Saturday, December 4, 2010

4 hari bersama Profesionalis Quranik dan Para Pencari Tuhan..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam perjuangan buat semua sahabat2 kecintaan ana khususnya para daie ilallah sekalian. Kembali mencoretkan perjalanan hidup sebagai salah seorang abnaul haraki, sukalah ana untuk berkongsi pengalaman yang ana perolehi sewaktu menjadi fasilitator dalam satu program anjuran kerajaan negeri yang ana kira cukup baik dan kemas dalam melahirkan bakal2 ilmuan yang gemilang. Menelusuri program Kem Tunas Ilmuan Selangor yang diadakan pada 29-2 Disember 2010 yang lepas, di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, ana kira objektif yang disasarkan telah berjaya dicapai iaitu untuk melahirkan golongan ilmuan berteraskan sejarah2 ilmuan silam yang berjaya membawa Islam ke Zaman Kegemilangan dan mencetus peralihan Barat ke Zaman Pencerahan hasil celupan dari teori2 yang dilakarkan ilmuan Islam.

Program yang disertai oleh gabungan pelajar maahad tahfiz dan sekolah yayasan Selangor menjadikan ana lebih tertarik untuk menjadi sebahagian dari penggerak program ini. Ditambah pula dengan pengisian program yang memang berbentuk ilmuan seperti Eksplorasi Al-Quran, Jejak Ilmuan Silam, The Power Of Solat, Lawatan ke universiti UKM, UPM, Unisel dan Pusat Sains Negara, Penulisan Buku Ilmuan Silam, dan banyak lagi ceramah2 motivasi yang bermanfaat dan sebagainya.

Mengapa ana katakan ana menghabiskan masa bersama para profesionalis Quranik dan Para pencari Tuhan? Ini kerana ana dapat melihat kesungguhan mereka dalam mengizzahkan Al-Quran dan ketekunan mereka untuk mendalami Islam itu sendiri. Baik yang sudah sedia menjadikan Al-Quran sebagai santapan rohani mereka setiap hari mahupun yang kurang mengamalkannya. Sebab itulah persepsi ana pada mulanya apabila bersama adik2 dari Yayasan Selangor, ana yakin bahawa merekalah insan2 terpilih. Walaupun kemungkinan orang lain memandang mereka sebagai biasa2 sahaja, dengan melihatkan kenakalan mereka, ke'otai'an mereka bak kata orang2 muda zaman sekarang.. hehe.. namun ana cukup teruja dengan kebersediaan mereka dalam menghadiri program tarbiyah selama 4 hari ini. Hal ini sudah cukup menjadikan mereka antara golongan yang benar2 mencari hidayah itu sendiri. Percayalah adik2.. akak katakan bahawa adik2 adalah terbaik! You are amazing!!! u know! (^_^)


Saat yang cukup bahagia bagi ana adalah sewaktu slot Eksplorasi Al-Quran dijalankan iaitu bilamana para peserta dikehendaki mencari di dalam Al-Quran tentang ayat2 yang mempunyai hubung kait dengan tajuk yang diberikan bagi setiap kumpulan. Contohnya seperti tajuk alam sekitar, pemakanan, teknologi dan lain2. Saat itu, ana melihat rahmat Allah yang cukup meluas apabila para peserta bersungguh2 menelaah Al-Quran untuk mencari ayat2 beserta maknanya. Ana cukup terharu bilamana menyaksikan adik2 dari Yayasan Selangor yang nakal secara luarannya tapi mempunyai hati yang cukup suci sanggup meminjam tafsiran Quran milik sahabat Maahad Tahfiznya untuk bersama2 menunjukkan komitednya di dalam program ini. Allahuakbar, betapa manisnya saat itu Ya Allah.. 


