Thursday, April 14, 2011

Episod hati di Fatrah Exam..

Kertas soalan itu ana renung sedalam-dalamnya.. Kosong.. Ya Allah, kenapa dengan diri ini? Selawat diulang berkali-kali atas pesanan sahabat baik ana sebelum kaki melangkah masuk ke dewan andai tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Namun, masih lagi kosong.. sepasang mata yang masih diberi nikmat oleh Allah untuk melihat pada saat ini mula bergenang..

Hari ini merupakan peperiksaan akhir bagi paper ketiga untuk minggu ini. Bermakna kali ketiga juga ana hanya mampu berendam air mata tatkala melihat soalan peperiksaan. Diri ana telah berubah. Mengapa semua yang dibaca tidak satu pun diingat. Malah ada nota yang baru sahaja dikilas pandang sebelum masuk ke dewan, juga tidak mampu diingat. Fikiran ana terawang-awang dan terus berputar ke episod hidup ana beberapa tahun yang lalu. (kira flash back la kononnya) Dulu ana merupakan seorang pelajar yang boleh dikategorikan dalam golongan budak pandai. Selalu mendapat markah cemerlang dan menggembirakan arwah ayah dan mak. kalau dulu, habis je exam, terus kawan-kawan serbu tanya susah ke senang.. mesti nanie ni dapat jawabkan... macam tu la lebih kurang dialog mereka. Kini tidak lagi... Keluar je kaki dari dewan, mesti ada je kawan-kawan ajak 'repeat' paper.. ishk33.. air mata hampir jatuh ke atas kertas soalan.. (cepat-cepat cover.. malu kalau pensyarah nampak..kantoi x dapat jawab).. huhu..

Lagi beberapa minit tempoh menjawab soalan tamat. Dan tangan ini juga masih tak mampu untuk menghabiskan ayat-ayat terakhir. (sebab tak tahu nak jawab ape dah).. sedih.. dan terus mengenang kesedihan... akhirnya pasrah. Kertas jawapan yang tak bertulis apa-apa dihantar ke hadapan. (ada la juga jawab sikit2 tapi itu pun tak komfem betul ke salah).. Aduhai diri.. tak larat rasanya nak menanggung kekecewaan. Kalau tempat ni tak ade orang, dah lama jerit sekuat hati. tapi ana hanya mampu menjerit di dalam hati.. tawakkal alallah.. ayat-ayat Allah ana petik untuk menenangkan jiwa yang lara.. 

Diri ini hampir menjadi tak siuman. 3 paper yang musnah membuatkan ana rasa ingin membunuh diri. Terdetik la jugak nak terjun bangunan.. hehe.. tapi InsyaAllah diri ini masih waras. Lebih baik dapat exam teruk sikit dari tak dapat masuk syurga.. Kawan-kawan tahu kan, kalau bunuh diri ni dilaknat Allah, memang ta dapat cium bau syurga. (Sekadar sedikit info untuk dikongsi sebelum menyambung kembali kesedihan)... sob.. sob..

Ya Allah, apakah hikmah yang Engkau mahu tunjukkan pada ku ini.. Tiba-tiba persoalan itu menerjah fikiran. Puas aku meraba-raba mencari hikmah itu. Motor BHS 3564 yang banyak berjasa dalam perjuangan dibawa meluncur laju merentasi jalan. Andainya jalan di UKM ini mak yang punya, dah lama dah bawak motor dengan kelajuan lebih dari yang tertera pada meter kelajuan motor. Rasa puas sebentar dapat hilangkan tekanan dengan merempit. Fuh, muslimat rempit! memang tersentap!

Lagi 7 subjek menanti. Seharusnya ana perlu teruskan perjuangan bukan meratap kekecewaan. Bukan apa, tetiba terfikir, andai telah tercatat bahawa ana akan gagal peperiksaan ini, dan dengan kegagalan inilah yang buat ana lebih dekat dengan Allah, ana redha. Namun, pada masa yang sama, pasti ana juga akan mengecewakan banyak pihak. Pengajian ana di UKM mengambil masa selama 4 tahun. Dan cukuplah ana tidak mampu untuk menambah setahun lagi. Ya Allah, diri ini meletakkan sepenuh keyakinan padaMu. Engkau tak kan mengujiku andai aku tidak mampu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286

Bagaimana untuk ana hadapi ujian ini Ya Allah. Ya, exam bukan segalanya. Namun, bagaimana untuk diri ini berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang satu persatu muncul di fikiran. Adakah nanti kena buang universiti kalau result teruk, menjadi fitnah kepada perjuangan yang dibawa kalau result teruk, mesti mak dan abang kecewa kalau result teruk, susah nak dapat kerja nanti kalau result teruk.. fuhh.. banyak "KALAU" yang menjelma 
dalam otak yang semakin lemah daya ingatan akibat tidak diasah dengan hafalan Al-Quran. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

Tapi kan.... ana rasa tak mampu dah. Tak larat nak menangis depan kertas peperiksaan. hilang kesopanan dan ketatasusilaan.. huhu.. Baca buku dah, ulangkaji dah. Ingat atau tak apa yang dibaca tu lain cita la.. huhu.. Arghh.. dah putus asa lah macam ni..

"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Erk!! Alamak... ye ke? Dush2.. kena sebijik.. Sabar.. ana perlu sabar. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersabar.. 

Ya Allah, diri yang hina ini memohon padaMu, permudahkanlah urusanku. Kurniakanlah kecemerlangan buatku. Akan ku hadiahkan kejayaan ini buat ibuku.. Redhailah setiap langkahku. Murahkanlah hati mereka yang memeriksa kertas jawapanku agar memberikanku markah yang tinggi Ya Allah.. getus hatiku..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

Exam.. exam jugak.. qiamullail jangan tinggal. Sejauh mana kita sanggup bersengkang mata sampai lewat malam untuk hafal nota tapi tak mampu nak bangun sekejap untuk qiam.. patutlah tak masuk apa yang dihafal.. muhasabah bersama... =( memang tersentap lagi! Tunaikanlah kewajipan kita sebagai hamba Allah sebelum meminta macam-macam dari Allah. Allah tak pernah kedekut dengan hambaNya.. Ingat tu..

~wah, panjang jugak luahan jeritan hati ana ni. Sebenarnya baru frust balik dari KTAMS exam Spektroskopi Asas tapi tak dapat jawab.. Sob.. sob.. Perkongsian ini bukan sahaja-sahaja tetapi agar sahabat-sahabat yang sedang alami kesedihan menjawab exam juga tahu bahawa Allah sentiasa bersama kita.. Yang dapat jawab dengan cemerlang tu, jangan lupa ucap syukur. Sesungguhnya berbahagialah kamu kerana Allah telah memudahkan jalanmu. Cemburu melihat sahabat-sahabat yang dapat jawab.. Tapi ana tak berhasad dengki. Ana tumpang gembira jika kalian gembira. Doakan ana ye dan untuk beberapa hari yang tak ada exam ni, ana mohon pada sahabat-sahabat...

BAWALAH ANA TERBANG TINGGI MELUPAKAN SEGALA MASALAH DIRI DAN MENDEKATKAN DIRI PADA RABBI~


sekian luahan suci,

nanie mujahidah..
bakal saintis makanan... dengan izin Allah~

5 comments:

Siti SArah Ahmad Rusli said...

u know what nani..ok,fine xdapat jawab soalan,rse cam dpt E ke??..x nak extend kan?akk biasa mengalami perasaan mcmni,tibe2 exam x tau nk jawab pe..rancang subjek,baru tahun 2 skung,leh amik short sem,leh tambah unit utk sem sterusnya..msuk balik kelas tu,hidup mcm biasa cuma sibuk menghadiri kelas.Doa x mau extend n Insyallah Allah makbulkan,akk pernah repeat 4 paper..n utk sem last ni,x nak repeat apa2 dah..yang penting,jangan putus asa bebeh

Nanie Mujahidah said...

haha.. orait! fuh, tambah bersemangat ni.. ^_^

Lintasan Hati said...

moga Allah permudahkan urusan..........Insyaallah tak kena extend.....biasa la tu kadang2 memang tak dpt jawab exam dgn baik........Ingat banyak lagi ujian yang menanti diluar sana......Jgn putus asa

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

Doa ana sentiasa mengiringi sahabat2 seperjuangan..
Berusahalah bersungguh, yang lain serahkan saja pada Allah..
Barakallahufiik.. Hayyakillah

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga dipermudahkan segala urusan dgn ketabahan serta dikurniakan kptsn cemerlang..amin (^_^)