang hot berkapel dan bertukar2 pasangan.. Allahuakbar.. adakah mereka sudah faham atau buat2 x faham apa yang mereka pelajari di madrasah tarbiyah dulu..

Terbayang pula ana suasana di kampus.. kadang2 mereka yang mengambil jurusan agama yang lebih dahsyat ragamnya. kadang2 mereka yang dari institusi agama yang hebat yang lebih melonjak transformasinya.. "Bagaimanalah mereka yang baru nak berjinak2 dengan agama dan berkeinginan untuk berubah hendak mengikut rentak kita jika kita yang ada ilmu agama ini pun, tidak menjadi pembentukan dirinya..", getus hati ana.. kuat bermonolog juga ana ni ye sejak akhir2 ini.. =p 

Dan ketahuilah, kadang2 dengan mereka yang sudah ada kefahaman ini lah kita sukar nak menasihatinya. Malah, mereka akan lawan kita dengan hujah dan ayat al-Quran lagi walaupun mereka tetap salah. Inilah akibatnya apabila ayat Quran disalah tafsirkan..

Firman Allah yang bermaksud;

’Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.’[Al-Qasas:84]

Sahabat2, di samping kejahilan kita ini, rupanya ada pihak yang bersorak gembira. Lebih2 lagi melihat perlakuan anak muda zaman modenisasi ini.. Theodore Hertzel yang merupakan pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) ada mengatakan dalam ucapannya di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897 

"misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran"..

MasyaAllah.. sedarlah sahabat2 ku sekalian.. peganglah ilmu agama yang ada pada entum semua sebaiknya. Janganlah kita sebenarnya faham tetapi buat2 tak faham..Berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna, "kita tidak akan ditanya sejauh mana kita berjaya melakukan sesuatu, tetapi kita akan ditanya sejauh mana kita berusaha ke arah itu".

Akhir kalam, ana petik kata2 sahabat ana, memang benar sungguh sedikit manusia yang memahami, namun lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan, dan tersangat sedikit manusia yang memahami, mengamalkan dan sampai ke tujuannya.


wallahua'lam..

Al-faqirah illallah,
nanie mujahidah..
ISIUKM..

Thursday, September 9, 2010

Detik-detik terakhir Ramadhanku..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum buat sahabat2 fillah yang ana kasihi. Saat menyusun bicara dalam tulisan ana kali ini, sedih dan sayu menyelubungi diri tatkala terpaksa menerima hakikat bahawa Ramadhan telah berlalu pergi. Di kesempatan ini, suka lah ana untuk berkongsi suka dan duka sepanjang ana meniti hari2 terakhir pemergian Ramadhan yang ana cintai. Memang benar kata2 sahabat ana di UMT, dek kerana kita sibuk menguruskan dunia, hinggakan kita lupa untuk menghayati bulan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah kita selama sebulan ini. Allahuakbar. merasakan diri ini terlalu hina kerana tidak memanfaatkan peluang dan ruang yang Allah beri untuk kita mendekatkan diri padaNya, sedangkan diri terlalu bersungguh mengisytiharkan bahawa 'ana adalah pejuang Islam'. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.. T_T Walaubagaimanapun, ada juga saat2 manis yang Allah izinkan untuk ana merasainya dalam menempuh detik2 terakhir Ramadhan biarpun diri ini sering alpa terhadapNya. Allah tidak pernah serik memberiku nikmat. Allah.. sesungguhnya aku menyakini agamaku ini.. bahawa Engkau Ya Allah adalah matlamat hidupku.. 



Perjalanan pulang ke kampung..

Minggu terakhir perkuliahan di bumi waqafan UKM membuatkan ana merasa lemah seketika. mana x nya, UKM dah kosong dah. sume pakat balik kampung awal. Jika ikutkan hati, ana pun nak lari jugak. Tapi memandangkan kuliah yang masih berpanjangan, terpaksalah ana meneruskan jihad ilmu.. Eh, bukan terpaksa taw, bersungguh ana pi kelas. walaupun, hari2 terakhir di UKM, ana sering tidak dapat menumpukan perhatian.. ~sedih... 


Minggu ini juga, ana telah diuji dengan assigmen yang terlalu banyak. memandangkan jurusan yang ana ceburi, perlu melibatkan eksperimen yang banyak. jadi banyaklah "lab report" yang perlu dihantar. Hinggakan satu tahap ana tidak mampu bertahan sehingga menitiskan air mata tatkala membuat timbunan kerja itu sedangkan kawan2 yang lain telah menghantarnya. Dalam hati ana mula terdetik hendak mengundurkan diri dari bermacam kesulitan ini, mahu pasrah utk tidak menyiapkan segalanya, muncul sahabat2 ana memberikan sokongan, berkongsi kisah duka ana sambil memberikan taujihad. malah, ada juga yang berkesempatan berkongsi taktik bersiasah dengan ana.. siapa ye? =) syukran buat sahabat2 ana.. Saat inilah, Alalh telah membantu ana menilai siapakah sahabat ana yg sebenar.. Ana terlalu sayangkan mereka ini yang ana kenali di jalan tarbiyah ini.. Alhamdulillah. Moga Allah membalas jasa kalian. 