Ya, ana yakin manusia perlu memainkan peranan dalam menonjolkan persepsi yang benar terhadap seseorang. Lebih mudah untuk ana katakan, kita perlulah husnuzzon atau bersangka baik terhadap seseorang.  Mungkin adik2 ini kelihatan sosial dan nakal tidak seperti pelajar Maahad Tahfiz. Namun, kita x boleh sewenang-wenangnya menghukum mereka. Tulus dari hati ana mengatakan, tahniah adik2 kerana berjaya menghadiri program ini kerana melalui program ini lah adik2 dapat belajar untuk solat berjemaah, mendapat pengisian ilmu, mendekatkan diri dengan ayat2 cinta Allah sambil bergembira dengan diselitkan aktiviti2 outdoor yang menyeronokkan. Malah, ana dapat melihat betapa adik2 cukup menghargai ilmu2 baru dan tarbiyah yang diperolehi berdasarkan perubahan yang cukup baik yang adik2 tunjukkan di akhir program. Mabruk alaikum!


Mentarbiyah sambil ditarbiyah. Itulah kata2 yang sentiasa ana pegang tatkala menguruskan sesuatu program tarbiyah kerana bimbang niat yang lari dari dasarnya. Memang benar frasa keramat ini kerana banyak yang ana dapat hasil pentarbiyahan itu. Berasa kerdil apabila memperolehi ilmu baru kerana atas kesedaran banyak lagi ilmu yang belum diterokai. Melalui program inilah, ana lebih mendalami keperibadian tokoh Ibnu Haitham memandangkan kumpulan yang ana kendalikan diberi nama itu. Malulah ana jika ana tidak tahu sedangkan ana yang memilih nama itu kan.. hehe.. Sahabat2 tahu x bahawa Ibnu Haitham lah yang pertama menulis buku mengenai perubatan mata? dan beliau jugalah yang menulis teori berkenaan pembalikan cahaya dan pembiasan cahaya sehingga teorinya ini dicelup oleh saintis Itali untuk menghasilkan kanta pembesar pertama di dunia.. Ana tidak akan dapat pengetahuan ini jika ana tiada di program tersebut. Subhanallah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..


Harapan ana, kepada adik2 profesionalis Quranik, manfaatkanlah Al-Quran sebaiknya. Moga menjadi hafiz/hafizah yang cemerlang untuk mengangkat martabat Islam. Buat adik2 Yayasan yang terlalu bersemangat meneroka ilmu Islami, teruskan usaha kalian. Moga menjadi insan yang hebat dalam menjulang Islam. Ya, semestinya Islam yang kita junjung bukannya bangsa kerana janganlah sahabat2 lupa bahawa satu masa dahulu Islam pernah menakluk dua pertiga dunia. Tidak lupa juga, ana cukup gembira dapat membina ukhwah bersama orang2 hebat seperti syeikhul kabir ustaz hasnur lepasan DQ, ustaz lutfi KUIN, ustaz Muslim KUIN, ustaz taufik (ketua fasi), syeikhah kabirah kak izah master UPM, lepasan Azhar kak syidah,  kak jannah KUIN dan sahabat baru ana fatima UKM KL. Moga ana juga menjadi hebat seperti mereka. Ameen Ya Rabb. Moga segala ilmu yang kita perolehi dimanfaatkan sebaiknya. Salam perjuangan buat sahabat2 dan adik2.. moga bertemu lagi satu hari nanti.. InsyaAllah.. hubbukum fillah..


Akhir kalam, ana nak menekankan pada sahabat2 seperti mana yang ana sampaikan pada ahli kumpulan ana, bilamana kita ada matlamat yang jelas, kita akan teruja berusaha ke arah matlamat itu kerana ia telah sampai ke mata hati kita.. Clear vision, mata hati.. (sambil membuat gaya) ~hanya kumpulan ana je yg tahu gaya ana mase sebut ayat ni.. hehe..


p/s: fuh, ingatkan nak buat karangan pendek je.. x sangka jadi panjang.. kui33.. x pe.. sharing is caring.. =D






Kasih abadi,


nanie mujahidah..


No comments: