بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum buat sahabat2 fillah yang ana kasihi. Saat menyusun bicara dalam tulisan ana kali ini, sedih dan sayu menyelubungi diri tatkala terpaksa menerima hakikat bahawa Ramadhan telah berlalu pergi. Di kesempatan ini, suka lah ana untuk berkongsi suka dan duka sepanjang ana meniti hari2 terakhir pemergian Ramadhan yang ana cintai. Memang benar kata2 sahabat ana di UMT, dek kerana kita sibuk menguruskan dunia, hinggakan kita lupa untuk menghayati bulan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah kita selama sebulan ini. Allahuakbar. merasakan diri ini terlalu hina kerana tidak memanfaatkan peluang dan ruang yang Allah beri untuk kita mendekatkan diri padaNya, sedangkan diri terlalu bersungguh mengisytiharkan bahawa 'ana adalah pejuang Islam'. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.. T_T Walaubagaimanapun, ada juga saat2 manis yang Allah izinkan untuk ana merasainya dalam menempuh detik2 terakhir Ramadhan biarpun diri ini sering alpa terhadapNya. Allah tidak pernah serik memberiku nikmat. Allah.. sesungguhnya aku menyakini agamaku ini.. bahawa Engkau Ya Allah adalah matlamat hidupku.. Perjalanan pulang ke kampung..
Minggu terakhir perkuliahan di bumi waqafan UKM membuatkan ana merasa lemah seketika. mana x nya, UKM dah kosong dah. sume pakat balik kampung awal. Jika ikutkan hati, ana pun nak lari jugak. Tapi memandangkan kuliah yang masih berpanjangan, terpaksalah ana meneruskan jihad ilmu.. Eh, bukan terpaksa taw, bersungguh ana pi kelas. walaupun, hari2 terakhir di UKM, ana sering tidak dapat menumpukan perhatian.. ~sedih...
Minggu ini juga, ana telah diuji dengan assigmen yang terlalu banyak. memandangkan jurusan yang ana ceburi, perlu melibatkan eksperimen yang banyak. jadi banyaklah "lab report" yang perlu dihantar. Hinggakan satu tahap ana tidak mampu bertahan sehingga menitiskan air mata tatkala membuat timbunan kerja itu sedangkan kawan2 yang lain telah menghantarnya. Dalam hati ana mula terdetik hendak mengundurkan diri dari bermacam kesulitan ini, mahu pasrah utk tidak menyiapkan segalanya, muncul sahabat2 ana memberikan sokongan, berkongsi kisah duka ana sambil memberikan taujihad. malah, ada juga yang berkesempatan berkongsi taktik bersiasah dengan ana.. siapa ye? =) syukran buat sahabat2 ana.. Saat inilah, Alalh telah membantu ana menilai siapakah sahabat ana yg sebenar.. Ana terlalu sayangkan mereka ini yang ana kenali di jalan tarbiyah ini.. Alhamdulillah. Moga Allah membalas jasa kalian.
Akhirnya, pada hari khamis, pukul 6 ptg, ana bertolak pulang ke rumah setelah menghantar asigmen yang terlambat dari tarikhnya.. huhu.. itupun setelah berlaku beberapa konflik.. hujan sungguh lebat waktu itu.. mengurangkan keinginanku untuk pulang. mana x nya, nak naik komuter, dekat2 nak raye, mase hujan pulak, komfem sampai rumah lambat. walaupun rumah sekangkang kera je dr UKM, tapi kalau balik naik komuter, boleh berjanggut ana dibuatnya. ishk33.. semua org x mengerti. kalau mereka tanya, ana balik mane, ana jawab ke Klang, mereka akan kate, "lar, dekat je.. patut la balik lambat2..". Namun, jauh di sudut hati, ana bermonolog, kalo naik kereta, memang la dekat. kalo naik komuter, nak2 4 jam perjalanan. macam balik alor setar je..huhu.. (eh, nape mesti alor setar? hehe.. ntahla..) Namun, alhamdulillah, sekali lagi, bantuan Allah tiba buat hambanya yang dhaif ini..
Ana dikenalkan dengan seorang sahabat kepada sahabat ana yang sanggup untuk menghantar hingga ke rumah.. Sungguh gembira hati ini walaupun rasa bersalah tetap ada kerana telah menyusahkan orang lain. Ya, ukhwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah.. Sunggguh ana teruja melihat semangat sahabat baru ana itu yang juga sefikrah dengan ana.. Orang hebat di kampus rupanya.. banyak ana belajar dari ukhti tersebut walaupun baru sahaja bertaaruf. perjalanan yang sepatutnya satu jam setengah jika menaiki kereta telah menjadi 4 jam juga. memandangkan masing2 termasuk ana sendiri tidak tahu jalan ke klang, kami yang naif ini terpaksa ikut sign board je.. huhu.. tambah2 lagi, dok berhenti je macam pi jalan jauh. Sempat juge berusrah dan berdiskusi di restoran KFC.. (kami bertekad ke sana setelah berijtihad bahawa KFC x kne boikot kan.. hehe..)