Akhirnya, pada hari khamis, pukul 6 ptg, ana bertolak pulang ke rumah setelah menghantar asigmen yang terlambat dari tarikhnya.. huhu.. itupun setelah berlaku beberapa konflik.. hujan sungguh lebat waktu itu.. mengurangkan keinginanku untuk pulang. mana x nya, nak naik komuter, dekat2 nak raye, mase hujan pulak, komfem sampai rumah lambat. walaupun rumah sekangkang kera je dr UKM, tapi kalau balik naik komuter, boleh berjanggut ana dibuatnya. ishk33.. semua org x mengerti. kalau mereka tanya, ana balik mane, ana jawab ke Klang, mereka akan kate, "lar, dekat je.. patut la balik lambat2..". Namun, jauh di sudut hati, ana bermonolog, kalo naik kereta, memang la dekat. kalo naik komuter, nak2 4 jam perjalanan. macam balik alor setar je..huhu.. (eh, nape mesti alor setar? hehe.. ntahla..) Namun, alhamdulillah, sekali lagi, bantuan Allah tiba buat hambanya yang dhaif ini..

Ana dikenalkan dengan seorang sahabat kepada sahabat ana yang sanggup untuk menghantar hingga ke rumah.. Sungguh gembira hati ini walaupun rasa bersalah tetap ada kerana telah menyusahkan orang lain. Ya, ukhwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah.. Sunggguh ana teruja melihat semangat sahabat baru ana itu yang juga sefikrah dengan ana.. Orang hebat di kampus rupanya.. banyak ana belajar dari ukhti tersebut walaupun baru sahaja bertaaruf. perjalanan yang sepatutnya satu jam setengah jika menaiki kereta telah menjadi 4 jam juga. memandangkan masing2 termasuk ana sendiri tidak tahu jalan ke klang, kami yang naif ini terpaksa ikut sign board je.. huhu.. tambah2 lagi, dok berhenti je macam pi jalan jauh. Sempat juge berusrah dan berdiskusi di restoran KFC.. (kami bertekad ke sana setelah berijtihad bahawa KFC x kne boikot kan.. hehe..)

Akhirnya, ana menjejakkan kaki ke halaman rumah tepat jam 10 malam. fuh, perjalanan yang dasyat tapi cukup bererti.. Alhamdulillah Ya Allah.. Banyak ibrah yang aku perolehi dalam tempoh 4 jam itu.. (",)


Penyesalan buatku..


30 hari Ramadhan yang ku lalui akhirnya tamat di sini. Mungkin bagi sahabat2, mereka telah memanfaatkan dengan baik bulan yang mulia ini, namun bagi diri ana, adalah satu kerugian.  Jiwa ana berasa kosong tatkala mengenangkan kejahilan diri. Memang sebab itulah aku sering berasa lemah semangat,kerana kurangnya pentarbiyahan yang dapat aku suapkan buat diri dan hati yang makin mengotor ini. MasyaAllah.. hinanya aku.. (sedih apabila bermonolog dengan sebahagian diri yang masih memiliki iman yg teguh namun tersembunyi). Benar sungguh kata murabbi ku.. Qiamullail adalah kunci segalanya bagi abnaul haraki. Jika ada kekurangan pada diri, cuba muhasabah mengenai aktiviti qiamullail nya. Ya, jika dibilang dengan jari, tidak sampai sepuluh kali ana menghadap Mu Allah di malam hari. Ramadhanku pergi tanpa aku merasa puas hati dengan diri sendiri. Astagfirullah.. banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki demi kebaikan diri ku selaku pimpinan mahasiswa Islam juga sebagai seorang da'ie ilallah.. T_T

Namun, atas kekurangan ana ini lah, rupanya Allah telah selitkan sesuatu perasaan yang cukup bermakna buat ana untuk Ramadhan kali ini. Jika dulu, Ramadhan ana berlalu tanpa ana merasa apa2 di malam rayanya, sekadar x sabar untuk beraya keesokan harinya, namun pada kali ini, ana telah diserapkan dengan perasaan sayu, hiba, sedih atas pemergiannya sepertimana  yang dirasai sahabat2 di zaman Rasulullah dulu. Allahuakbar.. 

Diri ini memohon padaMU Ya Rabbi, moga daku diberi kesempatan semula untuk bertemu Ramadhan akan datang untuk aku manfaatkan sepenuhnya.  Andai ini adalah yang terakhir buatku, sungguh ianya adalah satu PEYESALAN terbesar buatku. Astagfirullah al-azim3x.. Namun, aku bermohon padaMu, moga usaha ku mendekatkan diri pada Mu Ya Allah yang terlalu amat sedikit ini diredhai dan bermakna untuk membimbingku lebih dekat denganMU.. Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..


Akhir kalam, moga perkongsian ana ini dapat membuka minda sahabat2 akan memanfaatkan setiap kejadian yang berlaku dan ditetapkan buat diri. Pasti ada hikmah disebaliknya. Bergantung pada diri kita sama ada hendak mencarinya atau membiarkan sahaja.. Sentiasa optimis dengan ketetapan Allah.. Dan sentiasalah meminta pada Allah kerana Allah suka pada mereka yang meminta pertolongan padaNYA. Moga Ramadhan ini menjadi tanda aras buat diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..


Allahuakbar3x.. (sebak mendengar takbir raya.. T_T)


Selamat menunaikan solat Aidilfitri.. perbanyakkanlah bertakbir dan bertahmid di malam raya ini.. "Taqabbalallahu minna wa minkum"

Nak pantun jap..=)


Dalam helaian lampiran kata,
pasti ada khilaf dan dusta,
Dalam gugus pandangan mata,
Terlajak salah melihat jua,
Dalam untai hati berbicara,
kadang tentu salah menduga..


Harap dimaafkan kesilapan yang pasti ada. Maaf tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat kalian semua.. =(



Salam kasih sejati,
al-faqirah ilallah nanie mujahidah..
Ikatan Studi ISLAM UKM.


~Islam Memimpin Transformasi Ummah"