Seorang ketua sami tinggal di dalam kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Kemana sahaja ketua sami itu pergi, si kucing akan ikut bersama.
Namun, keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila ketua sami itu sedang menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. konsentrasinya sering ternganggu apabila kucing kesayangannya itu menggesel dan mengelus-gelus disisinya.
Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan, dia akan mengikat kucing di sebatang tiang di tepi kuil. Begitu la hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan. Perlakuan ketua sami itu sering diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.
Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru pula dilantik. Begitu pun, setiap kalo ketua sami yang baru hendak mengepalai upacara penyembahan, beliau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga.
Tidak berapa lama kemudian, kucing itu pula mati. Ironisnya, ketua sami yang baru ini mencari kucing lain sebagai pengganti, dan diikat juga pada tiang yang sama setiap kali penyembahan berhala. Begitu la rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan ketua sami datang dan pergi, silih berganti. Akhirnya terciptalah satu ritual dalam agama tersebut; setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari seekor kucing untuk ditambat pada tiang kuil.
Pengajaran:
Sering berlaku dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap TAKLID secara membuta-tuli. Penganut di belakang hari kerap menjadi pak turut tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa di sedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat. Nah, lihatlah akibatnya pada akhir zaman ini, Islam hanya ada pada nama bukan pada akhlak, kefahaman dan segalanya. Begitu juga agama lain. Ana pernah bertanya pada seorang penganut agama Kristian tentang agamanya. Dan dia menjawab, "entahlah, saya ikut nenek moyang saya je".
Tanpa kefahaman, ana yakin bila2 masa sahaja sahabat2 akan mudah merasa goyah, malah pada satu tahap yang terlalu kritikal, mungkin sahabat2 akan ada perasaan syak wasangka dan tidak yakin terhadap Islam. Ana sarankan agar rakan2 cuba memahami kembali tujuan kita menganut Islam dengan mengulang dan menghadam buku tulisan Fathi Yakan yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam".. wallahua'lam..
p/s: fuhh, sempat pulak promote buku.. Jom bedah buku ni.. =)
1 comment:
Teruskan perjuangan...
Post a Comment