Monday, January 24, 2011

OPKIM ISIUKM 2011..






Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat dai'e menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya, "sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab oleh sang dai'e dengan pasti. "Sebenarnya aku mengharap pengistirehatan (syurga). Semoga perjuangan ini beroleh Redha Allah.. 

Buat semua penggerak Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM '11) ISIUKM, semoga kalian tabah dan teruskan usaha sehingga ke akhirnya demi Islam dan ummah ke arah Mardhatillah..

~ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH~

Tulus ikhlas dari:

LAJNAH KEGIATAN LUAR, ISIUKM 10/11

Monday, January 17, 2011

Dari meja Timbalan Lajnah Kegiatan Luar ISIUKM 10/11..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. dan salam mahasiswa, agen2 pengubah negara. Alhamdulillah hari ini ana diberi kekuatan untuk kembali menulis secara serius. Terdetik untuk berbicara soal berdakwah ke jalan Allah atau skop kecilnya 'Dakwah Fardhiah' atas kesedaran masih ada lagi insan2 yang keliru tentang perincian dakwah ini dan menjadikan pelaksanaannya sebagai sesuatu yang sukar sehingga menyempitkan keinginan mereka2 yang mahu merasakan indahnya dakwah Islam. Berpandukan buku hasil tulisan Mustafa Masyhur, berdakwah menyeru manusia ke jalan Allah adalah satu kewajipan bagi kita. Lebih-lebih lagi dengan fenomena umat Islam sekarang yang diserang musuh2 Allah agar teras dakwah Islam tercabut terus dari dalam jiwa mereka.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

 Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari atau tidak.
 
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang salih.

Kebanyakan umat Islam sekarang terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga sanggup mengenepikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.  Bila kita cuba untuk mendekati mereka dan memberi kesedaran kepada mereka, mereka mengambil langkah untuk tidak menghiraukan kita. Oleh sebab itulah para da'ie perlu memiliki sifat sabar yang tinggi. Dia mesti sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud:
 
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti."

Ramai sahabat2 yang tidak dapat melihat kepentingan dakwah fardhiah itu sendiri. Ketahuilah bahawa dengan perlaksanaan dakwah fardhiah ini, kita mampu membina ikatan dengan mad'u kita selain memberi peluang kepada mad'u untuk mendapatkan penjelasan atas kekeliruan dan kesamaran di dalam dirinya. Pelbagai pendekatan boleh kita jalankan namun perlu sesuai mengikut keadaan semasa. Jangan terlalu mendesak kerana sesungguhnya tiada paksaan dalam Islam. Apa yang penting adalah dasar kefahaman itu sendiri. Bila ada faham, mesti diiringi dengan jelas. Namun, ingin ana tekankan di sini bahawa jangan sekali2 kita meninggalkan mad'u kita terkontang-kanting setelah kita beri penjelasan kerana mereka juga perlu pada bimbingan. Binding group juga perlu ada bagi mengelakkan sahabat2 atau mad'u kita lolos dari landasan yang sebenarnya.

Kini ana sedang menghitung hari untuk melepaskan jawatan selaku timbalan exco lajnah Kegiatan Luar ISIUKM. Namun, ini tidak bermakna ana akan meninggalkan terus arena dakwah. Ana menyeru kepada sahabat2, jangan kita merasa jemu untuk menyeru ummah kepada kebenaran kerana pada masa yang sama ianya juga tarbiyah buat diri yang tanpa disedari semakin hari semakin jauh dari pengabdian pada Rabbi. Tidak berguna jika kita adalah individu yang kuat berhujah di kampus, menyerang pendekatan tarbiyah, dakwah dan siasah persatuan Islam di sana, namun tidak melaksanakan tuntutan amar ma'aruf nahi munkar

Sebelum ana melabuhkan bicara qalbi,  ana ingin memohon seinfiniti kemaafan andai sepanjang sesi kepimpinan ana, banyak perkara yang tidak mampu ana laksanakan. Moga Islam terus dijulang oleh bakal2 penyambung rantai perjuangan di Bumi UKM hatta di Bumi Allah yang luas ini. Terus teguh memimpin ummah. Moga kalian menjadi orang hebat untuk Islam.. Sayang Islam, Sayang ISIUKM.. 



salam kasih abadi,

nanie mujahidah

Tuesday, January 11, 2011

Muslimat haraki itu adalah aku...

Salam mujahadah buat semua rakan-rakan seperjuangan.