Akhirnya, ana menjejakkan kaki ke halaman rumah tepat jam 10 malam. fuh, perjalanan yang dasyat tapi cukup bererti.. Alhamdulillah Ya Allah.. Banyak ibrah yang aku perolehi dalam tempoh 4 jam itu.. (",)
Penyesalan buatku..
30 hari Ramadhan yang ku lalui akhirnya tamat di sini. Mungkin bagi sahabat2, mereka telah memanfaatkan dengan baik bulan yang mulia ini, namun bagi diri ana, adalah satu kerugian. Jiwa ana berasa kosong tatkala mengenangkan kejahilan diri. Memang sebab itulah aku sering berasa lemah semangat,kerana kurangnya pentarbiyahan yang dapat aku suapkan buat diri dan hati yang makin mengotor ini. MasyaAllah.. hinanya aku.. (sedih apabila bermonolog dengan sebahagian diri yang masih memiliki iman yg teguh namun tersembunyi). Benar sungguh kata murabbi ku.. Qiamullail adalah kunci segalanya bagi abnaul haraki. Jika ada kekurangan pada diri, cuba muhasabah mengenai aktiviti qiamullail nya. Ya, jika dibilang dengan jari, tidak sampai sepuluh kali ana menghadap Mu Allah di malam hari. Ramadhanku pergi tanpa aku merasa puas hati dengan diri sendiri. Astagfirullah.. banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki demi kebaikan diri ku selaku pimpinan mahasiswa Islam juga sebagai seorang da'ie ilallah.. T_T
Namun, atas kekurangan ana ini lah, rupanya Allah telah selitkan sesuatu perasaan yang cukup bermakna buat ana untuk Ramadhan kali ini. Jika dulu, Ramadhan ana berlalu tanpa ana merasa apa2 di malam rayanya, sekadar x sabar untuk beraya keesokan harinya, namun pada kali ini, ana telah diserapkan dengan perasaan sayu, hiba, sedih atas pemergiannya sepertimana yang dirasai sahabat2 di zaman Rasulullah dulu. Allahuakbar..
Diri ini memohon padaMU Ya Rabbi, moga daku diberi kesempatan semula untuk bertemu Ramadhan akan datang untuk aku manfaatkan sepenuhnya. Andai ini adalah yang terakhir buatku, sungguh ianya adalah satu PEYESALAN terbesar buatku. Astagfirullah al-azim3x.. Namun, aku bermohon padaMu, moga usaha ku mendekatkan diri pada Mu Ya Allah yang terlalu amat sedikit ini diredhai dan bermakna untuk membimbingku lebih dekat denganMU.. Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..
Akhir kalam, moga perkongsian ana ini dapat membuka minda sahabat2 akan memanfaatkan setiap kejadian yang berlaku dan ditetapkan buat diri. Pasti ada hikmah disebaliknya. Bergantung pada diri kita sama ada hendak mencarinya atau membiarkan sahaja.. Sentiasa optimis dengan ketetapan Allah.. Dan sentiasalah meminta pada Allah kerana Allah suka pada mereka yang meminta pertolongan padaNYA. Moga Ramadhan ini menjadi tanda aras buat diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..
Allahuakbar3x.. (sebak mendengar takbir raya.. T_T)
Selamat menunaikan solat Aidilfitri.. perbanyakkanlah bertakbir dan bertahmid di malam raya ini.. "Taqabbalallahu minna wa minkum"
Nak pantun jap..=)
Harap dimaafkan kesilapan yang pasti ada. Maaf tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat kalian semua.. =(

Dalam helaian lampiran kata,
pasti ada khilaf dan dusta,
Dalam gugus pandangan mata,
Terlajak salah melihat jua,
Dalam untai hati berbicara,
kadang tentu salah menduga..
pasti ada khilaf dan dusta,
Dalam gugus pandangan mata,
Terlajak salah melihat jua,
Dalam untai hati berbicara,
kadang tentu salah menduga..
Harap dimaafkan kesilapan yang pasti ada. Maaf tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat kalian semua.. =(
Salam kasih sejati,
al-faqirah ilallah nanie mujahidah..
Ikatan Studi ISLAM UKM.
~Islam Memimpin Transformasi Ummah"
No comments:
Post a Comment