Saturday, June 25, 2011

Alangkah nikmatnya ujian untuk merasai kemanisan iman..


Dalam kehidupan menjalankan gerak kerja Islam dan juga dakwah, merasai tekanan ujian adalah satu kebiasaan. Namun tidak semua individu ini yang mampu bertahan kerana manusia itu juga bekerja dengan perasaan bak kata sahabat ana. Ramai yang akhirnya meninggalkan medan tarbiyah dan bidang amal Islami sesudah mereka menghadapi ujian sedang dahulunya mereka adalah seorang yang bersemangat.

Coretan ini ana nukilkan kerana memandangkan keadaan diri ana yang cukup bersemangat waja dalam jalan perjuangan sehinggakan ada yang merasa sangsi dengan kesungguhan ana kerana berpegang dengan kenyataan bahawa jika terlalu bersemangat, satu hari ana pasti tersungkur, pendapatnya begitu. Ana cukup tidak bersetuju. Masakan mereka mampu menilai diri ana berdasarkan kebiasaan yang terjadi pada pejuang2 dakwah  yang lain. Allah yang lebih Maha Mengetahui. Namun, ana sambut baik pesanan mereka agar ana lebih berhati-hati dalam setiap langkah dan gerak-geri. Merasa lemah itu biasa. Namun, jangan dibawa2 hingga sanggup mengisytihar diri sudah 'muflis' untuk berjuang. 


Di dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa ujian mesti akan berlaku demi untuk membersihkan barisan dan untuk menguji Iman. Firman Allah dalam surah Al-ankabut ayat 2 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi."

Dan firmanNya juga:


Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik-buruknya) keadaanmu.

Faktor tekanan ujian ini kadang kala menjadi satu sebab keciciran sesetengah para du'at di sepanjang jalan dakwah. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang kita seringkali terlupa bahawa menghadapi situasi diuji ini sebenarnya memberi kita peluang untuk merasai manisnya nikmat iman itu. Ianya dikatakan begitu kerana apabila kita diuji, dan kita berserah diri kepada Allah, bukankah kita akan merasa cukup tenang tika itu.. Ya, ia adalah tanda kita merasai kemanisan Iman. Allah beri kita masa untuk melalui saat itu. Ini lebih baik daripada orang yang tidak diuji dan terus menerus dengan kelalaian duniawi. Sedangkan masa kesenangan itu juga sebenarnya adalah ujian buat manusia namun ianya tidak membawa kemanisan iman bilamana kita lupa pada Allah dan hakikat kita yang hanya sekadar hamba..

Dan menurut Saidina Ali juga, salah satu cara untuk ke syurga adalah dengan merahsiakan sebarang musibah yang melanda diri kita. Kerana dengan itu, kita akan merasa manisnya iman dengan dugaan-dugaan berat yang rasa tidak tertanggung oleh jiwa. Cubalah untuk merasakannya sebelum masa itu sudah terlambat buat diri kita dan Allah akan menarik peluang itu buat selamanya..

JOM KERJA KUAT UNTUK ISLAM!!!
Alangkah seronok apabila kita melakukan sesuatu didasari kerana Allah.. ^_^

Monday, June 20, 2011

perginya seorang murabbi..

Tribute buat murabbiku.. Yang x pernah mengenal erti letih dan payah dalam mentarbiyahku.. kini, Allah telah menjemputmu buat selamanya.. Maka tanggungjawab untukku meneruskan bara api perjuangan hasil dari ilmu yang dikau curahkan padaku.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam membawa agamaMu walau aku bukanlah yang layak untuk berada di tempat itu.. Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Md Sham Abu Bakar.. Kenangan itu sentiasa ku simpan rapi dalam hati ini..


Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah sedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian



Sunday, June 19, 2011

jealousy: ur success keeps bothering me..

In the name of Allah, the most Gracious and Merciful..

My post for today is a little bit funky.. It seems to be a part of my confession. Have a nice day reading it. BUT DO NOT TRY THIS AT HOME.. 


Looking at people’s success and victory, the word of jealousy suddenly comes to my heart. Yup! I admit it. I feel jealous with all of these stuffs. With the life they went through, with the things that they had achieved, and with anything that always be in their sides whatever they do. These kind of stuffs always keep bothering me. 




Just to let know, being jealous is not a sin, but when it getting worst, it might cause a chaos to anybody and can ruin someone's life. Sincerely, being jealous is hurting me.. hurting my soul. I hate to feel this kind of emotion.  Am I horrible right? 

Do not worry. Jealousy is a normal thing that happens to those who want to be good such as the great people always had in their life. It does not mean that I will giving up at this moment. But when it reaches the level that I eventually need to give up myself, it never ever shows that I am a weak person, but it just means that I am strong enough to let the thing goes.

