Friday, December 31, 2010

2011: Mahasiswa Bangkit!!

Salam Mahasiswa.


Detik 2011 hampir tiba. Menuju era baru ke arah kebangkitan mahasiswa. Ayuh sahabat2.. kita buktikan kredibiliti mahasiswa. Tumpaskan kebatilan, tumbangkan kezaliman, hapuskan sistem korup. Moga menjadi sejarah 2011 bumi UKM menjadi TAWANAN kita. 

Tidak salah untuk meletakkan impian yang tinggi. Sedangkan ketika perang Ahzab, sewaktu tentera2 Islam sedang menggali parit, sempat Rasulullah berkata bahawa satu hari nanti Kota Constantinople akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Walaupun pada saat itu, perang Ahzab sendiri belum berjaya dimenangi. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 

Wahai pejuang2 agama Allah, persiapkan tarbiyah dalaman kalian dan kebersediaan kalian. Letakkan pengaduan dan pengharapan yang tinggi pada Allah. Ringankanlah kaki untuk berjihad di jalan Allah. Indahnya hidup berlandaskan Islam.

Hidup.. hidup.. mahasiswa!! 

SEJARAH KEGEMILANGAN MAMPU PASTI BERULANG!!!

   Go to fullsize image




Go to fullsize image                              

Wednesday, December 29, 2010

Bila demam BOLA melanda...

Salam perjuangan buat sahabat2 tercinta.. tidak lupa juga buat barisan pasukan bola sepak Malaysia yang bertungkus lumus memastikan kemenangan buat negara tercinta dijulang dengan penuh bangga.. tahniah.. tahniah.. terbaik dari ladang..

Semestinya sahabat2 merasa hairan mengapa tiba2 saya berbicara soal bola. Saya bukanlah seorang yang meminati bola sepak. Namun, jari jemari ini tergerak untuk berbicara tentang bola yang sejak dua tiga hari ini menjadi kegilaan rakan2 mahasiswa saya di kampus. Sekadar membuktikan bahawa saya juga peka dan cakna akan isu-isu terkini negara taw. Jadi, kiranya saya bukanlah antara golongan yang diistilahkan sebagai "katak di bawah tempurung". Tidak sama sekali.. yeye..

Saya yakin dan pasti setiap penyokong bola sepak negara berasa sungguh gembira dengan kejayaan Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kalinya setelah mengidam untuk memilikinya dalam jangka masa yang terlalu lama. Dan untuk mencapai matlamat ini, semestinya telah banyak latihan yang mereka jalani dan beberapa strategi serangan juga telah dibentuk bagi menguatkan pertahanan. Bila memikirkan situasi ini, pemikiran saya terlajak jauh tentang soal kita hendak memenangkan pegangan tercinta kita iaitu Islam. Alangkah indahnya jika kita juga bersemangat untuk melihat kemenangan Islam seperti mana kita bersorak untuk menyemarakkan roh kemenangan pasukan bola sepak negara. Bahkan, untuk mencapai kegemilangan Islam ini, ummat Islam perlu merangka strategi seperti mana pasukan bola sepak lakukan untuk menawan pintu gol di pihak lawan. Kita juga perlukan latihan baik dari segi fizikal mahupun rohani untuk kemenangan Islam. Mengapa ye kita ada demam BOLA tapi x de demam JIHAD.. iaitu usaha kita untuk menjulang Islam baik di dunia, atau skop lebih kecil Malaysia.. dan mungkin lebih mudah lagi mengapa tidak di kampus.. 


Kembali semula bab bola.. hehe.. jauh saya melencong nampaknya sebentar tadi. Bagi saya, sukan bola ini merupakan satu sukan yang unik dan ada kebaikan terpancar sebenarnya di sebalik sukan ini. Kalau bab badan menjadi sihat dan cergas tu memang semua pun sudah sedia maklum. Tapi jika saya, saya melihat ada satu interaksi sesama pemain dalam sukan bola sepak ini yang boleh aplikasikan dalam konteks wehdatul fikr dan wehdatul amal. itu diaa.. iaitu kesatuan pemikiran, dan kesatuan tindakan.. ha, sape setuju dengan saya.. Cuba sahabat2 fikirkan, untuk menjaringkan gol, setiap pemain perlu tahu arah tuju rakan pemain yang lain untuk passing bola. Jika mereka x de kesatuan pemikiran, saya yakin, mesti bola itu akan bergolek kesedihan tanpa ada yang menyepaknya.. dan dari segi kesatuan tindakan pula, saya melihat mereka sama2 hendak menjaringkan gol. kerana untuk menuju ke pintu gol, memerlukan beberapa pemain, bukannya seorang sahaja kan.. jika tidak, habislah bola dirampas pihak lawan yang rakus.. 

