Sungguh berat hati ini. Namun aku perlu juga mengizinkannya. Saya cukup mengenali diri seorang muslimah yang menggelar dirinya nanie mujahidah ini. 3 tahun muslimah ini membina kekuatan diri. Ditarbiyah untuk menjadi muslimat terkehadapan. Tampil ceria dan bersemangat dihadapan khalayak. Hinggakan bila dalam kesedihan, dirinya diminta untuk menyembunyikannya. Namun, derita dia sampai juga kemuncaknya. Saya tahu dia cukup sengsara. Mempunyai impian menjadi muslimah yang ayu dan solehah namun terpaksa dikorbankan kerana dia kini menjadi tumpuan orang. Public figure untuk Islam. Dan baru-baru ini sesuatu berlaku padanya. Dia menangis pada saya dan meminta untuk membawa diri jauh ke satu tempat. Saya terpaku seketika dengan permintaan. Namun saya faham rapuhnya hati seorang muslimah kerana saya juga mempunyai hati seorang muslimah. Demi kebaikan dirinya, saya melepaskan dia. Dan cuba membina kehidupan baru tanpanya. Dia sempat berpesan pada saya, semoga saya menjadi lebih hebat darinya. Bukan untuk dipuji oleh manusia tetapi kerana Allah, dan untuk Islam yang saya bawa. Dia tidak mahu saya menjadi lemah sepertinya. Saya menangisi pemergiannya. Namun saya pasti ada hikmahnya.
Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…
Selamat tinggal "nanie mujahidah". Jagalah dirimu. terus kuat dan istiqomah di Jalan Allah walau di mana sahaja kamu berada. Saya akan terus mendoakanmu. Dan saya akan mengambil pesanmu. Usah risau. Ingat x janji kita bersama. Sekali kita dikhitbah, selamanya kita akan setia. Setia dengan perjuangan. Pergilah dikau mencari ketenangan. Namun, satu pintaku, setelah engkau pulihkan semangatmu, kembalilah bersamaku. Selamanya bercinta hingga ke syurga.. =(
p/s : nanie mujahidah adalah sebahagian dari diriku. walau sebahagian diriku telah lemah, sebahagian lagi akan tetap tabah. kerana aku telah wakafkan diriku untuk Islam. Aku pegang amanah. Aku juga pegang kepercayaan ibu ayahku untuk menjadi anak solehah. Allah.. berkatilah perjalanan hidupku. Berilah kekuatan padaku. sementara aku menanti kepulangan semangat "nanie mujahidah" itu..
[Tribute buat nanie mujahidah..]
istimewa dari noraini jumahir.. T_T
6 comments:
nani ada masalah ke.. kadang-kadang kita xdapat nak paksa diri untuk terus tabah, kalau perlu nangis, nangisla..kadang-kadang tangisan itu pengubat diri kita..semoga terus tabah.."Allah permudahkan urusan sahabat ku ini"..
ana dah menangis dua hari berturut2. tapi nanie mujahidah itu minta juga dilepaskan. moga beliau tenang dengan keputusannya. terima kasih sahabatku kerana bersama sebahagian dari diriku, noraini jumahir.. ceria! ^^
Jika senyuman yang dipilih untuk menggantikan rasa sedih dihati,memendam keresahan dibalik pergolakan jiwa, gelak tawa yang tercetus melawan tangis pilu dalam diri
demi menyebar semangat kpd mata y memandang..
silakanlah, namun , satu harapanku, usah diselindungkan perasaan itu dari diri ini,izinkan diri ini face the truth inside..
Bukan gelak tawa yang ingin dikongsi, izinkan kesedihan itu juga dikongsi . Andai ia tak mampu disapu pergi, moga ia dapat meringankan beban perasaan...
p/s: tacing x?? ^^
nanie...harap terus tabah mengharungi segalanya..sahabtmu ini akan terus mendoakan kebahagiannmu..walau jauh di mata..namun moga Allah sentiasa tautkan hati kita...semoga sentiasa memegang hati hamba2-Nya agar terus istiqamah di atas jalan perjuangan-Nya...
bertabah lah duhai sahabat..Allah pasti membalas setiap titisan air mata n keringat yg ditumpah..percayalah..teruskan perjuanganmu~saat lemah, mengadu n sujudlah pd yg maha esa..hanya dia sebenar2 pengadu n pendengar^^
Kak nanie, its ok to cry if you can feel better and always pray for His guidance.
Post a Comment