Thursday, April 14, 2011

Episod hati di Fatrah Exam..

Kertas soalan itu ana renung sedalam-dalamnya.. Kosong.. Ya Allah, kenapa dengan diri ini? Selawat diulang berkali-kali atas pesanan sahabat baik ana sebelum kaki melangkah masuk ke dewan andai tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Namun, masih lagi kosong.. sepasang mata yang masih diberi nikmat oleh Allah untuk melihat pada saat ini mula bergenang..

Hari ini merupakan peperiksaan akhir bagi paper ketiga untuk minggu ini. Bermakna kali ketiga juga ana hanya mampu berendam air mata tatkala melihat soalan peperiksaan. Diri ana telah berubah. Mengapa semua yang dibaca tidak satu pun diingat. Malah ada nota yang baru sahaja dikilas pandang sebelum masuk ke dewan, juga tidak mampu diingat. Fikiran ana terawang-awang dan terus berputar ke episod hidup ana beberapa tahun yang lalu. (kira flash back la kononnya) Dulu ana merupakan seorang pelajar yang boleh dikategorikan dalam golongan budak pandai. Selalu mendapat markah cemerlang dan menggembirakan arwah ayah dan mak. kalau dulu, habis je exam, terus kawan-kawan serbu tanya susah ke senang.. mesti nanie ni dapat jawabkan... macam tu la lebih kurang dialog mereka. Kini tidak lagi... Keluar je kaki dari dewan, mesti ada je kawan-kawan ajak 'repeat' paper.. ishk33.. air mata hampir jatuh ke atas kertas soalan.. (cepat-cepat cover.. malu kalau pensyarah nampak..kantoi x dapat jawab).. huhu..

Lagi beberapa minit tempoh menjawab soalan tamat. Dan tangan ini juga masih tak mampu untuk menghabiskan ayat-ayat terakhir. (sebab tak tahu nak jawab ape dah).. sedih.. dan terus mengenang kesedihan... akhirnya pasrah. Kertas jawapan yang tak bertulis apa-apa dihantar ke hadapan. (ada la juga jawab sikit2 tapi itu pun tak komfem betul ke salah).. Aduhai diri.. tak larat rasanya nak menanggung kekecewaan. Kalau tempat ni tak ade orang, dah lama jerit sekuat hati. tapi ana hanya mampu menjerit di dalam hati.. tawakkal alallah.. ayat-ayat Allah ana petik untuk menenangkan jiwa yang lara.. 

Diri ini hampir menjadi tak siuman. 3 paper yang musnah membuatkan ana rasa ingin membunuh diri. Terdetik la jugak nak terjun bangunan.. hehe.. tapi InsyaAllah diri ini masih waras. Lebih baik dapat exam teruk sikit dari tak dapat masuk syurga.. Kawan-kawan tahu kan, kalau bunuh diri ni dilaknat Allah, memang ta dapat cium bau syurga. (Sekadar sedikit info untuk dikongsi sebelum menyambung kembali kesedihan)... sob.. sob..

Ya Allah, apakah hikmah yang Engkau mahu tunjukkan pada ku ini.. Tiba-tiba persoalan itu menerjah fikiran. Puas aku meraba-raba mencari hikmah itu. Motor BHS 3564 yang banyak berjasa dalam perjuangan dibawa meluncur laju merentasi jalan. Andainya jalan di UKM ini mak yang punya, dah lama dah bawak motor dengan kelajuan lebih dari yang tertera pada meter kelajuan motor. Rasa puas sebentar dapat hilangkan tekanan dengan merempit. Fuh, muslimat rempit! memang tersentap!

Lagi 7 subjek menanti. Seharusnya ana perlu teruskan perjuangan bukan meratap kekecewaan. Bukan apa, tetiba terfikir, andai telah tercatat bahawa ana akan gagal peperiksaan ini, dan dengan kegagalan inilah yang buat ana lebih dekat dengan Allah, ana redha. Namun, pada masa yang sama, pasti ana juga akan mengecewakan banyak pihak. Pengajian ana di UKM mengambil masa selama 4 tahun. Dan cukuplah ana tidak mampu untuk menambah setahun lagi. Ya Allah, diri ini meletakkan sepenuh keyakinan padaMu. Engkau tak kan mengujiku andai aku tidak mampu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286

Bagaimana untuk ana hadapi ujian ini Ya Allah. Ya, exam bukan segalanya. Namun, bagaimana untuk diri ini berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang satu persatu muncul di fikiran. Adakah nanti kena buang universiti kalau result teruk, menjadi fitnah kepada perjuangan yang dibawa kalau result teruk, mesti mak dan abang kecewa kalau result teruk, susah nak dapat kerja nanti kalau result teruk.. fuhh.. banyak "KALAU" yang menjelma 
dalam otak yang semakin lemah daya ingatan akibat tidak diasah dengan hafalan Al-Quran. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

Tapi kan.... ana rasa tak mampu dah. Tak larat nak menangis depan kertas peperiksaan. hilang kesopanan dan ketatasusilaan.. huhu.. Baca buku dah, ulangkaji dah. Ingat atau tak apa yang dibaca tu lain cita la.. huhu.. Arghh.. dah putus asa lah macam ni..

