Sunday, January 8, 2012

Izinkanku melepaskan "nanie mujahidah" pergi..



Sungguh berat hati ini. Namun aku perlu juga mengizinkannya. Saya cukup mengenali diri seorang muslimah yang menggelar dirinya nanie mujahidah ini. 3 tahun muslimah ini membina kekuatan diri. Ditarbiyah untuk menjadi muslimat terkehadapan. Tampil ceria dan bersemangat dihadapan khalayak. Hinggakan bila dalam kesedihan, dirinya diminta untuk menyembunyikannya. Namun, derita dia sampai juga kemuncaknya. Saya tahu dia cukup sengsara. Mempunyai impian menjadi muslimah yang ayu dan solehah namun terpaksa dikorbankan kerana dia kini menjadi tumpuan orang. Public figure untuk Islam. Dan baru-baru ini sesuatu berlaku padanya. Dia menangis pada saya dan meminta untuk membawa diri jauh ke satu tempat. Saya terpaku seketika dengan permintaan. Namun saya faham rapuhnya hati seorang muslimah kerana saya juga mempunyai hati seorang muslimah. Demi kebaikan dirinya, saya melepaskan dia. Dan cuba membina kehidupan baru tanpanya. Dia sempat berpesan pada saya, semoga saya menjadi lebih hebat darinya. Bukan untuk dipuji oleh manusia tetapi kerana Allah, dan untuk Islam yang saya bawa. Dia tidak mahu saya menjadi lemah sepertinya. Saya menangisi pemergiannya. Namun saya pasti ada hikmahnya.

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…

Selamat tinggal "nanie mujahidah". Jagalah dirimu. terus kuat dan istiqomah di Jalan Allah walau di mana sahaja kamu berada. Saya akan terus mendoakanmu. Dan saya akan mengambil pesanmu. Usah risau. Ingat x janji kita bersama. Sekali kita dikhitbah, selamanya kita akan setia. Setia dengan perjuangan. Pergilah dikau mencari ketenangan. Namun, satu pintaku, setelah engkau pulihkan semangatmu, kembalilah bersamaku. Selamanya bercinta hingga ke syurga.. =(
p/s : nanie mujahidah adalah sebahagian dari diriku. walau sebahagian diriku telah lemah, sebahagian lagi akan tetap tabah. kerana aku telah wakafkan diriku untuk Islam. Aku pegang amanah. Aku juga pegang kepercayaan ibu ayahku untuk menjadi anak solehah. Allah.. berkatilah perjalanan hidupku. Berilah kekuatan padaku. sementara aku menanti kepulangan semangat "nanie mujahidah" itu..


[Tribute buat nanie mujahidah..]

istimewa dari noraini jumahir.. T_T

Tuesday, January 3, 2012

Benarkah Aktivis Dakwah juga melakukan jenayah??

Salam penuh kecintaan buat semua sahabat-sahabat satu fikrah, satu aqidah walau dimana jua kalian berada. Sedar x sedar, kini kita sudah memasuki tahun baru Masihi, 2012. Pantas masa berputar. Sungguh manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.. Dan pada masa yang sama, saya juga menyedari bahawa SINGGAHAN ILMU saya ini juga sudah lama bersarang dan tidak diisi dengan mutiara-mutiara ilmu. Allah, rasa bersalah kerana tidak menjalankan amanah untuk menyebarkan walau sepotong ayat melalui medium ini. Maafkan kelalaian saya ini.

Dalam tempoh masa ini juga, hampir di setiap universiti di Malaysia, kebanyakkannya sedang melalui fatrah peperiksaan. Kalau di luar negara, x tahu la pulak. Dan sedang saya berjalan-jalan di laman sesawang, terbuka lah satu entry oleh Ustaz Hasrizal yang berkait rapat mengenai akademik dan para aktivis dakwah sekalian. Memikirkan keadaan saya yang tidak dapat memberi komitmen lagi setakat ini untuk menulis memandangkan lusa akan menduduki kertas peperiksaan, oleh itu, sukalah saya untuk menekan butang SHARE pada penulisan beliau.. hehe.. Jom baca! 

http://saifulislam.com/?p=2070


Entry ini bertajuk JENAYAH AKADEMIK AKTIVIS DAKWAH..


Moga-moga kita tidak melakukan jenayah ini. Mana la tahu nanti boleh kena AUKU.. hehe.. (",)
~nantikan penulisan saya dalam tempoh terdekat ini. Mungkin selepas tamat fatrah exam. Moga kita sama-sama beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat..




 

AKADEMIK 

VS

AKTIVIS DAKWAH



Salam mahabbah buat semua dari NANIE MUJAHIDAH..

Sunday, November 27, 2011

Antara Dilema seorang Wanita dengan Dilema seorang Muslimah..


Sungguh sejak akhir-akhir ini, hati ini sentiasa resah. Kadang-kadang sibuk memikirkan soal keduniaan, kadang-kadang juga rungsing soal ukhrawi. Allah, berat sungguh dilema diriku ini. PadaMu Allah tempat ku berserah.