Begitu jugalah kita yang berada dalam saff kepimpinan mahupun perjuangan. seperti mana kita lihat dalam bola sepak ini, kita juga perlu aplikasikan dalam rentak harian kita bagi mencapai kemenangan Islam. Ya, semestinya kemanisan wehdatul fikr, wehdatul amal akan kita rasai sepertinya kita merasa gembira menjulang piala Suzuki 2010 kerana atas kesatuan itulah, menjadi salah satu kelebihan untuk mereka memenanginya. Dan saya yakin, jika tanpa kesatuan ini, dan andai pasukan Malaysia kalah tempoh hari, mesti masing2 akan menyalahkan sesama sendiri seperti "kenapa kau x jaga sayap kanan?" atau mungkin "kenapa kau keluar dari tempat pertahanan" dan mungkin juga "asal kau x sambut bola? aku passing bola kat kau td. kan dah terlepas..ish!" kalau ada istilah2 tentang bola sepak yang saya salah, maaflah ye sbb saya ni x reti sangat tentang bola.. =)

Selain itu, mungkin sahabat2 juga dapat melihat seperti mana yang saya lihat. melalui sukan ini juga boleh lahirnya ukhwah yang mantap. Ya, ukhwah sesama lawan. Mungkin jika ahad yang lepas, Malaysia bersaing dengan pasukan Indonesia, dan saat ini mereka bertambah akrab kerana masing2 hendak berkongsi kemahiran atau skill untuk penambahbaikan diri pada masa akan datang. Begitulah apabila kita bekerja dalam satu jemaah, susah senang bersama akan menjadikan kita semakin hari semakin sayang dengan sahabat2 kita. Kerana masing-masing saling melengkapi dengan kelebihan berbeza yang dimiliki. Begitu juga dengan lawan kita. Walaupun permainan sudah tamat dan pemenang telah diketahui, janganlah kita bermusuh. Kita perlu menjalinkan hubungan yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah setelah memenangi peperangan dan berjaya menawan beberapa orang pihak musuh. Rasulullah melarang untuk kita menghukum mereka tetapi melayan mereka dengan baik sehingga akhirnya mereka tertarik dengan Islam. 

Namun, yang tidak sedapnya saya  perhatikan, ukhwah sesama penyokong kedua-dua buah negara yang makin renggang terutamanya penyokong dari Indonesia yang menuduh bukan2 terhadap Malaysia. Pelik sungguh, orang lain yang bermain, orang lain yang emo.. Walaupun begitu, saya tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana biasalah, kalah menang adat permainan. Yang menang akan melonjak gembira dan yang kalah pasti akan ada rasa tidak puas hatinya. Saya yakin kalau Malaysia kalah tempoh hari, pasti akan berlaku perkara yang sama. Alamak, x berniat nak bersangka buruk tapi itulah realiti yang sering terjadi bukan.. Yang penting janganlah kita terlalu taksub dengan mana2 kumpulan kerana nah, saya bimbang perkara yang lebih buruk dari ini akan berlaku.

Firman Allah S.W.T,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan Barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim..( QS . Al  Hujurat :11 )  

Allah  telah  memuliakan  kita  semua  dengan  agama Islam sehingga kita menjadi ummat yang  bersatu  dalam  suatu persaudaraan dan suatu ikatan ukhuwah Islamiyah yang besar. Dengan dorongan semangat ukhuwah Islamiyah, kita dapat meraih bermacam2 kebaikan. Oleh sebab itu, jika kita lihat gejala2 yang akan membawa kita kepada perselisihan, pertentangan dan perpecahan, hendaklah kita segera memberi peringatan, sekaligus  disertai  dengan  usaha2 pencegahan, agar kita tercegah dari bencana permusuhan dan perpecahan, kerana perpecahan itu akan membawa kemunduran dan kehancuran.


Wah, dahsyat juga saya. Dari bola sepak, saya telah interpretasikan kepada penggabungan kita dengan Islam itu sendiri. Fikir-fikirkanlah sahabat2. Kadang-kadang kita jangan melihat sesuatu tanpa berfikir mengenainya. Sebagai contoh bola sepak ni. Ianya bukan sekadar bola semata-mata, namun banyak perkara yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam misi kita ke arah MARDHATILLAH.. InsyaAllah.

Akhirnya,  marilah kita  berdoa  agar Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada kita semua  untuk  melaksanakan   segala   yang   diperintahnya ,  sehingga tercapai tujuan hidup kita iaitu bahagia dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabb.

p/s: penangan musim demam bola, tulisan saya pun dah jadi ada unsur-unsur bola.. harap2 lepas ni bukan makan bola, tido bola.. =)



Salam kasih abadi,

nanie mujahidah,
ISIUKM..

Sunday, December 26, 2010

Budaya Ikutanisme dorong Ritual tanpa Spiritual..

Seorang ketua sami tinggal di dalam kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Kemana sahaja ketua sami itu pergi, si kucing akan ikut bersama.

Namun, keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila ketua sami itu sedang menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. konsentrasinya sering ternganggu apabila kucing kesayangannya itu menggesel dan mengelus-gelus disisinya.



Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan, dia akan mengikat kucing di sebatang tiang di tepi kuil. Begitu la hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan. Perlakuan ketua sami itu sering diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.

Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru pula dilantik. Begitu pun, setiap kalo ketua sami yang baru hendak mengepalai upacara penyembahan, beliau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga.

Tidak berapa lama kemudian, kucing itu pula mati. Ironisnya, ketua sami yang baru ini mencari kucing lain sebagai pengganti, dan diikat juga pada tiang yang sama setiap kali penyembahan berhala. Begitu la rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan ketua sami datang dan pergi, silih berganti. Akhirnya terciptalah satu ritual dalam agama tersebut; setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari seekor kucing untuk ditambat pada tiang kuil.

Pengajaran:

Sering berlaku dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap TAKLID secara membuta-tuli. Penganut di belakang hari kerap menjadi pak turut tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa di sedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat. Nah, lihatlah akibatnya pada akhir zaman ini, Islam hanya ada pada nama bukan pada akhlak, kefahaman dan segalanya. Begitu juga agama lain. Ana pernah bertanya pada seorang penganut agama Kristian tentang agamanya. Dan dia menjawab, "entahlah, saya ikut nenek moyang saya je". 

Tanpa kefahaman, ana yakin bila2 masa sahaja sahabat2 akan mudah merasa goyah, malah pada satu tahap yang terlalu kritikal, mungkin sahabat2 akan ada perasaan syak wasangka dan tidak yakin terhadap Islam. Ana sarankan agar rakan2 cuba memahami kembali tujuan kita menganut Islam dengan mengulang dan menghadam buku tulisan Fathi Yakan yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam".. wallahua'lam..

p/s: fuhh, sempat pulak promote buku.. Jom bedah buku ni.. =)


Friday, December 17, 2010

Di ambang Maut... "Mati VS Syahid"

                     (Surah Al-Ankabut, 57)

Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

Diberi kesempatan untuk merasai saat2 kematian menjemput membuatkan diri berasa cukup kerdil dan belum bersedia dengan amalan yang sedia ada untuk bertemu Allah. Namun, pada tika itu, untuk mengundur ke belakang sudah tiada guna lagi. Begitulah yang berlaku pada diri ana saat mati mahu terus menjadikan ana sebagai pasangan tanpa mengkhitbah terlebih dahulu. Di sebuah tasik di Malaysia, ana hampir lemas ditenggelami air dalam satu aktiviti tarbiyah bersama sahabat2. Mungkin ini salah satu tarbiyah yang Allah mahu tunjukkan pada diri ana kerana kebersediaan yang kurang untuk ditarbiyah sebagai Dai'e Ilallah. Kerana tidak dapat menyeimbangkan badan, ana terkapai-kapai mencari sahabat2. namun, ana menjadi semakin lemah dan sempat bermain di fikiran ana adakah aku ini syahid? saat ana pasrah untuk menamatkan saki baki nafas akhir dan mula menuturkan kata syahadah, akhirnya sahabat2 menarik ana dari air dan menyelamatkan ana.

Namun, bukan kisah ini yang ana mahu kongsikan. Apa yang hendak ditekankan adalah ana diberi peluang kedua untuk hidup agar terus teguh menyebar dakwah pada ummah yang semakin parah. Kerana saat itu, ana terlalu tertekan dan mahu lari dari ditarbiyah. Dan yang paling utama adalah untuk mengejar syahid fisabilillah. Ya, ana yakin ana diberi peluang untuk merasakan syahid bukan sekadar mati menamatkan kehidupan dunia semata-mata. 

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Sahabat2 yang ana kasihi sekalian, ingin ana nyatakan bahawa apa yang kita kita kerjakan itulah yang akan menentukan sama ada kita mati atau kita syahid. Jika kita yakin bahawa dakwah dan perjuangan kita ini adalah jihad, yakinlah juga bahawa kita akan syahid. Janganlah sahabat2 lari dari jalan dakwah ini. Mahukan kalian sekadar mati tanpa menegakkan kalimah Allah? Ya, kita mungkin tidak mengangkat senjata seperti yang dilakukan pejuang agama Allah di Palestin, Gaza, dan seperti di zaman Rasulullah, namun waqi' kita memerlukan kita menyebarkan Islam dengan kebijaksanaan, strategi, dakwah serta siasah. Kita perlu yakin itu adalah jihad, dan InsyaAllah kita mengejar syahid. Menuntut ilmu juga satu bentuk jihad. Maka janganlah kita serik meneguk ilmu Allah.

