Tuesday, July 27, 2010

Gerakan Muslimat: meneladani mujahidah Asma' binti Yazid..


Asma’ binti Yazid bin Sakan bin Rafi’ bin Imri’il Qais bin Abdul Asyhal bin Haris al-Anshariyyah al-Ausiyyah al-Asyhaliyah merupakan seorang ahli hadis yg mulia dan seorang mujahidah yg agung memiliki kecerdasan dan petah berkata-kata sehingga beliau digelar sebagai “juru bicara wanita”. Di antara sesuatu yg istimewa yg dimiliki oleh Asma’ ra adalah kepekaan pancainderanya serta ketulusan hatinya. Selebihnya dalam segala sifat sebagaimana yg dimiliki oleh wanita-wanita Islam yg lain yg menepati madrasah nubuwwah yakni tidak terlalu lunak dalam berbicara bahkan beliau adalah seorang wanita yg pemberani tegar mujahidah. Beliau menjadi contoh yg baik dalam banyak medan peperangan. Asma’ ra mendatangi Rasulullah saw pada tahun pertama hijrah dan beliau berba’iat kepadanya dgn ba’iat Islam. Rasulullah saw memba’iat para wanita dgn ayat yg tersebut dalam surah Al-Mumtahanah yang bermaksud “Hai Nabi apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yg beriman utk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan menyekutukan sesuatu pun dgn Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yg mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yg baik maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah utk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” . Ba’iat dari Asma’ binti Yazid ra adalah jujur dan ikhlas sebagaimana yg disebutkan riwayatnya dalam kitab-kitab sirah bahwa Asma’ mengenakan dua gelang emas yg besar maka Nabi saw bersabda “Tanggalkanlah kedua gelangmu wahai Asma’. Tidakkah kamu takut jika Allah mengenakan gelang kepadamu dgn gelang dari neraka?” Maka segeralah beliau tanpa ragu-ragu dan tanpa membantah utk mengikuti perintah Rasulullah sa dan beliau melepaskannya serta meletakkan di depan Rasulullah saw. Setelah itu Asma’ aktif utk mendengar hadis Rasulullah saw yg mulia dan beliau bertanya tentang persoalan-persoalan yg menjadikannya faham. Beliau pulalah yg bertanya kepada Rasulullah saw tentang tata cara thaharah bagi wanita yg selesai haidh. Beliau memiliki keperibadian yg kuat dan tidak malu utk menanyakan sesuatu yg hak. Oleh sebab itu Ibnu Abdil Barr berkata “Beliau adalah seorang wanita yg cerdas dan bagus peribadinya.” Beliau ra dipercaya oleh kaum muslimah sebagai wakil mereka utk berbicara dgn Rasulullah saw tentang persoalan-persoalan yg mereka hadapi. Pada suatu ketika, Asma’ mendatangi Rasulullah saw dan bertanya “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah yg di belakangku seluruhnya mengatakan sebagaimana yg aku katakan dan seluruhnya berpendapat sebagaimana aku berpendapat. Sesungguhnya Allah SWT mengutusmu bagi seluruh laki-laki dan wanita kemudiaan kami beriman kepada anda dan memba’iat anda. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi pengurus rumah tangga kaum laki-laki dan kamilah yg mengandung anak-anak mereka. Akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dgn solat Jumaat, menghantarkan jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar utk berjihad kamilah yg menjaga harta mereka dan mendidik anak-anak mereka. maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yg mereka dapat dgn amalan mereka?” Mendengar pertanyaan tersebut, Rasulullah saw menoleh kepada para sahabat dan bersabda, “Pernahkan kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang dirinya yg lbh baik dari apa yg dia tanyakan?” Para sahabat menjawab “Benar kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah!” Kemudian Rasulullah saw bersabda“Kembalilah wahai Asma’ dan beri tahukanlah kepada para wanita yg berada di belakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang mereka kepada suaminya dan meminta keredhaan suaminya, saatnya ia mendapat persetujuannya itu semua dapat mengimbangi seluruh amal yg kamu sebutkan yg dikerjakan oleh kaum lelaki.” Maka kembalilah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir merasa gembira dgn apa yg disabdakan Rasulullah saw. Dalam dada Asma’ terdetik keinginan yg kuat utk ikut keluar berjihad tetapi keadaan ketika itu tidak memungkinkan utk merealisasikannya. Akan tetapi setelah tahun 13 Hijriyah setelah wafatnya Rasulullah saw hingga perang Yarmuk beliau menyertainya dgn gagah berani. Pada perang Yarmuk ini para wanita muslimah ramai yg mengikut suami dgn bagian yg banyak utk berjihad sebagaimana yg disebutkan oleh al-Hafidz Ibnu Katsir dalam kitab al-Bidayah wan-Nihaayah beliau membicarakan tentang perjuangan mujahidin mukminin. Beliau berkata “Mereka berperang dgn perang besar-besaran hingga para wanita turut berperang di belakang mereka dgn gagah berani.” 
Dalam bagian lain beliau berkata “Para wanita menghadang mujahidin yg lari dari berkecamuknya perang dan memukul mereka dgn kayu dan melempari mereka dgn batu. Adapun Khaulah binti Tsa’labah ra berkata, "Wahai kalian yg lari dari wanita yg bertakwa! Tidak akan kalian lihat tawanan. Tidak pula perlindungan. Tidak juga keredhaan. Beliau juga berkata dalam bagian yg lain “Pada hari itu kaum muslimah berperang dan berhasil membunuh banyak tentara Romawi akan tetapi mereka memukul kaum muslimin yg lari dari kancah peperangan hingga mereka kembali utk berperang.” Dalam perang yg besar ini Asma’ binti Yazid menyertai pasukan kaum muslimin bersama wanita-wanita mukminat yg lain berada di belakang para mujahidin mencurahkan segala kemampuan dgn membantu mempersiapkan senjata memberikan minum bagi para mujahidin dan mengubati yg terluka di antara mereka serta membangkitkan semangat juang kaum muslimin. Sewaktu berkecamuknya perang dengan suasana yang panas membara sehingga mata menjadi merah, ketika itu Asma’ ra lupa bahawa dirinya adalah seorang wanita. Beliau hanya ingat bahawa dirinya adalah muslimah mukminah dan mampu berjihad dgn mencurahkan segenap kemampuan dan kesungguhannya. Beliau tidak mendapatkan apa-apa yg di depannya melainkan sebatang tiang khemah maka beliau membawanya kemudian berbaur dgn barisan kaum muslimin. Beliau memukul musuh-musuh Allah ke kanan dan ke kiri hingga dapat membunuh sembilan orang dari tentara Romawi sebagaimana yg dikisahkan oleh Imam Ibnu Hajar tentang beliau “Dialah Asma’ binti Yazid bin Sakan yg menyertai perang Yarmuk ketika itu beliau membunuh sembilan tentara Romawi dgn tiang khemah kemudian beliau masih hidup selama beberapa tahun setelah peperangan tersebut.” Asma’ keluar dari peperangan dgn membawa luka di punggungnya dan Allah menghendaki beliau masih hidup setelah itu selama 17 tahun. Beliau wafat pada akhir tahun 30 Hijriyah setelah menyumbangkan kebaikan bagi umat. Semoga Allah merahmati Asma’ binti Yazid bin Sakan dan memuliakan dgn hadis yg telah beliau riwayatkan bagi kita dan dgn pengorbanan yg telah beliau usahakan dan telah beramal dgn sesuatu yg dapat dijadikan pelajaran bagi yg lain dalam hal mencurahkan segala kemampuan dan usaha demi memperjuangkan al-haq dan mengibarkan bendera Lailahaillallah dan menginfakkan diri ini hanya untuk Allah.


Lembut bukan hiasan, bukan juga kebanggaan, kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..
MUSLIMAT AKTIF, HEBAT, MANTAP3X.. HARAPAN UMMAH..

~nanie mujahidah,
  salam ukhwah sejati.. =)

2 comments:

mawarberduri said...

nani syg, rsY molek if setiap perenggan, nani jarakkan :)

nanie mujahidah said...

baik bos.. =)