"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Erk!! Alamak... ye ke? Dush2.. kena sebijik.. Sabar.. ana perlu sabar. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersabar.. 

Ya Allah, diri yang hina ini memohon padaMu, permudahkanlah urusanku. Kurniakanlah kecemerlangan buatku. Akan ku hadiahkan kejayaan ini buat ibuku.. Redhailah setiap langkahku. Murahkanlah hati mereka yang memeriksa kertas jawapanku agar memberikanku markah yang tinggi Ya Allah.. getus hatiku..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

Exam.. exam jugak.. qiamullail jangan tinggal. Sejauh mana kita sanggup bersengkang mata sampai lewat malam untuk hafal nota tapi tak mampu nak bangun sekejap untuk qiam.. patutlah tak masuk apa yang dihafal.. muhasabah bersama... =( memang tersentap lagi! Tunaikanlah kewajipan kita sebagai hamba Allah sebelum meminta macam-macam dari Allah. Allah tak pernah kedekut dengan hambaNya.. Ingat tu..

~wah, panjang jugak luahan jeritan hati ana ni. Sebenarnya baru frust balik dari KTAMS exam Spektroskopi Asas tapi tak dapat jawab.. Sob.. sob.. Perkongsian ini bukan sahaja-sahaja tetapi agar sahabat-sahabat yang sedang alami kesedihan menjawab exam juga tahu bahawa Allah sentiasa bersama kita.. Yang dapat jawab dengan cemerlang tu, jangan lupa ucap syukur. Sesungguhnya berbahagialah kamu kerana Allah telah memudahkan jalanmu. Cemburu melihat sahabat-sahabat yang dapat jawab.. Tapi ana tak berhasad dengki. Ana tumpang gembira jika kalian gembira. Doakan ana ye dan untuk beberapa hari yang tak ada exam ni, ana mohon pada sahabat-sahabat...

BAWALAH ANA TERBANG TINGGI MELUPAKAN SEGALA MASALAH DIRI DAN MENDEKATKAN DIRI PADA RABBI~


sekian luahan suci,

nanie mujahidah..
bakal saintis makanan... dengan izin Allah~

Tuesday, April 5, 2011

Bingkisan Hati Muslimah yang indah..

Dia nukilkan apa-apa yang sepadan dengan hatinya ke dalam bicara warkahnya...katanya :

perempuan yang suci adalah perempuan yg d jaga Allah..
tdk sedikit pun Allah mmbnarkan mana2 lelaki myntuh drinya wlpun hatinya..
krana Allah teramat mencintainya..
...ttpi andai kita bgelumang dgn cinta lelaki,
di mana Allah utk mnjaga kita?
Allah spti mlpskn kita kpd seorg lelaki yg lbh byk mngcewakan kita..
jika Allah dtgkn ksdran dlm dri spya tnglkn cinta seorg laki..
bmkna Allah mhu ambil kita kmbli untuk djga-NYA...
mngapa kita msh ragu2..??
kkuatn ush dtungu tp dcari..
hrgailah ksmptan Allah brikan..
sbsar2 dosa adlh dosa yg dlkukn ktika kita rsa bdosa mlakukn..
(imam Ghazali)

Ambillah waktu untuk BERFIKIR, itu adalah sumber kekuatan..
Ambillah waktu untuk BELAJAR, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk MENCINTAI dan DICINTAI, itu adalah hak istimewa yang diberikan oleh Tuhan..
Ambillah waktu untuk BERSAHABAT, itu adalah jalan kebahagiaan..
Ambillah waktu untuk TERTAWA, itu adalah muzik yang menggertakan hati..
Ambillah waktu untuk BERMAIN. itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..
Ambillah masa untuk BERKERJA, itu adalah nilai keberhasilan..
Ambillah waktu untuk BERDOA, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk BERAMAL, itu adalah kunci menuju ke SyuRga........ (^_^)