Dan mungkin ada sesetengah yang tidak mahu berada di jalan perjuangan kerana bimbang akan mati tanpa merasa puas menikmati dunia. Bukankah jika kita memperjuangkan kalimah Lailahaillallah itu, kita akan dihidangkan dengan 2 nikmat, sama ada menang atau syahid.. Moga kita semua menemui mati dalam keadaan yang diredhai Allah. Untuk itu berbuatlah berbagai macam kebaikan sebanyak-banyaknya sehingga saat ajal memanggil, tidak akan hadir kerisauan yang ada hanya kepasrahan dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan-NYA. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah S.W.T.

Akhir kalam, ana sentiasa berdoa pada Allah, walaupun ana tak layak bergelar pejuang agamaNya kerana kurangnya Qiamullail, kurangnya thaqofah, tidak mantapnya tarbiyah diri, sikitnya pembacaan haraki dan ilmu ukhrawi, namun PRJUANGAN itu adalah kecintaan ana. Walaupun ana tak layak berdiri sebaris dengan pejuang2 agama Allah yang lain kerana tidak hebatnya ana berbanding mereka, kurangnya amalan ana berbanding mereka, namun MATI SYAHID adalah cita-cita ana. Moga diri ini terus tabah melawan mehnah dan tidak sekali-kali menjadi fitnah buat Islam. Sesungguhnya janji Allah itu pasti buat hambaNya. Allahuakbar!


Muhasabah bersama,
nanie mujahidah..

Saturday, December 4, 2010

4 hari bersama Profesionalis Quranik dan Para Pencari Tuhan..

بسم الله الرحمن الرحيم

salam perjuangan buat semua sahabat2 kecintaan ana khususnya para daie ilallah sekalian. Kembali mencoretkan perjalanan hidup sebagai salah seorang abnaul haraki, sukalah ana untuk berkongsi pengalaman yang ana perolehi sewaktu menjadi fasilitator dalam satu program anjuran kerajaan negeri yang ana kira cukup baik dan kemas dalam melahirkan bakal2 ilmuan yang gemilang. Menelusuri program Kem Tunas Ilmuan Selangor yang diadakan pada 29-2 Disember 2010 yang lepas, di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, ana kira objektif yang disasarkan telah berjaya dicapai iaitu untuk melahirkan golongan ilmuan berteraskan sejarah2 ilmuan silam yang berjaya membawa Islam ke Zaman Kegemilangan dan mencetus peralihan Barat ke Zaman Pencerahan hasil celupan dari teori2 yang dilakarkan ilmuan Islam.

Program yang disertai oleh gabungan pelajar maahad tahfiz dan sekolah yayasan Selangor menjadikan ana lebih tertarik untuk menjadi sebahagian dari penggerak program ini. Ditambah pula dengan pengisian program yang memang berbentuk ilmuan seperti Eksplorasi Al-Quran, Jejak Ilmuan Silam, The Power Of Solat, Lawatan ke universiti UKM, UPM, Unisel dan Pusat Sains Negara, Penulisan Buku Ilmuan Silam, dan banyak lagi ceramah2 motivasi yang bermanfaat dan sebagainya.

Mengapa ana katakan ana menghabiskan masa bersama para profesionalis Quranik dan Para pencari Tuhan? Ini kerana ana dapat melihat kesungguhan mereka dalam mengizzahkan Al-Quran dan ketekunan mereka untuk mendalami Islam itu sendiri. Baik yang sudah sedia menjadikan Al-Quran sebagai santapan rohani mereka setiap hari mahupun yang kurang mengamalkannya. Sebab itulah persepsi ana pada mulanya apabila bersama adik2 dari Yayasan Selangor, ana yakin bahawa merekalah insan2 terpilih. Walaupun kemungkinan orang lain memandang mereka sebagai biasa2 sahaja, dengan melihatkan kenakalan mereka, ke'otai'an mereka bak kata orang2 muda zaman sekarang.. hehe.. namun ana cukup teruja dengan kebersediaan mereka dalam menghadiri program tarbiyah selama 4 hari ini. Hal ini sudah cukup menjadikan mereka antara golongan yang benar2 mencari hidayah itu sendiri. Percayalah adik2.. akak katakan bahawa adik2 adalah terbaik! You are amazing!!! u know! (^_^)


Saat yang cukup bahagia bagi ana adalah sewaktu slot Eksplorasi Al-Quran dijalankan iaitu bilamana para peserta dikehendaki mencari di dalam Al-Quran tentang ayat2 yang mempunyai hubung kait dengan tajuk yang diberikan bagi setiap kumpulan. Contohnya seperti tajuk alam sekitar, pemakanan, teknologi dan lain2. Saat itu, ana melihat rahmat Allah yang cukup meluas apabila para peserta bersungguh2 menelaah Al-Quran untuk mencari ayat2 beserta maknanya. Ana cukup terharu bilamana menyaksikan adik2 dari Yayasan Selangor yang nakal secara luarannya tapi mempunyai hati yang cukup suci sanggup meminjam tafsiran Quran milik sahabat Maahad Tahfiznya untuk bersama2 menunjukkan komitednya di dalam program ini. Allahuakbar, betapa manisnya saat itu Ya Allah.. 


