Detik 2011 hampir tiba. Menuju era baru ke arah kebangkitan mahasiswa. Ayuh sahabat2.. kita buktikan kredibiliti mahasiswa. Tumpaskan kebatilan, tumbangkan kezaliman, hapuskan sistem korup. Moga menjadi sejarah 2011 bumi UKM menjadi TAWANAN kita.
Tidak salah untuk meletakkan impian yang tinggi. Sedangkan ketika perang Ahzab, sewaktu tentera2 Islam sedang menggali parit, sempat Rasulullah berkata bahawa satu hari nanti Kota Constantinople akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Walaupun pada saat itu, perang Ahzab sendiri belum berjaya dimenangi. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Wahai pejuang2 agama Allah, persiapkan tarbiyah dalaman kalian dan kebersediaan kalian. Letakkan pengaduan dan pengharapan yang tinggi pada Allah. Ringankanlah kaki untuk berjihad di jalan Allah. Indahnya hidup berlandaskan Islam.
Hidup.. hidup.. mahasiswa!!
SEJARAH KEGEMILANGAN MAMPU PASTI BERULANG!!!
2 comments:
salam kenal dan salam perjuangan...
bila sebut tentang kebangkitan mahasiswa, buat gua termenung panjang... dari situasi semasa, perjalanan tu masih jauh... itulah realiti
salam persahabatan..
Ya, betul 2. perjalanan 2 memang sangat jauh.. sebab itulah kita perlu bangkit untuk cuba menghampirinya.. x begitu ustaz?? =) Yang lemah x kan selamanya lemah dan yang kuat x kan selamanya kuat. Yakinlah satu hari nnt kemenangan akan berpihak kepada Islam dan kita perlu berusaha ke arah matlamat tersebut.. wallahua'lam..
Post a Comment