Thursday, February 24, 2011

Lakaran Malam Kemenangan itu..

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ketika datangnya bantuan dari Allah dan pembukaan, dan kamu melihat manusia berbondong-bondong memeluk agama Allah, maka bertasbihlah dan memuji Tuhanmu dan beristighfar. Sesungguhnya Dia Maha Mengampun.." Surah An-Nasr, 1-3

Assalamualaikum dan Salam mahasiswa..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan suatu nikmat kemenangan pada malam itu. Nikmat yang membuatkan menitisnya air mata sang pejuang.. Setelah 7 tahun menanti harapan, akhirnya tiba saat yang dinantikan.. Subhanallah.. Engkaulah yang Maha Kuasa Ya Allah..


"Sesungguhnya bagi mereka yang berkata Tuhan kami ialah Allah dan mereka tetap istiqamah dengan pendirian tersebut, maka Allah Ta'ala akan menghantar kepada mereka para Malaikat yang menyampaikan pesan, 'Janganlah kamu takut atau berdukacita (dalam menghadapi musuh dan cabaran)'. Lalu diberikan khabar gembira dengan ganjaran syurga.."


Pengumuman Kemenangan GMUKM..

Penantian yang penuh penyiksaan. Perjuangan yang terselit jutaan kesakitan. Tanda-tanda kemenangan yang menguji kesabaran.. Waktu itu, membuatkan ana bertambah yakin saat kemenangan semakin hampir. Ujian yang terlalu berat untuk pendokong-pendokong Islam bila mana difitnah dengan aib yang terlampau besar.. Namun janji Allah itu pasti. Dugaan yang ditimpakan hanyalah untuk melihat siapa yang masih mampu bersabar atau terus meninggalkan jalan perjuangan. Dan ketika itu, kaki kami masih teguh di medan juang walau hati menangis cuba menangkis pelbagai tohmahan.. Allah, indah bila dikenang semula kepahitan itu kerana hakikatnya memang itu semua adalah sunnah orang berjuang.. 


hero Malaya..perjuangan kita x kan pernah selesai..

Bukan mudah untuk mempersiapkan diri menjadi seorang pejuang, tenang sebagai perisai duka, segala derita dalam perjuangan dihadapi tanpa riak sangsi, Allah menjadi tempat mengadu, Quran sebagai penawar kalbu, Rasul sebagai qudwah hasanah, sahabat2 menjadi peneman yang hikmah, tiada keluhan dan paksaan, hadapi dugaan penuh kerelaan, itulah resam orang berjuang, segala kemenangan perlu pengorbanan, demi menyambung perjuangan nabi. Ya, diri ini bersedia untuk menjadi barisan hadapan. sama ada menang atau syahid..


Mohon perhatian.. Jangan Pandang Belakang.. Nama saya Noraini Binti Jumahir, calon hebat, calon bermutu, calon anda.. nombor satu... =)

Alhamdulillah... GMUKM menawan PMUKM.. 22 kerusi berbalas 15. laungan takbir bergema dan lontaran student POWER memecah kesunyian malam. Yang paling mengharukan, bukan setakat jentera dan pendokong GMUKM sahaja yang hadir pada malam bersejarah itu, malah geng2 motor UKM juga turut menunjukkan sokongan mereka. Ada sesetengah pihak yang menyindir GMUKM kononnya menempah mat2 motor luar. Sampai hati pihak tersebut kerana telah menafikan status rakan-rakan kita ini. Nah, kemahasiswaan rakan-rakan kita pun ditidakkan, bagaimana mereka hendak membawa aspirasi universiti??? Salahkah geng2 motor ini meminati gaya hidup mereka? ana kira sudah cukup baik mereka masih bersemangat untuk menyambung pelajaran di UKM, sebuah universiti terkemuka daripada menjadi budak motor jalanan semata-mata. Terima kasih kerana menyokong barisan GMUKM.. anda adalah sebahagian daripada kami.. dan sebagai penerangan, GMUKM bukan milik mereka yang berkopiah dan bertudung labuh sahaja, GMUKM untuk semua. Semua yang cintakan kemenangan Islam.. Allah...


Maha Suci Allah yang memberikan kemenangan kepada kami. Lindungilah kami dari lalai dan tewas dengan kerja dan pangkat yang diberikan. Tambahlah kekuatan dan mantapkanlah iman kami supaya dapat berkhidmat dan memperoleh rahmat dari pada-Mu, Allah. Moga kemenangan ini tidak sekali-kali menjauhkan diri kami dariMU.




Diri ini ana infaqkan untuk Islam.. Siswi mantap, pasti tersentap!

Astagfirullah al-azim.. Ungkapan yang mampu ana ucapkan bilamana diumumkan kemenangan individu. kerana membayangkan amanah besar yang akan ditanggung. Sebelah kaki sudah menjengah ke neraka.. Moga ana menjadi pemimpin yang menjalankan tugas dengan sebaiknya. Dan satu harapan ana sebagai salah seorang penggerak GMUKM yang akan memegang tampuk kepimpinan PMUKM, ana berharap untuk tidak bersikap pilih kasih seperti yang pernah diperlakukan pada ana dan sahabat2 ana. Biarlah kita dilayan hina, namun jangan sekali-kali kita menghina. Kerana kita tidak sama dengan mereka...

Dan untuk tempoh 3 hari selepas pengisytiharan kemenangan GMUKM, sudah mula ada pihak yang cuba mencari kesalahan dengan mengatakan tiada perubahan pun yang berlaku. Rakan2, InsyaAllah kami sedang bergerak.. bergerak untuk Islam. Janganlah kalian semua menilai 3 hari ini untuk menggulingkan kami. Kerana kami mengharapkan sokongan kalian. Bukan mudah untuk mengisi kemenangan. Namun, ianya pasti menjadi sebuah keindahan andai kita semua bergerak seiringan, memimpin perubahan. Selagi kudrat, Islam dinobat.. 

Akhir kata, sekali lagi seinfiniti terima kasih buat semua yang mengundi calon pilihan anda. Sememangnya SUARA ANDA adalah SUARA KAMI, KEBAJIKAN ANDA adalah TANGGUNGJAWAB KAMI, dan TANGGUNGJAWAB ANDA adalah MEMPERCAYAI KAMI.. jazakallah atas mandat yang diberikan..

mempersembahkan barisan kepimpinan GMUKM..


Namun, tidak lupa juga kepada barisan rakan2 seperjuangan kami yang lain iaitu seramai 15 orang.. Kalian juga adalah sebahagian dari kami. Nanti kita sama-sama suai kenal ye.. ~manisnya berukhwah hingga ke syurga.. =)

memoirs of glory,
nanie mujahidah..

3 comments:

Cik Cahaya said...

Tahniah & takziah nanie...selamat menjalankan tugas..jgn bimbang kami akan sentiasa berada di belakang, depan, kiri dan kanan pemimpin kami semua..!!! student power..!! mahasiswa memacu perubahan..salam sayang dr sahabatmu, farid ^___^

Shah_MdNoor said...

all the best student UKM!!

David Latona said...

Thannks for sharing this