Ya, ana yakin manusia perlu memainkan peranan dalam menonjolkan persepsi yang benar terhadap seseorang. Lebih mudah untuk ana katakan, kita perlulah husnuzzon atau bersangka baik terhadap seseorang.  Mungkin adik2 ini kelihatan sosial dan nakal tidak seperti pelajar Maahad Tahfiz. Namun, kita x boleh sewenang-wenangnya menghukum mereka. Tulus dari hati ana mengatakan, tahniah adik2 kerana berjaya menghadiri program ini kerana melalui program ini lah adik2 dapat belajar untuk solat berjemaah, mendapat pengisian ilmu, mendekatkan diri dengan ayat2 cinta Allah sambil bergembira dengan diselitkan aktiviti2 outdoor yang menyeronokkan. Malah, ana dapat melihat betapa adik2 cukup menghargai ilmu2 baru dan tarbiyah yang diperolehi berdasarkan perubahan yang cukup baik yang adik2 tunjukkan di akhir program. Mabruk alaikum!


Mentarbiyah sambil ditarbiyah. Itulah kata2 yang sentiasa ana pegang tatkala menguruskan sesuatu program tarbiyah kerana bimbang niat yang lari dari dasarnya. Memang benar frasa keramat ini kerana banyak yang ana dapat hasil pentarbiyahan itu. Berasa kerdil apabila memperolehi ilmu baru kerana atas kesedaran banyak lagi ilmu yang belum diterokai. Melalui program inilah, ana lebih mendalami keperibadian tokoh Ibnu Haitham memandangkan kumpulan yang ana kendalikan diberi nama itu. Malulah ana jika ana tidak tahu sedangkan ana yang memilih nama itu kan.. hehe.. Sahabat2 tahu x bahawa Ibnu Haitham lah yang pertama menulis buku mengenai perubatan mata? dan beliau jugalah yang menulis teori berkenaan pembalikan cahaya dan pembiasan cahaya sehingga teorinya ini dicelup oleh saintis Itali untuk menghasilkan kanta pembesar pertama di dunia.. Ana tidak akan dapat pengetahuan ini jika ana tiada di program tersebut. Subhanallah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..


Harapan ana, kepada adik2 profesionalis Quranik, manfaatkanlah Al-Quran sebaiknya. Moga menjadi hafiz/hafizah yang cemerlang untuk mengangkat martabat Islam. Buat adik2 Yayasan yang terlalu bersemangat meneroka ilmu Islami, teruskan usaha kalian. Moga menjadi insan yang hebat dalam menjulang Islam. Ya, semestinya Islam yang kita junjung bukannya bangsa kerana janganlah sahabat2 lupa bahawa satu masa dahulu Islam pernah menakluk dua pertiga dunia. Tidak lupa juga, ana cukup gembira dapat membina ukhwah bersama orang2 hebat seperti syeikhul kabir ustaz hasnur lepasan DQ, ustaz lutfi KUIN, ustaz Muslim KUIN, ustaz taufik (ketua fasi), syeikhah kabirah kak izah master UPM, lepasan Azhar kak syidah,  kak jannah KUIN dan sahabat baru ana fatima UKM KL. Moga ana juga menjadi hebat seperti mereka. Ameen Ya Rabb. Moga segala ilmu yang kita perolehi dimanfaatkan sebaiknya. Salam perjuangan buat sahabat2 dan adik2.. moga bertemu lagi satu hari nanti.. InsyaAllah.. hubbukum fillah..


Akhir kalam, ana nak menekankan pada sahabat2 seperti mana yang ana sampaikan pada ahli kumpulan ana, bilamana kita ada matlamat yang jelas, kita akan teruja berusaha ke arah matlamat itu kerana ia telah sampai ke mata hati kita.. Clear vision, mata hati.. (sambil membuat gaya) ~hanya kumpulan ana je yg tahu gaya ana mase sebut ayat ni.. hehe..


p/s: fuh, ingatkan nak buat karangan pendek je.. x sangka jadi panjang.. kui33.. x pe.. sharing is caring.. =D






Kasih abadi,


nanie mujahidah..


Wednesday, November 24, 2010

Kenapa mesti ada neraka kalau Allah itu Maha Baik?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam jihad buat sahabat2 kecintaan ana. Untuk pengisian kali ini, sukalah ana untuk berkongsi sesuatu yang ana perolehi sewaktu sedang membaca artikel2 di laman sesawang sebentar tadi. Persoalan ini pernah diajukan kepada ana oleh seorang mad'u, jadi ana berpendapat tidak mustahil jika ianya juga akan menjadi tanda tanya pada sahabat2.. Jadi, moleklah jika ana berkongsi jawapan2 yang ana perolehi yang ana lihat sedikit sebanyak dapat membantu kita berfikir secara telus dan rasional akan pertanyaan2 yang jika kita salah mentafsir dan tidak bijak dalam memberi penjelasan, mampu menggoyahkan aqidah sebagai seorang Muslim. 