Seorang yang mempunyai misi untuk mencari keredhaanNya dan mencapai mardhotillah. Visi hidupnya adalah untuk berjaya dunia dan akhirat serta excellent dalam fardhu Muslim. Dia ingin Islam bukan sekadar pada nama dan keturunan..

aKu sE0RanG HamBa ALLAH yaNg TeRamATLah LemAh DaN hiNa..
TidAk pERnaH wUjuD tanPa bAntUan AL-KHALIQ..
TiDak MamPu meLaKukAn sEsuaTu tAnpA baNTuaN AL-JABBAR..
TaK kan SeLamaT taNpa AS-SALAM..
tiDak MemPunYai PenGawAL keSeLamaTan seLaiN AL-MUHAIMIN..
TiDak PeRnah mEmpunYai rEzaKi seLaiN daRipaDa AR-RAZAK..
KeaDiLan TidAk AkAn perNaH wuJuD seLaiN banTuaN AL-MUQSIT'..
wallahua'lam....




::: Ingin Menjadi Sekuntum Mawar berDuri::::

Ya Allah, Izinkan daku menjadi sekuntum bunga, Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, Harum wanginya dengan ilmu agama, Cantiknya kerana iman dan taqwa, Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi, Biar menjadi rahsia yang kekal abadi, Bukan perhatian mata ajnabi, Yang menjadi punca fitnah hati.

Ya Allah, Timbulkanlah duri yang memagari diri, Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,Yang akan menghilangkan keharuman sejati, Yang akan memudarkan kecantikan diri, Disebalik kekurangan yang tercipta, Bukanlah alasan untuk bermuram durja, Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya, Izinkan ya Allah agarku menjadi permata, Tetap menyinar walau di lumpur hina, Tetap berharga walau dimana saja, Buat ummah dan juga keluarga, Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri, Yang menjadi impian setiap muslimah, Yang indahnya bukan untuk lelaki, Tapi permata buat yang bernama suami...


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Friday, April 1, 2011

Terus Abadi di Jalan Dakwah ini..

Hari demi hari berlalu pergi.. Tahun pula silih berganti.. Begitu juga sahabat-sahabat seperjuangan di tahun akhir yang sentiasa bertukar wajah.. sekali lagi saat perpisahan itu kembali menerjah.. Ya, ana dan sahabat-sahabat yang lain perlu pasrah bahawa ada yang akan meninggalkan kami. Meneruskan semangat perjuangan anak muda di medan sebenar yang lebih mencabar. Kesedihan dan kesuraman bagaikan bakal mengiringi pemergian mereka. Ahh.. duhai hati, jangan rasa lemah tanpa mereka. Kerana kini giliran kau pula membimbing adik-adik untuk perjuangan seterusnya..

Tribute buat semua sahabat muslimin dan muslimat yang bakal menggenggam segulung ijazah, membawa sinar pada agama, membuktikan perjuangan mereka tidak sesekali menjadi fitnah.. Belajar sambil mencabar kan lebih baik.. ^_^


manisnya berjuang bersama kalian..


bersama sifu.. jangan tinggalkan kami.. walibahza sentiasa di hati..


pasti sunyi tanpa kalian nanti..


teruskan perjuangan walau di mana kalian berada.. (mas x termasuk ye.. ada 2 tahun lagi bersama ana..hehe)


kenangan bersama x kan dilupa.. di jalan ini kita bertemu..


usah bicara tentang perpisahan.. kerana pasti sayu di hati..


pasti bersama selamanya..


“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. 8:63)

Semoga ukhwah yang terjalin antara kita tidak akan pernah pupus walaupun jarak memisahkan kita semua.. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan kami di jalan dakwah ini. Sungguh manis rasanya sehingga sukar untuk melepaskan bila sudah tiba masanya..

Namun, lebih ana rungsingkan adalah menghitung tahun berikutnya.. giliran sahabat-sahabat ana sendiri akan pergi pula meninggalkan ana sendirian untuk menjaga adik-adik dan meneruskan perjuangan memandangkan pengajian ana selama 4 tahun manakala sahabat-sahabat satu batch yang lain hanya selama 3 tahun.. Ana akan grad bersama adik-adik la nampaknya.. seorang diri menggenggam matlamat Islam yang di bawa.. Hidup mulia atau mati syahid..

Selamat tinggal senior-senior kami yang dikasihi... Pemergian kalian meninggalkan kami nanti di bumi UKM ini pasti tiada ganti...

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.


Semestinya terus abadi di Jalan Dakwah ini.. Jangan lupakan kami adik-adik kalian.. bakal penyambung mata rantai perjuangan dan pengorbanan.. T_T


Memori di hati,


nanie mujahidah..