Monday, April 28, 2014

Catatan Usrah itu..

Bismillah walhamdulillah..

Hari ini, saya terdetik untuk membelek-belek semula simpanan foto kenangan bersama anak2 usrah saya. Ya, saya mempunyai beberapa kumpulan usrah dan telah berkongsi memori usrah bersama ramai sahabat2 seperjuangan. Dan bersama adik2 inilah saya lebih istiqomah untuk menjalankan usrah. Mungkin kerana semangat mereka untuk mendapat sesuatu dari naqibahnya yang x banyak ilmu pun sebenarnya.. ^_^


Menjalankan usrah memerlukan kekuatan dan komitmen yang sangat tinggi. Seringkali saya mengingatkan diri saya agar jangan sesekali membiarkan kumpulan usrah saya begitu sahaja walau sesibuk mana pun saya. Bagi saya, usrah tidak semestinya perlu menghadamkan satu buku intelektual dalam tempoh 1 jam, usrah bukan semata membincangkan isu2 berat dan global, usrah juga bukan semata perlu berada dalam bulatan dan saya membacakan ayat2 al-Quran manakala ahli usrah saya mendengar dengan khusyuk. Oh tidak.. :)

Usrah adalah salah satu metod tarbiyah iaitu didikan. Tanpa tarbiyah, kita pasti rebah. Maka, fungsi usrah yang saya cuba bawakan adalah untuk saling menguatkan, untuk saling mengingatkan, untuk saling berkasih sayang dan untuk saling memperbetulkan. Saya bukan ahlinya untuk membawakan usrah yang cukup kritikal dan membumi. Tetapi saya sangat menekankan agar usrah saya cukuplah sekadar dapat membawa anak2 usrah saya kembali dan merasa dekat dengan Allah. Cukuplah walau sesaat cuma. Kerana "usrah" itu keluarga. Pembentukan keluarga Muslim itu saling berkasih sayang untuk mendapat keredhaan Allah pastinya.

Saya bukan naqibah yang cukup hebat untuk membentuk anak2 usrah saya. Bahkan saya sedia maklum mereka lebih hebat dari saya. Kerana bagi saya, insan2 yang ingin mendekati usrah itu sangat sukar untuk dijumpai. Dan mereka pastinya orang2 terpilih yang Allah letakkan untuk menjadi lebih hebat dan siapa sangka merekalah yang akan menjadi ikon muslimat yang menarik semakin ramai orang untuk cintakan Islam. InsyaAllah saya cukup yakin. :)

Dan matlamat saya sebagai naqibah mereka, saya cukup berharap agar mereka akan lebih mencintai usrah bukan semakin jauh dari usrah. Ya, hiduplah kalian dengan usrah. 

"Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang." -As-syahid Imam Hassan Al-Banna-





-aku nanie mujahidah-

Monday, November 11, 2013

Member Jihadku: Bersama membantu jemaah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lama sudah saya tidak menulis. Coretan untuk kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. haa gituh.. ^^ Pernahkah sahabat mendengar kisah seekor kambing yang dibaham serigala kerana duduk sendirian? Juga analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,

A004

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Makanya,

untuk saya terus kuat berada di atas jalan dakwah, tarbiyah dan siasah ini, saya juga mempunyai "member jihad" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya yang sedikit pemalu (boleh percaya ke ni..krik.. krik..) dan tidak biasa bergerak dengan muslimat2 pusat mahupun kawasan tanpa orang yang sudah rapat dengan saya. Dan ya, adik-adik saya inilah yang menjadi member jihad sejati saya. Maksudnya apa? Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan program2 pusat dan sebarang program yang merangkumi 3 aspek ini baik tarbiyah, siasah mahupun dakwah, saya pasti ditemani mereka berdua. Kenapa saya mengiktiraf mereka sebagai "member jihad" saya? Pastinya kerana dalam ramai2 sahabat2 yang saya ajak ke program2, mereka berdua yang setia dan jarang menolak walaupun mereka ada halangan lain. (oh kerana saya yakin saya mempunyai kuasa pujukan yang istimewa.. haha). Terima kasih kerana sudi bersama untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini. 



Istiqomah itu bagaimana?? YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, YB Temerloh (cewah nak 'mention' jugak Pahangnya.. ^^) berkata kepada kami dalam satu program yang saya ikuti, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Maksud istiqomah yang sebenar ialah proaktif."