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

It's your turn!!

Salam perjuangan.. hari ini hari ketiga peperiksaan SPM berlangsung. Ini bermakna, hari ketiga juga adik lelaki saya berjuang memuntahkan segala ilmu yang diperolehi.. Sejak akhir-akhir ini, soleh jugak dia ye.. nak exam la katekan. 


Adik lelaki saya ni misteri jugak kadang2.. selalu kalau ujian bulanan atau peperiksaan kat sekolah, mesti dapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Tapi bila peperiksaan besar, alhamdulillah pasti cemerlang. Biasalah, lelaki kan kuat main. Mase dia UPSR dulu, setiap kali peperiksaan, mesti berderet gred D dan E. tapi keputusan UPSR sebenar, dpat 5A. Arwah abah sangat gembira sampaikan menitis air mata. Sebab waktu 2, saya pula menduduki PMR dan mendapat 9A. Kami berdua dapat hadiahkan abah sesuatu sebelum abah pergi buat selamanya.. =(

Masa adik saya ni PMR, macam biasa la, setiap kali exam, cantik je slip die.. semua C, D, E. Surat amaran pindah sekolah pun dah berapa banyak kali dapat memandangkan dia bersekolah di sebuah sekolah terkenal, tapi exam sebenar, alhamdulillah dapat 6A 2B.. ok la tu kan.. hurm..

Apa2pun, semoga dia dapat buat yang terbaik dan mencipta kemisterian lagi untuk SPM kali ini walaupun peperiksaan bulanan selalu dapat teruk jugak.. Dalam hidup dia, bola sepak je dia tahu. Semoga berjaya diucapkan kepada Mohd Anuar bin Jumahir... satu-satunya adik lelaki saya.. =) Now, it's your turn. Buat yang terbaik. Jangan jadi mcm kak nanie, tersungkur masa SPM, x dapat nak pi blaja oversea... sob.. sob.. tapi blaja kat Malaysia pun ok what! hehe.. 

~All da best dari kami sekeluarga buat adikku~


Tuesday, November 2, 2010

Takut hidup tanpa redhaMu...

Salam mujahadah buat sahabat2 pencinta jihad, penyambung rantai dakwah. Dalam episod perjuangan ana kali ini, sukalah ana untuk merespon isu yang menjadi hangat dan sensitif di kalangan umat Islam arus perdana. Bilamana selepas timbulnya isu Islamic Fashion Festival yang cukup mencabar kredibiliti umat Islam, kini lahir pula isu mengenai hub hiburan. Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan. Sebagai mahasiswa Islam, kita perlu cakna akan hal ini dan secara tidak langsung melontarkan rasa keprihatinan kita apabila melihat hukum Allah bagaikan diinjak-injak oleh orang Islam itu sendiri. 

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, sebab itulah makin mudah artis seperti Adam Lambert yang membawa unsur gay dan Rihanna yang menyuntik jarum illuminati untuk mengadakan konsert-konsert yang tidak bertatasusila di negara Islam ini. Saya melihat kedudukan Islam dan umat Islam semakin hari semakin diganyang oleh pihak kerajaan bilamana polemik penghinaan terhadap Islam terus-terusan mencetus bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mana perginya ikrar Perdana Menteri yang mengakui kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia? dan kemana lenyapnya janji Raja-Raja Melayu yang telah berikrar untuk memelihara Islam pada setiap masa seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan? Nampaknya semua itu hanyalah retorik dan terpateri cantik di dalam Perlembagaan Persekutuan semata-mata. Alahai Malaysia, alahai 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai rancangan hiburan melalui setiap sudut. Sekarang budaya berhibur ini mahu ditambahkan lagi dengan konsert-konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya masyarakat timur. Dengan kadar jenayah seperti pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat, kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik jenayah ini sahaja. Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di kalangan muda-mudi yang sememangnya sudah mencapai tahap parah. Namun, saya melihat pihak kerajaan tidak berfikir panjang soal itu dan hanya mengidamkan aspek keuntungan negara. Mereka sepatutnya perlu sedar bahawa kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.