Andai kalian menjadi diri ku, manakah menjadi keutamaan kalian wahai para wanita juga yang bergelar muslimah? Jika ditanya pada diri ini, sudah pasti jawapannya dilema muslimah yang akan dipandang berat berbanding dilema seorang wanita yang juga ada pada diri ini. Kerana ianya adalah urusan remeh berbanding soal aqidah dan perjuangan yang jauh lebih penting dari segalanya. Namun, dilema wanita itu yang lebih menyesakkan fikiran walau sedaya mungkin cuba dijauhkan. Sungguh syaitan itu tidak pernah berputus asa mengganggu hamba yang sedang cuba menjadi terbaik di sisi Allah..

Pasti kalian tertanya-tanya apa bezanya dilema wanita berbanding muslimah yang di maksudkan. Bagi diriku, jika aku ditimpa dilema wanita, ianya adalah kerana aku lebih utamakan pandangan manusia. Dan apabila ditimpa dilema muslimah, ianya kerana aku cukup risaukan pandangan Allah.

Sebagai seorang wanita,
siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna di mata manusia,
bila direndahkan yang kita tidak secantik mana-mana wanita yang lain,
pasti ada terselit sedikit kesedihan bahawa mengapa aku tidak secantik dirinya.. 

Namun, perasaan ini ditangkis secepatnya,
kerana aku seorang MUSLIMAH,
tiada masa untuk aku fikir soal cantik di mata manusia,
sedangkan aku punya Allah yang sedang menilai kecantikan hatiku,
keindahan akhlakku serta kesanggupan aku berkorban untuk Islam.

Sebagai seorang wanita,
siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna di mata manusia,
bila diejek kita gemuk, tidak seramping model atau pendek kata dirinya,
pasti ada terselit sedikit kesedihan, mengapa aku tidak sekurus dia,
maka sanggup tidak makan, menahan lapar, kemudian mengenakan pakaian cantik berfesyen,
biar dipuji orang, wah dah kurus nampak, apa rahsianya..

Namun, rasa itu dibuang sepantasnya,
kerana aku seorang MUSLIMAH,
masa yang aku ada terlalu singkat,
tidak sempat untuk aku bicara soal kecantikan tubuh badan,
menjadi kurus bukan bermakna cantik,
kerana masa yang berbaki untukku perlu dimanfaatkan untuk merancang strategi perjuangan,
bagaimana nak menumbangkan musuh Islam,
kerana kesihatan yang aku ada perlu digunakan untuk aku berada di barisan hadapan,
menjadi pejuang agama Allah dan syahid, barulah cantik aku di mata Allah..

Sebagai seorang wanita,
siapa yang tidak inginkan kekayaan,
boleh diguna untuk membeli barang-barang perhiasan, make up, baju cantik, kasut dan sebagainya,
cemburu melihat rakan2 yang lain dapat apa sahaja yang mereka minta,
tidak seperti diriku, ingin gunakan RM1 pun perlu berkira-kira, bimbang tidak cukup dikemudian hari..
lalu mengeluh, kenapa aku tidak sekaya dirinya, macam-macam yang dia ada..

Namun, perasaan itu disingkir secepatnya,
kerana aku seorang MUSLIMAH,
aku perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki,
kerana ianya lebih baik dari tidak memiliki apa-apa,
wang dan harta boleh lesap sekelip mata,
tetapi kekayaan amal ibadah yang akan ku bawa mati,
mengapa perlu merintih, sedangkan aku ada Allah yang Maha Kaya,
malahan bukan setakat RM1 tetapi RM50 itu tidak perlu teragak-agak untuk aku dermakannya,
kerana aku yakin ganjaran yang lebih baik itu pasti ada walau tidak kira bila waktunya dan apa bentuknya,
kerana bumi Allah ini luas, nikmatnya tidak terkira, maka nikmat yang mana yang kita dustakan.

Sebagai seorang wanita,
aku juga punya perasaan ingin dikasihi,
jika aku tidak belajar agama,
pasti sudah banyak kali aku bercinta, kemudian putus dan bercinta lagi,
mengikut gaya hidup remaja kini,
jika tiada teman lelaki, malulah kerana diri tidak disayangi, 
terpaksa tengok rakan2 kehulur hilir sana sini dengan boyfriend yang rasanya setiap bulan asyik bertukar ganti..

Syukurlah perasaan itu tidak wujud dalam diri,
kerana aku seorang MUSLIMAH,
tiada masa untuk aku habiskan bersama teman lelaki,
kerana masa yang aku ada sibuk digunakan untuk gerak kerja haraki,
biarlah aku tidak mendapat cinta lelaki,
kerana aku ada Allah, matlamat utama hidup dan mati..
pemilik cintaku yang hakiki, untuk aku terus mengejar nikmat syurgawi.

Sungguh, jika aku letakkan diriku sebagai seorang wanita, pasti rasa itu yang datang pada hati, maka Ya Allah, jadikanlah aku muslimah haraki sejati. Jauhkanlah perasaan remeh seorang wanita pada diriku. Kerana tidak sanggup bagiku mensia-siakan masaku memikirkan semua itu. Allah.. MasyaAllah.. Tabarakallah.. Ampunkan aku Ya Allah..

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku yang bergelar seorang wanita.. Aku lebih suka andai diriku digelar seorang muslimah walaupun aku tidak layak untuk itu.. 


hargailah aku sebagai seorang MUSLIMAH..