Saya amat berharap agar dengan terus proaktif dalam membantu jemaah bersama member jihad saya ini, ianya mampu membuatkan kami lebih dekat dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan. Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan 'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini. Ya, saya tidak pernah menyesal walaupun adakalanya saya merasakan diri saya lemah dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan mereka berdua, "member jihad" saya. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk membantu jemaah.


"Jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa memikirkan mengenai Islam" -Allahyarham Ust Fadzil Noor.


Wednesday, March 27, 2013

Aku di jalan ini..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Jika kita cintakan Rasulullah S.AW, kita juga perlu cinta pada perjuangan baginda"

~Jangan pernah ada secalit pun rasa menyesal bergerak kerja untuk Islam. Pilihan di tangan kita. Jika kita tidak mahu terus berada di jalan ini, Islam tidak akan tergugat sedikit pun dengan ketiadaan kita. Kita yang akan rugi bila mana Islam menang, kita bukan salah seorang yang menggerakkannya. ^_^


Saya tidak pernah taqlid pada sesuatu secara membabi buta. Saya faham perjuangan ini dan mengapa saya perlu menjadi salah seorang daripadanya. Kerana saya diciptakan untuk menyembah Allah dan menyatakan ketaatan kepadaNya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)
Dan salah satu jalannya adalah dengan jihad menegakkan kebenaran dan menyebarkan syiar Islam. Moga Allah redha gerak langkah kakiku dan juga sahabat-sahabatku. Ameen.




Saya cintakan kepimpinan Ulama'

~Al-Hubb Huna~

Monday, March 25, 2013

Sembangnya Kencang, Buatnya...???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah petang ini rasa lapang untuk mengajak sahabat2 mentadabbur satu ayat al-Quran yang menjadi pegangan saya sepanjang bergelar ahli haraki. Ayat yang cukup menggetarkan saya dan membuatkan saya menjadi berhati2 sepanjang berada di jalan tarbiyyah, siasah dan dakwah ini. Allahu Allah.. Moga Allah teguhkan hatiku dalam agamaNya dan ketaatan kepadaNya.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Adakalanya, saya melihat ramai teman2 seperjuangan termasuk diri saya sendiri kencang mengatakan "Aku ingin berjuang", "Kita perlu tegakkan daulah Islamiyyah" dan sebagainya, namun sejauh mana kita telah melaksanakan usaha ke arah itu atau kita hanya hebat berkata-kata saja. Itulah yang paling saya takutkan. Lebih-lebih lagi, bila mana natijahnya adalah "sangat dibenci di sisi Allah" atau jika saya membelek tafsir Al-Quran, ada di nyatakan maksudnya "celakalah kamu di sisi Allah" iaitu bagi mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan. Celaka di sisi Allah, mana mungkin setiap pejuang haraki itu mahu berada dalam kondisi itu. Tapi kadangkala kita tidak sedar kita sedang menuju ke lembah kehinaan dari Allah. nauzubillah.
Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair:
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima
Sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya
Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat
yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian
Ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?
Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian.
Terasa seperti ditusuk-tusuk hati saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah...
Adakalanya kita kencang mengatakan kita pejuang Islam, nak bawa Islam, tetapi sejauh mana kita berkeperibadian sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah. Perancangan strategik untuk memenangkan Islam dah lengkap dah, tapi sejauh mana kita merealisasikan perancangan tersebut atau kita hanya serah bulat2 pada orang yang tidak tahu menahu. Adakalanya kita menjalankan tanggungjawab amar ma'aruf nahi mungkar terhadap mad'u-mad'u kita tapi sejauh mana kita selaku da'ie ilallah benar2 telah menjauhi perkara2 yang kita nasihatkan orang untuk jauhi itu.
Adakalanya saya juga khilaf. Ibadah masih kurang sedangkan saya mengatakan saya ingin berjuang. Makanya saya akan menangis mengenang ayat ini. Namun saya faham, itu bukan bermakna saya perlu menghentikan gerak kerja terlebih dahulu dan fokus menjadi ahli tasawuf yang tertinggi. Bagi saya, ahli haraki yang benar2 faham kewajipannya untuk keluar berjihad memenangkan Islam perlu berusaha sedaya upaya untuk menyeimbangkan kedua-duanya. Antara kefahaman dan juga kesanggupan untuk keluar berjihad/gerak kerja.
Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri juga. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing. Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik dan sebagai alasan untuk tidak menjadi salah seorang yang berjuang menegakkan Islam dan menyatakan kebenaran. Kita mampu melakukannya!  Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.
Lakukan apa yang kalian perkatakan! 
Saya sayang Islam dan kepimpinan Ulama'. 
Wallahua'lam.