Namun, jauh di sudut hati saya, saya cukup kecewa bilamana terdapat segelintir golongan mahasiswa yang sepatutnya menjadi golongan pemikir untuk kebaikan negara pada masa akan datang yang menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan yang kononnya dikatakan murni ini. Malah saya menolak sekeras-kerasnya pandangan mereka yang mengatakan bahawa lontaran idea hub hiburan ini merupakan satu langkah yang cukup bijak bagi mengatasi gejala-gejala negatif yang timbul apabila hiburan disekat sekeras-kerasnya oleh pihak tertentu memandangkan mereka tiada tempat untuk berhibur, dan keadaan inilah yang akan menyebabkan berlakunya masalah seperti pusat-pusat hiburan haram dan gejala lepak di jalanan. Bagi saya, pandangan ini merupakan buah fikiran yang kurang bijak bagi seseorang yang bergelar mahasiswa intelektual yang tidak memandang jauh ke hadapan dan hanya berada di takuk yang lama. Mungkin mereka ini terdiri daripada golongan yang takut untuk menghadapi kenyataan hari mendatang. 

Sekiranya pelan hub hiburan ini dapat direalisasikan, jelaslah pada kita bahawa pihak yang bertanggungjawab telah berjaya menghancurkan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam. Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014. Nauzubillah.. saya cukup takut sekiranya kita hidup di dunia ini tanpa redhaNya. Lihatlah dengan adanya kilang arak terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Lembah Kelang, kini hendak ditambah pula dengan kehadiran kelab-kelab malam yang menjadi sarang maksiat.

Oleh itu, sukalah saya untuk menyeru dan mengajak sahabat2 sekalian agar menzahirkan keprihatinan dan sensitiviti kalian terhadap kemuliaan Islam yang semakin dirobek kejam oleh anasir-anasir luar. Jangan kita hanya berdiam diri dan bertindak angguk-angguk, geleng-geleng sahaja. Kerana diam itu tanda setuju dan bermaksud kita menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kita jalankan walaupun bertentangan dengan garis panduan Islam yang sebenarnya. Ayuh katakan TIDAK pada hub hiburan. Bantah HEDONISME! Selamatkan ekonomi Malaysia.. ke arah menuju negara Islam yang diredhai...

kerana saya takut untuk hidup tanpa redhaNya bilamana kita diuji dengan cinta dunia, harta, pangkat dan segala-galanya.. wallahua'lam..




Cakna isu semasa,
nanie mujahidah.. ^_^

Thursday, October 21, 2010

Episod Derita: Menuju Pencerahan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam jihad. Mencari ketenangan dan penyelesaian menerusi penulisan mungkin adalah cara terbaik buat diri bilamana rasukan Syaitan mula menghantui. Tatkala mengalami konflik diri, bercanggah peribadi, maka ku coretkan kata hati untuk mencari jalan bagi episod-episod derita hidup ini.. Ya Allah, moga pencerahan yang bakal ku lakarkan mampu membawa kembali diri menujuMu Ilahi.. Ya, bagi sesiapa yang mendapatkan petunjuk Allah S.W.T, maka tiada seorang pun yang boleh menyesatkan. Dan barang sesiapa yang tersesat, maka tiada yang dapat memberikan hidayah melainkan Allah S.W.T. 

Keberanian Iman 
Rasulullah s.a.w mendidik para sahabat dalam kondisi perang agar tetap tabah menghadapi musuh sehingga mereka tidak mudah berputus asa, malas dan penakut. Begitulah juga buat diriku dalam meneruskan rentak perjuangan di bumi kampus yang penuh ketidakadilan, mengenepikan nilai-nilai Islam yang syumul dalam kehidupan, membakul sampahkan amaran2 Allah dalam naskah cintaNya.. mengapa perlu takut dengan tohmahan liar mereka yang berniat menjatuhkan kebenaran. Sedangkan aku hanya perlu takut pada yang satu  iaitu Allah. Ketepikan soal kemuliaan kerana perjuangan ini bukan untuk mendapat sanjungan tetapi menjalankan tanggungjawab yang menjadi satu kemestian..

Berlalunya seminggu yang dimuatkan dengan kisah kejatuhan zaman kegemilangan ku. Hinggakan terpacul kata-kata luahan yang penuh tanda tanya bagi pihak yang membacanya..
  
kataku, "jatuh, bangun, kemudian terduduk, kembali berdiri, terjatuh semula, hampir rebah, ada sahabat cuba memapah, cuba bertahan, kali ini hampir terbaring, mereka memaksa berdiri... tahukah kalian tahap kemampuanku? jangan terlalu berharap pada diri yang hina ini.. aku milik Allah.. kelebihan diriku tak kan ada tanpa izin Allah.. aku inginkan waktu.. fahamilah aku.." 



Ya, aku sungguh derita sejak akhir2 ini. kerana kurangnya kebergantungan aku padaNya, kurangnya kewajipan solat berjemaah ku, kerana kurangnya tadabbur al-quran ku, kurangnya penghayatan tulusku terhadap perjuangan yang suci ini.. Semuanya kerana kelalaianku. Maka, jangan sekali-kali aku menyalahkan jalan dakwah ini andai salah itu datang dari diri sendiri.. Masih ada jalan lagi buatku untuk kembali.. menyambung sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki selaku pimpinan haraki yang suci. 