Post ana baru-baru ini nampaknya telah menimbulkan kontroversi dan spekulasi songsang sahabat-sahabat perjuangan ana terhadap diri yang hina ini. Mana tidaknya, medan blog ana yang mereka lihat sentiasa dihiasi dengan kata-kata perjuangan dan jihad, dakwah dan tarbiyah, tiba-tiba ana bercerita tentang hati dan cinta, membuatkan mereka bimbang dan rungsing andai ana telah berubah dari seorang serikandi kepada seorang pemuja cinta. Ana menjadi pelik. Bukankah kalian telah lama mengenali ana sebagai seorang yang lantang dalam soal pengorbanan dan semangat dalam mempertahankan agenda Islam? Tidakkah kalian percaya pada ana.. Sama sekali bicara cinta ana tempoh hari bukan ditujukan buat diri ana tetapi atas dasar kerisauan ana pada masalah yang menimpa sahabat2. Namun, ana tidak menyalahkan kalian. Sekurang-kurangnya ana tahu, kalian terlalu cintakan diri ana yang penuh dengan keinginan syahid dan kobaran jihad.

Seperti mana artis yang dilanda kontroversi, mereka pasti akan mengadakan sidang media. Ana juga apa kurangnya. Ana bukanlah artis pujaan atau se'famous' mereka, namun ana juga ingin membuat keterangan kecil-kecilan untuk memperbetulkan persepsi buruk rakan-rakan terhadap diri ana yang ana terdengar cerita ada yang mengatakan ana telah jatuh cinta sehingga melemahkan perjalanan jihad ana. kadang-kadang nak gelak pun ade.. =) Tapi apa salahnya kan kalau ana sudah ada pemiliknya setelah Allah dan Rasul.. hehe.. Namun, apa yang berlaku lain dari apa yang sahabat2 sangka. Ana masih lagi muslimat haraki yang dulu. Yang sahabat2 ingat telah menghilang. Tiada perubahan pada diri ana melainkan untuk menjadi lebih baik. Ya, muslimat haraki itu adalah ana. Ana masih mencintakan perjuangan ini walaupun ana tidak layak untuk bergelar pejuang Islam. Dan ana juga masih merindukan syahid walaupun ana tidak layak untuk berdiri sebaris dengan sahabat2 seperjuangan.

Usah kalian risau akan diri ana. Ana sedang bermujahadah agar terus teguh menyebar dakwah. Tidak kisah andai dimaki dan dicaci. Namun, kadang-kadang sedih hati itu pasti ada. Kerana merasa perit jerih untuk memenangkan Islam. Tapi semua itu ana ketepikan atas kesedaran asalkan Islam yang tertinggi dan tiada yang lebih tinggi dari itu. Ana harap penjelasan ana ini cukup untuk menyedarkan sahabat2 agar tidak kecewa dengan diri ana. Jadi, ana harap lepas ni, sume perlu bersemangat nak bergerak kerja untuk Islam. Jangan terlalu mengharapkan ana seorang untuk berada di barisan hadapan lebih-lebih lagi setelah ana isytiharkan ana adalah muslimat haraki itu. Ingat sahabat2.. Kita sama-sama berjuang, jadi perlu sama-sama berada di saff hadapan. Andai menang, raikan bersama, andai syahid, gugurlah bersama hanya untuk Islam tercinta. 

Ana tidak meminta kalian menghargai ana. Cukuplah kalian percaya pada ana. Janganlah kalian meletakkan persepsi yang buruk terhadap ana hanya kerana post tentang cinta yang ana lakarkan atas niat ana hendak mengingatkan kembali pejuang2 haraki yang lain yang dihimpit masalah hati. Ana hanya sekadar berkongsi pengalaman kerana ana pernah diuji sewaktu masih bertatih hendak menjejakkan kaki ke medan haraki. Percayalah pada ana. Kerana ana adalah MUSLIMAT HARAKI...



p/s: post sebelum ini terpaksa dipadam kerana menimbulkan persepsi buruk terhadap ana. Buat yang sempat baca, moga kita terus bermujahadah untuk Islam tercinta. Ayuh muslimin dan muslimat!! moga kalian menjadi orang hebat untuk Islam dan ummah.. 

maafkan ana andai ana tidak sehebat yang kalian harapkan. ana juga manusia biasa. Punya hati dan perasaan.. Sedang mengislah diri ke arah peribadi sejati.. Mohon doanya.. Ameen Ya Rabb..

wallahua'lam..

Bingkisan hati,

nanie mujahidah

Saturday, January 1, 2011

Ibu Kota umpama Sins of City Malaysia..

Salam perjuangan..

Melihat dentuman dan percikan bunga api di Ibu Kota Kuala Lumpur tanggal 1 Januari 2011 yang lepas pasti membuatkan ramai rakyat Malaysia merasa teruja dan gembira. Kerana itulah membuatkan mereka sanggup menunggu detik 12 malam untuk meraikan Tahun Baru diiringi warna warni bunga api. Namun tidak bagi saya. Ketika dentuman bunga api itu menggetarkan diri saya, cuma satu perkara yang menerjah ke dalam kotak fikiran saya. Andaikan bunga api itu adalah bom atom atau hujanan peluru yang dilepaskan oleh musuh, pasti waktu itu kucar-kacir manusia melarikan diri. Dan perkara itu tidak mustahil kerana Allah lebih berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara. Imposibble is nothing..