Monday, February 18, 2013

Pakat Pangkah PAS boh!


Moga Allah redha gerak langkah kakiku.. Ameen Ya Rabb~

Saturday, February 16, 2013

Sediakah untuk bernikah?




Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Wahai pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang telah mampu untuk bernikah, maka hendaklah ia bernikah. [Hadis Riwayat Bukhari]

Siapakah yang dianggap telah siap menikah?

Iaitu mereka yang telah baligh, pahami Islam, dan dewasa, dia mampu selesaikan masalah, dan mengurus tanggung jawab.

Nikah adalah ikatan agung nan suci, dari sanalah terbangun bahtera dakwah berpasangan dan madrasah balatentara ALLAH selanjutnya. Karenanya, hal baik seperti nikah haruslah dimulai dengan yang baik, buruk awalnya biasanya buruk tengah dan akhirnya. Wallaahu a’lam bishshawwab

Islam menolak maksiat dalam interaksi lelaki-wanita semacam tunangan dan pacaran. Nabi tak mengenalnya samasekali, bahkan melarangnya.

Namun Islam tukarkan metode maksiat dengan metode taat sebelum menikah. Iaitu, khitbah lalu ta’aruf yang halal agar nikah menjadi baik.

Pada asasnya, khitbah-ta’aruf adalah proses yang dijalani oleh orang yang telah mantap hati dan siap nikah, untuk pastikan diri dan calonnya.
Jadi khitbah-ta’aruf bukanlah produk substitusi pacaran, bukanlah pembungkus maksiat pacaran atas nama yang lebih Islami.

Jadi sebelum melakukan proses khitbah-ta’aruf, pastikan semua urusan telah diselesaikan, orangtua pahami niat kita dan merestui niat itu.

Sebelum melakukan proses khitbah-ta’aruf, perancangan juga sudah dibuat, bilawaktu nikah, proses nikah dan segala kaitannya.

Nah, bila semua sudah selesai dipastikan, maka saatnya memilih pasangan, memilihnya dari ribuan untuk satu kebahagiaan dengan tujuan mencari redha ALLAH.

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wanita dinikahi karena empat, harta, keturunan, kecantikan, dan agama, pilihlah yang beragama maka engkau akan bahagia” (HR Bukhari Muslim)

Jelaslah usul Nabi, bagi yang tujuan pernikahannya adalah redha ALLAH dan membangun keluarga sakinah, maka pilihan utama pada agamanya.

Saat pilihan sudah tetap, maka khitbah dilaksanakan. Hal ini adalah bertujuan meminta persetujuan kepada calon yang diinginkan, untuk menjadi pasangan hidupnya.

Bila izin sang wanita telah terucap, khitbah belum selesai sampai situ sahaja, ada redha walinya yang tetap menjadi syarat bagi yang melamar wanita.

Disini perlu interaksi dari pihak lelaki untuk datangi wali perempuan, sampaikan maksud dan niatnya, sampaikan perancangan yang telah disiapkan.

Tentu, perlu pula bagi wanita untuk yakinkan kedua orang tuanya sebelumnya, pastikan tidak ada masalah setelah ada pelamar bertamu.

Maka perlu kiranya, sejak awal saat akhwat telah merasa siap nikah, orang tua dikondisikan, agar tidak menyulitkan pelamar kelak.

Bila niatnya disambut baik oleh wali akhwat, alhamdulillah, khitbah telah terlaksana, akad nikah terbuka depan mata, lanjutkan ke ta’aruf. 

Beza ta’aruf dengan berpacaran adalah bahwa ta’aruf memiliki batas waktu yang jelas dan tetap iaitu akad nikah dan interaksi non-khalwat.

Mengenai batas waktu ta’aruf, tidak ada ketentuan, boleh jadi besok hari atau tahun depan. Lebih cepat lebih baik, serius itu cepat. Ya!! “SERIUS itu CEPAT.