Aku dan kepimpinan


Bergelar seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih untuk memimpin barisan pejuang-pejuang Islam. Sentiasa merasakan diri ini tidak layak menyebabkan aku tidak dapat menerima hakikat aku perlu menjadi barisan hadapan saff kepimpinan. Menjadi pemikir atau 'think tanker' menjadikan aku sesak seketika kerana bagiku aku hanya mampu bekerja. Namun, kata sahabat, mencatur kepimpinan bukannya mudah. Tiada siapa yang mahu menjadi pimpinan malah untuk memegang jawatan sekalipun. 

Namun, ketahuilah bahawa Allah S.W.T. mencipta manusia, melengkapkan mereka dengan keupayaan intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka bumi. Di samping kejadian manusia, Allah juga mencipta makhluk-makhluk dan kejadian lain sebagai sesuatu yang berguna kepada manusia. Dalam mencipta kejadian-kejadian ini, Allah membekalkan dua prasarana kepada manusia untuk memakmurkan muka bumi iaitu kebolehan mengurus (skill) dan sumber-sumber (resources). Tanggungjawab memimpin dan mengurus sekumpulan individu atau sesuatu masyarakat untuk mencapai objektif atau matlamat terletak kepada bahu pemimpin. Kejayaan dan kemajuan sesuatu bangsa bergantung kuat kepada gaya kepimpinan pemimpin mereka dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab oleh pemimpin dan seterusnya menggerakkan masyarakat menuju keredaan Allah. 

Jika bukan aku, siapa lagi. Jika bukan sekarang, bila lagi. Jika bukan di sini, di mana lagi. Allah nilai bukan pada banyaknya nilai pengorbanan tp Allah nilai tahap keikhlasan dlm pengorbanan. Semoga aku terus teguh dalam melaksanakan bai'ah ku baik dalam sudut qiyadah mahupun jundiyyah. Seperti Firman Allah dalam Surah al-Baqarah : ayat 124 

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu), Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantik kamu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku) jadikanlah juga dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonan mu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.

Ya Rabbi Ya Allah! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali – kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya Allah!

Aku dan penyakit itu.


Tiada siapa yang mengerti. Tiada siapa yang mengetahui. Ya, aku menghidapi sesuatu penyakit yang hingga kini aku tidak tahu akan puncanya. Walaupun doktor sudah kutemui, namun kesihatanku hanya sementara. Mungkin sejak akhir2 ini aku juga tertekan kerana ini. Sakit kepala, pening, berpeluh menyebabkan aku sedikit tertekan untuk memikirkan mengenai masalah2 sahabat2 selaku seorang pimpinan yang menjadi tempat luahan dan pencetus semangat buat mereka. Sedangkan diri sendiri yang makin hari makin lemah, tersungkur pun sudah tidak aku hiraukan. 

Merasakan penyakitku semakin teruk, mengingati kematian merupakan tentatifku setiap hari. Entahlah sejauh mana bahayanya apa yang aku hidapi, kerana aku cuba mengaplikasikan subjek mikrobiologi yang aku pelajari. Kebarangkalian besar aku diserang sejenis mikrob yang menurut hasil kajian ku sendiri, berpotensi untuk menjadi berbahaya. Namun aku yakin. Atas nasihat sahabatku, katanya, "Allah ada hak untuk membebankan kita dengan apa2 cara sekalipun. Kita bukan istimewa sangat pada Allah. Allah mahu menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita padaNya. Redha pada ketentuan Allah bererti kita bersyukur". Kerana itulah aku perlu menggunakan masaku sebaik mungkin. Terus berjuang mempertahankan Islam. Mengapa aku harus takut dibunuh atau terbunuh kerana ajal maut ku memang semakin menghampiri. Moga cita-cita ku untuk mati syahid akan tercapai..


p/s: InsyaAllah cuti ini aku akan bertemu doktor sekali lagi. Semoga aku berada dibawah perlindungan Mu Ya Allah.

Berharap mati Syahid di jalan Allah

Berharap untuk mati syahid di jalan Allah dan berserah jiwa serta raga hanya kepadaNya merupakan usaha untuk mendapatkan kemenangan kerana jiwa dan raga adalah titipan dari Allah. Sahabat2 seperjuanganku, moga kalian terus teguh mempertahankan Islam, menegakkan kebenaran, menolak kemungkaran. moga keredhaan Allah sentiasa bersama kita. Perit terasa apabila kita diuji dengan pelbagai dugaan sehingga manusia lemah seperti aku hampir mengalah. Namun, manisnya menjelma bila kita tahu ujian Allah terhadap diri kita ini tanda perhatianNya pada kita. Bersyukurlah dengan nikmat kasih sayangNya. =) Alhamdulillah, Allahuakbar, Subhanallah!...

Moga aku terus kuat menempuh mehnah.. menepis tohmah, menolak fitnah..




Bingkisan rahsia hati,
nanie mujahidah..