Ya, pada malam itu, saya memang berada di ibu kota tetapi bukan untuk turut serta meraikan Tahun Baru tetapi atas kesedaran bahawa saya tahu pasti akan berlaku kemungkaran yang berleluasa dan kerana itulah saya ke sana untuk bersama-sama sahabat2 tercinta membawa masyarakat kembali kepada fitrah selain menyahut seruan dalam hadis Nabi iaitu hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedhaif-dhaif iman.” 

Saya tidak berniat untuk memanjangkan perbincangan ini kerana cukuplah di dada2 akhbar dan di blog2 sahabat2 telah membincangkan akan tragedi tahun baru ini. Cuma saya mungkin ingin menzahirkan perasaan saya pada waktu itu bilamana saya cukup takut akan azab Allah dan hanya terbayang2 ayat2 amaran Allah. Tatkala manusia sedang bersuka ria, jika Allah turunkan azab, satu ibu kota pasti akan musnah tanpa mengira siapa kita. Dan ana merasa terlalu sedih melihat masyarakat yang tidak ada rasa bertuhan lagi dalam hatinya..

Lebih sedih lagi apabila melihat ibu kota negara kecintaan kita sudah hampir menyerupai Las Vegas, kota yang sudah terkenal dengan syurga maksiatnya. Juga seperti Sins of City. Terlalu ramai juga orang asing yang berpesta di kota raya. Buat maksiat seperti di negara sendiri. Terhuyung hayang dek siraman minuman syaitan, membuatkan pertama kali secara "live" saya melihat orang mabuk di depan mata sendiri. Nauzubillah.. Tidak semua orang akan menyangka begini rupanya keadaan di Malaysia sehinggalah mereka menjejakkan kaki sendiri ke kancah masyarakat.. Saya pernah terserempak dengan warga Filipina. Sambil bersembang dengannya, ada juga terkeluar mengenai gejala sosial di Malaysia.. dan beliau tidak menyangka akan kadar sosial yang teruk di Malaysia hingga sebegini rupa. Sungguh husnuzzon beliau terhadap Malaysia ya.. =)

Keadaan ini baru di ibu kota belum lagi kita lihat di bandar2 lain di seluruh Malaysia. seperti di Johor Bharu, Shah Alam, Bandar Melaka.  Pasti gawat jadinya. Saya amat berharap statistik bayi luar nikah yang akan dilahirkan pada bulan 9 nanti menurun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap masalah perlu didatangkan sekali dengan resolusinya. Menurut perangkaan saya, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan yan sewajarnya. Bukankah telah diisytihar dalam Perlembagaan Malaysia bahawa negara kita adalah negara Islam. Mengapa kita perlu takut untuk menghalang tragedi2 kemungkaran ini daripada berlaku? Sepatutnya kita mampu melarang umat2 Islam malah pengunjung2 asing daripada berpelesaran pada malam Tahun baru dan melakukan perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku di sepanjang jalan di Bukit Bintang, KL. Kerajaan ada kuasa, mengapa tidak menggunakannya. Bila rakyat biasa seperti kita yang melakukan kerja2 pencegahan maksiat ini, permit pula dijadikan alasan. Sampai bila nak maksiat berleluasa? Sampai Malaikat Israfil meniup sangkakala tanda kiamat baru kita nak bertindak? Sudah terlambat syeikh.. 

Bagi para dai'e pula, saya nasihatkan kita perlulah berhikmah dalam berdakwah. Tidak semua orang yang jahil dapat menerima pendekatan kita. Jadi, bagi saya, pada malam yang tragis seperti di Sambutan Tahun Baru semalam, cukuplah sekadar kita melemparkan senyuman sambil memberikan risalah. Tidak perlulah kita memberi ceramah panjang kepada mereka hinggakan saya lihat mereka lagi tertekan dengan kita.

Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan. Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka. Perubahan perlu step by step. Yakinlah dengan memberi risalah tersebut kepada mereka dan membuatkan mereka membacanya walau sempat satu ayat dan terus mengoyakkan risalah tersebut, sekurang-kurangnya apabila mereka pulang ke rumah, pasti membuatkan hati mereka terkesan. Mereka akan mencari mana yang silap pada diri mereka sehinggakan didekati oleh pemberi risalah. Dan mereka akan berfikir, dan InsyaAllah jika hidayah Allah milik mereka, akhirnya mereka akan berzikir dan kembali kepada fitrah.

Akhir kalam, moga naungan rahmat Allah buat kita semua. Wahai ummah sekalian, sama-samalah kita mengislah diri ke arah yang lebih baik. Takutlah kalian akan azab Allah. Janganlah lakukan laranganNya. Sudah jelas dalam Al-Quran dan tiada hujah untuk kita menolaknya melainkan alasan2 basi yang kita reka cipta sendiri dan yang tidak mampu membantu kita di Mahsyar nanti.. wallahua'lam..

Cintakan Islam sepenuh hati,

nanie mujahidah..