Perlu ditambahkan bagi ikhwan dan akhwat, semakin panjang waktu ta’aruf, semakin besar potensi maksiat, selubungi pacaran atas nama ta’aruf. *na’udzubillah min dzalik.

Interaksi saat ta’aruf juga harus ditemani mahram, lelaki boleh menanyakan perkara yang menguatkannya untuk menikah, apapun itu.

Bagaimana interaksi melalui telefon dan sms?
Boleh selama ada keperluan. Pertanyaan seperti “sudah makan belum”, “sudah tahajjud belum” itu bukan termasuk keperluan. *astaghfirullah al ‘adzhiim wa atuubu ilaiih.

Hati-hati mengotori proses ta’aruf, karena khalwat boleh terjadi bahkan melalui telefon atau di sms, interaksi yang membuai dan sebagainya.

Ingat, ta’aruf itu tidak hanya pada wanitanya, tapi juga keluarganya. Boleh juga libatkan 2 keluarga untuk rencana nikah.

Untuk Para ikhwah, Selama ta’aruf fikirkan selalu, “apakah dia sesuai menjadi ibu dari anak-anakku kelak?”

Untuk Para akhawat, Selama ta’aruf fikirkan selalu, “apakah dia mampu mengimami dan melindungi?”

Perlu diingatkan sekali lagi, bagi para muslimin, lakukan khitbah-nikah saat sudah siap, bukan menyiapkan diri setelah khitbah-ta’aruf.

Bagi para muslimat, silahkan pantau yang melamar anda, bila persiapan belum ada, lebih baik diminta bersiap daripada masalah yang penuh dibelakang. *tegas, jelas ;)

Apakah kesediaan itu bererti miliki kerja? Tidak!

“Nafkah bukan syarat nikah, tapi kewajiban setelah nikah”
namun, bagi calon mertua itu penting. Orangtua hanya ingin anaknya lebih bahagia daripada mereka mungkin :) take it easy boy!

Apakah wanita boleh inisiatif mulai proses khitbah-ta’aruf?
“boleh, seperti Khadijah binti Khuwailid kepada Muhammad bin Abdullah” *Subhanallaah :) another power of woman.

Akhir kalam, khitbah-ta’aruf-nikah bukan untuk suka-suka, bukan pula permainan, niatkan hanya ALLAH yang tahu | semoga dimudahkan untuk menikah :)

~Post kontroversi.. AKU SEDIA MENIKAH.. ^_^

Tuesday, January 8, 2013

Setahun yang lalu...



Subhanallah. Pantas sungguh masa berjalan. 2012 telah melabuhkan tirainya dan 2013 mula menyapa kehidupan ummat manusia. Penulisan saya hari ni adalah kerana keterujaan saya mengenai peristiwa pahit yang berlaku pada saya setahun yang lalu. Benar, setahun yang lalu. Rasa macam baru je alami.. Fuhh!

Tarikh yang sama, tanggal 8 Januari 2012.. Peristiwa yang membuatkan diri saya sampai tahap x boleh tahan lagi dah. Perang besar dengan seorang muslimin yang panas baran sehingga merendahkan maruah saya sebagai seorang muslimat atas satu isu besar yang kami tangani bersama selaku kepimpinan mahasiswa waktu itu. Hingga lahirlah post saya bertajuk "izinkanku melepaskan nanie mujahidah pergi". Allahurabbi.. 

Tapi bila diulang-ulang baca luahan saya itu, kelihatan sungguh sengsara saya waktu itu. Saya pun telah melupaikan bagaimana rasanya. Sungguh epik post itu. Mujur saya mencoretkannya untuk menjadi tatapan anak cucu saya nanti.. ^_^ Apepun, kadang-kadang rasa lucu itu tetap ada. Lemah sungguh saya waktu dulu. Kini saya lebih matang. Kerana memegang amanah sebagai kakak kepada adik2 seperjuangan saya. Takdir saya untuk menjadi 'ahli' yang paling senior untuk memantau kepimpinan baru mahasiswa dan juga perjalanan gerak kerja dakwah kampus. Jangan salah faham, saya ini bukan siapa-siapa tanpa pertolongan dan rahmat Allah. Tidak banyak membantu pun untuk mereka, sekadar berkongsi pengalaman sedia ada selama 4 tahun bertapak di alam kampus. 

