Malam itu berlalu seperti malam-malam biasa. Namun, sedikit bezanya apabila hati ini cukup bersungguh untuk bertemu pemilik cintaku, Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Ya, terlalu cukup bersungguh..
Dan sebelum merebahkan diri di pembaringan dan kain selimut ditarik rapi, kedua tapak tangan ditadah kemas dan hasratku diluahkan.. Ya Allah, moga malam ini aku dapat tidur seketika dan bangun untuk menghadapmu di sepertiga malam terakhir. Dan mataku mula terlelap mula meninggalkan alam nyata..
Maka bermulalah mimpiku.. mimpi yang tidak pernah dialami sebelum ini. Takjub.. Kaku.. Ya, mimpiku penuh diselubungi dengan alunan bacaan surah Muzzammil..
yang bermaksud:
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit. Satu perduanya atau kurangilah daripadanya sedikit. Atau lebih daripadanya. Dan bacalah al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami (Allah) akan menurunkan kepada engkau perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan. Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari, urusan yang panjang. Sebutlah nama Rab (Tuhan) engkau, dan beribadahlah kepada-Nya (kepada Allah) dengan sebenar-benar ibadah.
Namun, dengan fikiran yang tidak mampu berjalan, jiwa yang kekosongan, akhirnya terasa diri tenggelam dalam keheningan malam. Tiba-tiba aku tersedar dari tidur.. rasa sungguh sekejap lelapku itu. Allahuakbar.. pukul 6.30 pagi.. lalu bergegas mengambil wudhu' untuk menunaikan solat subuh.. usai solat, aku termenung jauh mengingati perjalanan tidurku.. Dengan rasa yang cukup hiba kerana hasrat hati yang terlalu ingin berqiamullail malam itu telah lesap dengan terjaganya dari tidur yang boleh dikira sedikit lewat.
Dan aku cuba muhasabahkan diriku dan termenung jauh.. Ya, malam tadi aku telah bermimpi surah Muzzammil. Surah buat orang-orang yang berselimut agar bangkit menghadap Allah Azza Wajalla. Allah.. Allah.. Hinanya aku.. Tidakkah aku sedar bahawa itu adalah lamaran Allah buatku.. Ya, buat ku, orang yang berselimut. Namun aku tewas dengan keenakan tidur. Sungguh cukup malu di hadapan Allah. Aku telah meluahkan rasa cintaku, namun bila ALlah melamarku, aku hanya diam seribu.. Moga Engkau ampunkan dosaku Ya Allah dan memberi kesempatan waktu untukku bermunajat padaMU di sepertiga malam terakhir..
Dan pada malam itu, lamaran buat "Muzzammil" telah ditolak.. Maafkan ku Ya Allah..
5 comments:
allah, terkesan sungguh sahabatku..tp tkejut ckit tgk tajuknya^_^
betul3.. agak terkejut gak, ingat 'muzammil' tu..
ukhti hazira dan ust fahmi: saja buat gempak.. :) doakan la yang terbaik untuk ana.. :)
salam,k.nanie syg. Jannah mintak izin copy entri ni deh, sangat terkesan dihati...
saya baca kali ke 2 baru faham :)
Post a Comment