One day, I will make sure that I will definitely be at your place although I need to face a lot of circumstances. It just I SHOULD never expect, demand or assume, I SHOULD know my limit, my role and where i stand, AND BY DOING THAT, I won't get affected, get jealous or get paranoid. Just be yourself right then. I am who I am.. T_T


ALLAH KNOWS THE BEST!!!

this mode of  jealousy came after looking one by one of the pictures of my successful friends in overseas.

p/s: sebenarnya sedang berlatih nak speaking dan menulis semula ayat dalam Bahasa English memandangkan akan mula mengajar tuisyen Bahasa English tak lama lagi sebagai part time work sambil-sambil menjalankan gerak kerja Islam di kampus. Dan sudah ternyata, ayat ku tunggang terbalik.. huhu.. memang sah bakal guru Bahasa English yang porak peranda.. Nanti keluar pulak bunyi Jawa.. I had lost my skill in speaking... Aigoo.. ^_^

Sunday, June 12, 2011

Cantikkah aku?


Setiap manusia ingin kelihatan cantik di mata orang lain khususnya wanita. Namun, nilaian kecantikan itu selalunya diukur secara fizikal tanpa memahami maksud sebenar dari sudut pandang sisi Islam. Nah, sukalah ana untuk berkongsi apakah indikator yang dapat mengelaskan kalian dalam kalangan wanita cantik menurut Allah S.W.T..

Wanita itu dikatakan cantik APABILA:


  • dapat melukis kekuatan melalui masalahnya
  • tersenyum disaat tertekan
  • tertawa disaat hati sedang menangis
  • tabah disaat terhina
  • mempersona kerana memaafkan
  • mengasihi tanpa meminta balas
  • bertambah kuat dalam doa dan pengharapan pada Allah
Wahai akhawat fillah, usahlah terlalu memikirkan nilaian manusia pada diri kita kerana nilaian Allah itu lebih berharga. Mampukah kita menjadi wanita cantik menurut Allah?  Moga redha Allah bersama mereka yang sentiasa berusaha ke arah itu.. 

Cantiklah kerana Allah bukan untuk pujian manusia.. =)

'siswi mantap, pasti tersentap'
nanie mujahidah..

Wednesday, June 8, 2011

Menerima dengan Redha..


Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan telah selamat diumumkan. Dalam fasa minggu ini, pelbagai ragam manusia yang dapat ana tafsirkan. Semuanya kerana keputusan peperiksaan itu. Hebat sungguh penangannya.. Semua sahabat serta rakan-rakan mahasiswa/wi UKM tidak kurang excitednya untuk mengetahui hasil titik peluh mereka. Namun, ana masih tenang mengumpul kekuatan dan menanti saat yang sesuai untuk mengetahui sejauh mana kejayaan yang ana kecapi dengan usaha yang terlalu sedikit. 

Pagi ini, seorang sahabatku bermasam muka dan hanya mendiamkan diri sahaja. Barangkali kerana keputusan yang diperolehinya. Manakala seorang lagi kelihatan cukup gembira. Bila ditanya, kerana keputusannya meningkat dari sebelumnya. Mabruk sahabat! Cukup mudah bagi diri ini untuk menginterpretasikan perasaan setiap manusia yang berada di sekeliling.. Mungkin itu kelebihan buat diri. Namun hingga kini, ana masih gagal mengertikan perasaan sendiri. Langkahan diri ini masih lagi tenang. Entah mengapa. Mungkin kerana tidak sempat untuk terlalu memikirkan soal benda yang dah berlalu dengan timbunan kerja sebagai perwakilan mahasiswa yang menanti untuk diselesaikan. Walau apapun result exam yang diterima, ianya pasti tidak boleh diubah. Hati ana berbisik.

Petang ini, cukup berani untuk diri ana membuka pengumuman keputusan. Alhamdulillah.. terus merasa ketenangan. Bukan kerana result yang baik atau meningkat, tetapi kerana ana berada di taraf lulus dan terus pengajian. Pasti tenang apabila menerimanya dengan redha. Sedangkan ana yakin, jika rakan-rakan ana mendapat keputusan seperti yang ana perolehi, mereka mampu untuk meraung sehari semalam. Terbayang-bayang kalimah indah dalam kitabullah... 

Firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."  (Ar- Raad, 28)

Hidup ini perlu diteruskan. Hidup ini perlu ada sisipan kesyukuran. Hidup ini perlu faham konsep pentarbiyahan.. Hidup ini perlu sabar dengan segala ujian. Hidup ini perlu redha segala ketentuan yang Allah tetapkan. Ini kerana..

Firman Allah S.W.T:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 
Maksudnya: Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang. Dan ALLAH sebaik-baik Perancang.  (surah al-Imran ayat 54)

Bagi yang berjaya, ucaplah syukur dan puji-pujian bagi Allah yang Maha Kuasa. Dan bagi yang kurang berjaya, janganlah berputus harap pada Allah. Kebahagiaan hidup kita bukan hanya dengan memiliki sesuatu yang terbaik. Boleh jadi, kita tidak mendapat bantuan Allah dalam memperolehi keputusan yang cemerlang, tetapi Allah berikan kita nikmat yang melimpah ruah tanpa kita sedari. 

Indahnya bila menerima dengan redha..

~ nanie mujahidah gelaran bagiku kerana aku adalah mujahidah itu..