Alhamdulillah, masa juga telah bersilih ganti. Saya amat mengharapkan perjalanan tahun yang baru ini baik-baik sahaja hendaknya. Rasa lemah itu masih ada, namun kekuatan itu bertambah kali ganda untuk saya tetap bertahan dan bertahan agar air mata saya tidak gugur sewenangnya. Perkara biasa di jalan ini. Saya pun sudah berikrar untut setuju berada di dalamnya.

Moga Allah redha padaku juga pada gerak langkahku.

#Astagfirullah


Saya bersama adik-adik seperjuangan kecintaan saya. Alhamdulillah kasih ini bertaut di jalan dakwah.. ^_^

Saturday, January 5, 2013

Teguran "Cash" dari Allah..

::Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang::



Alhamdulillah masih bernyawa hari ini dan Allah masih menyayangiku dengan meletakkan diri ini dalam nikmat yang paling besar iaitu semestinya nikmat Iman dan Islam. Namun, adakalanya kita tidak menjadi hamba Allah yang terbaik. Seringkali silap dalam mengambil langkah dan khilaf membuat keputusan. Dan aku sungguh menyesali mengenai itu pada diriku. Adakala nya kita tidak menyedari langsung akan kesilapan yang dilakukan sehinggalah Allah menegur kita..

Doaku saban hari, "Ya Allah, pada Engkaulah tempat aku berserah segala perkara. Betulkanlah andai aku salah, ingatkanlah andai aku lupa, sedarkanlah andai aku lalai dan leka"

Dan ya! Aku menyakini Allah mendengar permintaanku.. 

Cash Dari Allah

Menjadi salah seorang hamba dari berjuta ummat manusia di bawah naungan Allah di muka bumi ini menjadikan diriku berasa kerdil. Aku ini bukan siapa-siapa. Mampukah aku mendapat pandangan Allah? Bisik hati kecil. Dan bagi sesetengah orang pula akan mengatakan, "Alah, ramai manusia kt dunia ni. Bukan Allah perasan pun aku buat ape." Nauzubillah. Ketahuilah  kita bahawa Allah tidak akan terlepas walau satu zarah sekalipun dari seluruh benda yang ada di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud:

"Kepunyaan Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan) Allah yang Maha Meliputi segala sesuatu." (Surah an-Nisa: ayat 126)

Benar, aku seringkali mendapat teguran cash dari Allah. Perkongsian ini bukanlah untuk aku merintih dan mengatakan, "ARGHH!! buat ini x kena, buat itu x kena. Sekali dapat balasan cash Allah bagi. Ambik kau!". Bukan begitu. Tetapi post ini atas niat sebagai tanda peringatan bersama bahawa Allah sentiasa melihat kita semua. Dan aku bersyukur kerana Allah tidak ingin membuatkan aku terus lalai dan terus-menerus melakukan dosa dan kesilapan yang sama, makanya diberikan aku teguran direct dari langit.

Setiap kali tersalah dalam bertindak, pasti Allah memberi balasan on the spot terhadap diriku. Banyak sangat peristiwa yang aku lalui begitu pengakhirannya. Sebagai contoh, kalau ada tertinggi suara sikit pada mak, mesti beberapa ketika kemudian jatuh tersadung la, x pun jatuh motor la dan macam2 kifarah dosa dapat. Kadang-kadang kalau ada sakitkan hati kawan, lepas tu ada je benda tak kena berlaku pada diri. Dan kejadian-kejadian seumpama ini membuatkan aku sentiasa muhasabah diri dan menginsafi dosa-dosa lalu. Bisikku di dalam hati, "Ya Allah, jika balasan2 ini yang terbaik buat aku, maka Engkau ringankanlah azab buat ku di hari akhirat kelak atas dosa-dosa yang aku lakukan ini".

Aku cukup bersyukur untuk apa yang Allah telah berikan. Bagiku, segala ujian kesusahan dan kesulitan yang dilalui adalah juga sebagai kifarah dosa untuk apa yang telah aku lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Ya, sebagai tanda peringatan dan amaran buat ku. Kerana itu, hari-hari dalam kehidupan yang dilalui, aku sentiasa berhati-hati bimbang ada melakukan khilaf tanpa disedari.

Dan ketika ini, hatiku cukup resah gelisah. Makanya, aku tahu bahawa sebentar tadi pasti aku ada melakukan sesuatu yang tidak patut aku lakukan. Setelah meneliti perjalanan diri pada hari ini, ya baru aku tahu. Memang benar aku ada melakukan khilaf. Aku lupa pada Allah. Aku letakkan Allah sebagai perkara sampingan. Aku banyak meluah di dalam laman Facebook tika aku dalam perasaan emosi kerana terasa dengan perlian sahabat. Walaupun aku menjadi mangsa perlian bukan orang yang memerli, namun aku tetap salah kerana tidak mengadu pada Allah. Sepatutnya aku cari Allah terlebih dahulu! Ya Allah, ampunkan aku.. Teguran cash Allah beri. Daripada hati yang tidak merasa apa2 bisa berubah menjadi gelisah yang amat seolah2 kematian itu sedang mengintai2 aku. Begitulah yang aku rasakan.



Moga Allah redha padaku. Aku ini penuh dosa. Astagfirullah. 


Monday, December 10, 2012

Adakah aku persis Serikandi Islam, Rabiatul Adawiyah??

بسم الله الرحمن الرحيم



“Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu.”

Begitulah doa yang diucapkan oleh Rabiatul Adawiyah ketika merintih kepada Allah di waktu sunyi sepi.   Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya. Ada orang bertanya kenapa Rabiatul Adawiyah mudah menangis? Beliau menjawab, 


“Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”



Allahurabbi.. Allah lahirkan perasaan itu juga padaku. Hari-hari yang aku lalui dalam hidupku dirasakan seperti kurangnya penghambaanku dan ibadahku pada Allah rabbul Jalal. Bukannya aku melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan sebagainya nauzubillah. Namun, hanya kerana tertinggal berjemaah di masjid sudah cukup membuatkan air mata ini tumpah. Kecewa dengan diri sendiri yang sebegitu. Apatah lagi, jika lalai atau terlupa pada Allah seketika sahaja, lebih deras tangisanku. Merasakan beratnya bebanan dosaku, sehingga aku meluahkan pada sahabat, "sekiranya aku menangis sehingga buta sekalipun, masih banyak dosaku yang tidak terampun". Bergenang air mata di kelopak mataku saat keluar bait-bait kata itu dari mulutku..

Aku banyak dosa. Aku bimbang Allah murka padaku. Hari-hariku disisipi dengan linangan air mata kekecewaan terhadap diri. Aku bukan hamba Allah yang terbaik, begitulah luahan ku setiap kali usai menunaikan solat. Solat juga tidak khusyuk walaupun sedaya upaya aku berusaha, makanya selepas solat juga akan ada air mata yang jatuh berjurai dari mataku.. Ya Allah, andainya air mataku ini mampu memadamkan api neraka yang kelak akan membakarku, engkau selamatkanlah aku..

Kini aku sedang di dalam fatrah diuji cinta manusia. Bukan kini sahaja, beberapa tahun lalu juga aku diuji dan aku berjaya mengharunginya seketika. Fitrah itu telah hadir mengetuk pintu hatiku. Tetapi ianya tidak menjadi sesuatu yang menggembirakan buatku. Walhal, aku kerap kali menangis kerananya. Masakan aku sanggup menduakan cintaku pada Allah. Kerana bagiku, Allah adalah kecintaanku, Dialah matlamat utama hidupku. Sehinggakan aku pernah menangis sambil berdoa, " Ya Allah, Engkau buangkanlah perasaan ini jauh dari ku. Ianya membuatkan aku tersiksa kerana aku malu mencari cinta manusia sedangkan cintaku pada Engkau entah ke mana". Namun, aku ditegur oleh sahabat. Katanya, perasaan itu anugerah yang Allah campakkan dalam hati-hati kita. Jangan pernah menolak fitrah itu kerana ianya umpama kita menolak nikmat Allah.

Bagi Rabiatul Adawiyah, cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Saya juga sependapat dengannya. Rabiatul Adawiyah tidak berkahwin kerana cinta Allah melebihi cintanya kepada insan bergelar lelaki. Mungkinkah aku ditakdirkan untuk begitu?? 

Banyak persamaan antara kami. Adakah aku persis Rabiatul Adawiyah?? Namun, aku tidak layak jika dibandingkan dengan Serikandi Islam ini. Aku bukan siapa-siapa. Banyak kekurangan diriku walaupun orang melihat aku gah dihadapan mereka. Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Beliau merindui Allah sepanjang masa. Mencintai Allah segenap ruang hati. 

Ya Allah, cinta dalam jiwaku hanyalah padaMU. Maafkanlah bila hatiku tidak sempurna mencintaiMu. Di dalam dadaku, aku berharap hanya Engkau yang bertakhta..

Detik waktu terus berlalu. Malam ini, aku berjalan melewati hujan yang turun untuk menuju ke masjid. Aku menangis, tiada siapa yang menyedarinya. Soal masa depanku, biarlah Allah yang tahu. Cukuplah Allah bagiku..

~mengambil keputusan, esok aku akan hubungi ibuku untuk meminta izin memakai niqab jika itulah yang terbaik untuk menjaga peribadiku~

::AKU SANG PENDOSA::

Wednesday, October 24, 2012

Tuan Guru: adakah masa untuknya semakin hampir?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini, saya terbaca satu kata-kata yang cukup menggetarkan hati dan membuatkan saya menjadi sebak..

"Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada". Kata-kata yang dilontarkan oleh seorang tokoh Ulama' yang disegani di bumi Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang."

Hal ini pernah menjadi kebimbangan saya suatu ketika dulu apabila melihatkan sosok tubuh beliau yang semakin tua. Getus hati saya, masa untuknya meninggalkan kita pasti tiba. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Lalu saya menjadi sebak memikirkan di manakah kita dapat mencari pengganti yang serupa mahupun lebih hebat dari beliau? Allahurabbi..

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati." [Qs.Al-imran:185]

Namun, perasaan itu saya ketepikan. Kataku pada diri, Tuan Guru masih mampu berdiri gah memperjuangkan hukum-hukum dan syariat Islam. Moga Allah memberi kesihatan dan kesejahteraan padanya.. 

Hari ini, kata-kata itu keluar dari mulut Tuan Guru sendiri. Adakah beliau ingin memberi tahu pada kita bahawa masanya juga semakin tiba?? Tika ini, terngiang-ngiang di benak fikiran saya mengenai peristiwa khutbah terakhir Rasulullah S.A.W sehingga membuatkan saya menitiskan air mata..

Khutbah Baginda disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
Baginda berkata: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."
Di akhir kalamnya, Baginda berkata, "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
Antara tanda kiamat yang kecil adalah salah satunya semakin ramai orang-orang soleh yang meninggal dunia..

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran" - Riwayat Ahmad


~Moga Allah memberi kesejahteraan dan kesihatan buat Tuan Guru dan perjuangannya beroleh redha Allah..

Sunday, October 7, 2012

Benarkah ingin berjuang? Tapi mengapa engkau...


Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian..

Engkau ingin berjuang,
Tapi rosak oleh pujian..

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban..


Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan..

Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pimpinan..

Engkau ingin berjuang,
Tapi menjadi pengikut agak segan..

Engkau ingin berjuang,
Tapi kerehatan tidak sanggup engkau korbankan..

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan..

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan..

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan..

Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan..

Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan..

Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan..

Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan..

Dan yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan…


MUHASABAH BERSAMA~

Wednesday, August 22, 2012

Pesanan Abi buat kamu..



Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab....
bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..

apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan.

Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....

unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan (kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...

yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....

Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerin duan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...

membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..

seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum engkau dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

Fikir2kanlah wahai ABNAUL HARAKAH.. 

~kini aku takut untuk rasa kecewa, rapuh dan derita kerana sudah pasti aku akan tahu bahawa itu kerana dimana perginya Tahajjudku, bagaimana hubunganku dengan Penciptaku, apa cerita dengan qiamku, mana aku abadikan bacaan al-quranku..

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH JALANKU MENUJU REDHA MU.. AMEEN.. 

nanie mujahidah

Tuesday, August 7, 2012

::Ketika Allah Menciptakan Wanita::





Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah pelbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kemudahan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak perkara luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya..,betul...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"


~Allahurabbi.. Moga Allah redha padaku, dalam perjalanan hidupku menjadi muslimah solehah.. InsyaAllah. Ameen Ya Rabb..~