Saturday, June 25, 2011

Alangkah nikmatnya ujian untuk merasai kemanisan iman..


Dalam kehidupan menjalankan gerak kerja Islam dan juga dakwah, merasai tekanan ujian adalah satu kebiasaan. Namun tidak semua individu ini yang mampu bertahan kerana manusia itu juga bekerja dengan perasaan bak kata sahabat ana. Ramai yang akhirnya meninggalkan medan tarbiyah dan bidang amal Islami sesudah mereka menghadapi ujian sedang dahulunya mereka adalah seorang yang bersemangat.

Coretan ini ana nukilkan kerana memandangkan keadaan diri ana yang cukup bersemangat waja dalam jalan perjuangan sehinggakan ada yang merasa sangsi dengan kesungguhan ana kerana berpegang dengan kenyataan bahawa jika terlalu bersemangat, satu hari ana pasti tersungkur, pendapatnya begitu. Ana cukup tidak bersetuju. Masakan mereka mampu menilai diri ana berdasarkan kebiasaan yang terjadi pada pejuang2 dakwah  yang lain. Allah yang lebih Maha Mengetahui. Namun, ana sambut baik pesanan mereka agar ana lebih berhati-hati dalam setiap langkah dan gerak-geri. Merasa lemah itu biasa. Namun, jangan dibawa2 hingga sanggup mengisytihar diri sudah 'muflis' untuk berjuang. 


Di dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa ujian mesti akan berlaku demi untuk membersihkan barisan dan untuk menguji Iman. Firman Allah dalam surah Al-ankabut ayat 2 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi."

Dan firmanNya juga:


Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik-buruknya) keadaanmu.

Faktor tekanan ujian ini kadang kala menjadi satu sebab keciciran sesetengah para du'at di sepanjang jalan dakwah. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang kita seringkali terlupa bahawa menghadapi situasi diuji ini sebenarnya memberi kita peluang untuk merasai manisnya nikmat iman itu. Ianya dikatakan begitu kerana apabila kita diuji, dan kita berserah diri kepada Allah, bukankah kita akan merasa cukup tenang tika itu.. Ya, ia adalah tanda kita merasai kemanisan Iman. Allah beri kita masa untuk melalui saat itu. Ini lebih baik daripada orang yang tidak diuji dan terus menerus dengan kelalaian duniawi. Sedangkan masa kesenangan itu juga sebenarnya adalah ujian buat manusia namun ianya tidak membawa kemanisan iman bilamana kita lupa pada Allah dan hakikat kita yang hanya sekadar hamba..

Dan menurut Saidina Ali juga, salah satu cara untuk ke syurga adalah dengan merahsiakan sebarang musibah yang melanda diri kita. Kerana dengan itu, kita akan merasa manisnya iman dengan dugaan-dugaan berat yang rasa tidak tertanggung oleh jiwa. Cubalah untuk merasakannya sebelum masa itu sudah terlambat buat diri kita dan Allah akan menarik peluang itu buat selamanya..

JOM KERJA KUAT UNTUK ISLAM!!!
Alangkah seronok apabila kita melakukan sesuatu didasari kerana Allah.. ^_^

1 comment:

Ummu Syaheed said...

ALLAH ..pengisian yg bagus nan..disaat diri terasa ingin futur..........syukraan....rahsiakan ujian....itu yg terbaik