Wednesday, June 8, 2011

Menerima dengan Redha..


Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan telah selamat diumumkan. Dalam fasa minggu ini, pelbagai ragam manusia yang dapat ana tafsirkan. Semuanya kerana keputusan peperiksaan itu. Hebat sungguh penangannya.. Semua sahabat serta rakan-rakan mahasiswa/wi UKM tidak kurang excitednya untuk mengetahui hasil titik peluh mereka. Namun, ana masih tenang mengumpul kekuatan dan menanti saat yang sesuai untuk mengetahui sejauh mana kejayaan yang ana kecapi dengan usaha yang terlalu sedikit. 

Pagi ini, seorang sahabatku bermasam muka dan hanya mendiamkan diri sahaja. Barangkali kerana keputusan yang diperolehinya. Manakala seorang lagi kelihatan cukup gembira. Bila ditanya, kerana keputusannya meningkat dari sebelumnya. Mabruk sahabat! Cukup mudah bagi diri ini untuk menginterpretasikan perasaan setiap manusia yang berada di sekeliling.. Mungkin itu kelebihan buat diri. Namun hingga kini, ana masih gagal mengertikan perasaan sendiri. Langkahan diri ini masih lagi tenang. Entah mengapa. Mungkin kerana tidak sempat untuk terlalu memikirkan soal benda yang dah berlalu dengan timbunan kerja sebagai perwakilan mahasiswa yang menanti untuk diselesaikan. Walau apapun result exam yang diterima, ianya pasti tidak boleh diubah. Hati ana berbisik.

Petang ini, cukup berani untuk diri ana membuka pengumuman keputusan. Alhamdulillah.. terus merasa ketenangan. Bukan kerana result yang baik atau meningkat, tetapi kerana ana berada di taraf lulus dan terus pengajian. Pasti tenang apabila menerimanya dengan redha. Sedangkan ana yakin, jika rakan-rakan ana mendapat keputusan seperti yang ana perolehi, mereka mampu untuk meraung sehari semalam. Terbayang-bayang kalimah indah dalam kitabullah... 

Firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."  (Ar- Raad, 28)

Hidup ini perlu diteruskan. Hidup ini perlu ada sisipan kesyukuran. Hidup ini perlu faham konsep pentarbiyahan.. Hidup ini perlu sabar dengan segala ujian. Hidup ini perlu redha segala ketentuan yang Allah tetapkan. Ini kerana..

Firman Allah S.W.T:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 
Maksudnya: Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang. Dan ALLAH sebaik-baik Perancang.  (surah al-Imran ayat 54)

Bagi yang berjaya, ucaplah syukur dan puji-pujian bagi Allah yang Maha Kuasa. Dan bagi yang kurang berjaya, janganlah berputus harap pada Allah. Kebahagiaan hidup kita bukan hanya dengan memiliki sesuatu yang terbaik. Boleh jadi, kita tidak mendapat bantuan Allah dalam memperolehi keputusan yang cemerlang, tetapi Allah berikan kita nikmat yang melimpah ruah tanpa kita sedari. 

Indahnya bila menerima dengan redha..

~ nanie mujahidah gelaran bagiku kerana aku adalah mujahidah itu..

No comments: